wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengenalan RekaBentuk Mekatronik (Ting 3)

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Perkataan "meka" pada istilah mekatronik adalah daripada perkataan____________

a)

A. mekanik

b)

B. mekanikal

c)

C. mekanisme

d)

D. mekasonik

2.

Reka bentuk mekatronik adalah gabungan daripada 4 disiplin ilmu berkaitan elektrik, mekanikal, akuaponik dan teknologi.

a)

A. Betul

b)

B. Salah

3.

Reka Bentuk mekatronik bermaksud reka bentuk produk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu elektrik, mekanikal, elektronik dan __________________.

a)

A. kawalan kereta

b)

B. Hidroponik

c)

C. Kawalan dan pengaturcaraan

d)

D. Kawalan dan teknologi

4.

Semua elemen mekatronik membolehkan produk mekatronik berfungsi secara automatik dan separa automatik.

a)

A. Betul

b)

B. Salah

5.

Bermula dengan penggunaan reka bentuk mekanikal bagi menggantikan tenaga manusia untuk menghasilkan sesuatu produk. Pilih jawapan yang betul.

a)

A. Revolusi Industri 1.0

b)

B. Revolusi Industri 2.0

c)

C. Revolusi Industri 3.0

d)

D. Revolusi Industri 4.0

6.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Revolusi Industri 2.0?

a)

A. Tenaga mekanikal menggantikan tenaga manusia

b)

B. penggabungan reka bentuk mekatronik bersama Internet

c)

C. Tenaga elektrik mula diperkenalkan

d)

D. Penggunaan meluas reka bentuk elektronik

7.

Berikut merupakan teras uatam dalam Revolusi Industri 4.0, kecuali,

a)

A. Simulasi

b)

B. Pengkomputeran Awam

c)

C. Data Raya

d)

D. Internet Benda

8.

Konsep cyberphysical ialah mengawal dan mengurus operasi industri dengan mengguna pakai sistem mekatronik, internet benda, data raya, pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan (AR).

a)

A. Betul

b)

B. Salah

9.

Antara berikut yang manakah maklumat yamg tidak berkaitan tentang sistem elektrik?

a)

A. Susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik dalam litar

b)

B. Sistem menggunakan arus terus (AT) dan ulang alik (AU)

c)

C. Sumber bekalan kuasa bagi sesuatu produk

d)

D. Mengambil kira aspek keselamatan dan kedudukan peranti

10.

Pengaturcaraan merupakan satu kawalan sistem yang digunakan untuk mengurus, mengarah atau mengawal atur tindakan bagi memastikan reka bentuk mekatronik berfungsi secara automatik dengan sempurna.

a)

A. Betul

b)

B. Salah

11.

Berikut merupakan komponen mekanikal kecuali,

a)

A. Gear

b)

B. Tali sawat

c)

C. kapasitor

d)

D. Takal

12.

Antara berikut yang manakah bukan produk mekatronik?

a)

A. Tombol Pintu

b)

B. Mesin fotokopi

c)

C. Pagar automatik

d)

D. Mesin basuh automatik

13.

Pengaturcaraan komputer ialah proses membangunkan aturcara komputer dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti java, Python, Visual Basic dan C++.

a)

A. Betul

b)

B. Salah

14.

Sistem ini berfungsi sebagai penghantar untuk memindahkan suatu sumber gerakan kepada bentuk yang lain.

a)

A. Sistem elektrik

b)

B. Sistem mekatronik

c)

C. Sistem kawalan dan pengaturcaraan

d)

D. Sistem Mekanikal

15.

Berikut merupakan komponen elektronik kecuali,

a)

A. Perintang

b)

B. bateri

c)

C. Kapasitor

d)

C. LED

16.

Pilih pernyataan yang benar berkenaan dengan Revolusi Industri 3.0.

a)

Melibatkan penggabungan reka bentuk mekatronik bersama Internet

b)

Penggunaan meluas reka bentuk elektronik dan penggabungan reka bentuk bagi menghasilkan reka bentuk mekatronik

c)

Penemuan tenaga elektrik membolehkan produk dihasilkan dalam kuantiti yang besar

d)

Penggunaan reka bentuk mekanikal menggantikan tenaga manusia

17.

Sistem elektrik mengambil kira aspek keselamatan, kedudukan peranti dalam litar dan ___________.

a)

sambungan litar

b)

jenis litar

c)

jenis komponen elektronik

d)

pengaturcaraan

18.

Peraturan sintaks dan semantik menetapkan cara menulis arahan untuk mikropengawal yang mengawal operasi alat elektronik.

a)

Betul

b)

Salah

19.

Apakah fungsi gear pada kereta kawalan jauh?

a)

Menerima isyarat input dari alat kawalan jauh

b)

Mengurangkan atau meningkatkan halaju dan menambah daya kilas

c)

Mengawal halaju dan arah putaran motor AT

d)

Menjadi sumber tenaga elektrik yang utama

20.

Mikropengawal berfungsi untuk mengawal halaju dan arah putaran motor AT pada kereta kawalan jauh.

a)

Betul

b)

Salah

21.

Komponen mekanikal pada pintu gelangsar automatik yang terdiri daripada takal dan tali sawat berfungsi membuka dan menutup pintu. Apakah fungsi gear pada pintu gelangsar automatik?

a)

Mengesan sebarang pergerakan keluar masuk

b)

Mengukuhkan pintu gelangsar automatik

c)

Membantu memudahkan pergerakan pintu

d)

Memproses isyarat input dari penderia gerakan

22.

Gabungan komponen mekanikal berikut berfungsi menghasilkan putaran pada dram ketika mencuci pakaian kecuali,

a)

Takal dan Tali sawat

b)

Gear

c)

Galas Bebola

d)

Pengubah

23.

Antara berikut yang manakah pernyataan yang tidak benar berkenaan dengan Gambar Rajah Blok (Block Diagram).

a)

Fungsi elemen mekatronik dapat diterangkan melalui gambar rajah blok

b)

Menjadi rujukan kepada pelanggan sebelum membeli produk

c)

Suatu lukisan yang mewakili litar atau elemen yang dilukis dalam bentuk blok

d)

Urutan blok dilabel dengan menggunakan anak panah

24.

Apakah fungsi bahagian input pada suatu produk mekatronik?

a)

Memproses isyarat daripada peranti masukan mengikut pengaturcaraan

b)

Menerima dan menghantar isyarat daripada peranti masukan kepada bahagian pengawal

c)

Menerima isyarat daripada bahagian kawalan

d)

Menerima dan menghantar isyarat daripada peranti masukan ke peranti keluaran

25.

Antara berikut yang manakah merupakan komponen output pada pintu gelangsar automatik?

I Motor AT

II Motor AU

III Takal dan Tali Sawat

IV Pemacu motor

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

26.

Antara berikut yang manakah merupakan komponen output pada mesin basuh automatik?

I Motor AT

II Motor AU

III Takal dan Tali Sawat

IV Pemacu motor

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

27.

Apakah fungsi penderia pada mesin basuh automatik?

a)

Mengesan pergerakan pada dram

b)

Menghantar isyarat pilihan kepada sistem kawalan

c)

Memberi isyarat input apabila air keluar di dalam dram

d)

Memberi isyarat input apabila air di dalam dram penuh

28.

Apakah fungsi panel kawalan tanpa wayar kepada kereta kawalan jauh?

a)

Menerima isyarat daripada peranti masuyka

b)

Bertindak sebagai bahagian pengawal

c)

Bertindak sebagai pemancar isyarat

d)

Menggerakkan roda pada kereta

29.

Apakah fungsi panel kawalan pada mesin basuh automatik?

a)

Digunakan pengguna untuk memberikan arahan seperti on/off, start, pause

b)

Sebagai sumber tenaga elektrik

c)

Memproses isyarat output

d)

Mengasilkan putaran pada dram

30.

Apakah yang dimaksudkan dengan pengaturcaraan komputer?

a)

Proses membangun atur cara komputer dengan menggunakan bahasa isyarat

b)

Proses membangun atur cara komputer dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan

c)

Kaedah kawalan sistem yang mengatur semua komponen

d)

Kaedah memproses maklumat secara peribadi