wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJ T5_Q1_T4B9 & B10_5 STEM_23 MAC 2024

Total questions: 90

Worksheet time: 1hrs 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah asas yang membolehkan penduduk Persekutuan Tanah Melayu membentuk perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri?

a)

Suruhanjaya Reid

b)

Perang Dunia Kedua

c)

Pilihan Raya Umum 1955

d)

Perkembangan politik di Asia

2.

Mengapakah misi rundingan di London penting dalam usaha mencapai kemerdekaan?

a)

Membincangkan soal perlembagaan

b)

Mengenal pasti pemimpin negara

c)

Melindungi institusi Raja-raja Melayu

d)

Mewujudkan jawatan penting dalam kerajaan

3.

Tunku Abdul Rahman mencadangkan untuk menaiki kapal laut ke Kerachi sebelum terbang ke London dari Kerachi. Mengapakah Tunku berbuat demikian?

a)

Lebih menjimatkan

b)

London terlalu jauh dari Tanah Melayu

c)

Perkhidmatan kapal terbang ke London tergendala

d)

Mengadakan perbincangan dengan wakil Raja-raja Melayu

4.

Apakah DUA perkara yang dituntut oleh perwakilan Tanah Melayu dalam rundingan kemerdekaan di London?

a)

Jawatankuasa Setiausaha Kewangan dihapuskan

b)

Menteri Pertahanan daripada rakyat tempatan

c)

Kemerdekaan diberikan dengan serta merta

d)

Kerajaan Tanah Melayu memberikan pampasan kepada kakitangan British

5.

Apakah hasil yang dipersetujui dalam rundingan kemerdekaan?

a)

Kemerdekaan dengan serta merta

b)

Perjanjian Kemerdekaan ditandatangani

c)

Kerajaan British bersedia menyerahkan kuasa

d)

Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk

6.

# Ghafar Baba mengetuai perhimpunan di Padang Banda Hilir, Melaka

# Leong Yew Koh memberi ucapan di Padang Banda Hilir, Melaka

Apakah peristiwa yang dimaksudkan di atas?

a)

Menentang British

b)

Pemasyhuran kemerdekaan

c)

Menyambut kepulangan rombongan kemerdekaan

d)

Keberangkatan rombongan kemerdekaan ke London

7.

Apakah peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Lord Reid?

a)

Membentuk Kabinet Persekutuan Tanah Melayu

b)

Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

c)

Merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Menetapkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

8.

Antara berikut, manakah DUA Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Memastikan pelaksanaan demokrasi

b)

Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat

c)

Melindungi kedudukan Raja-Raja Melayu

d)

Mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan

9.

Menurut Suruhanjaya Perlembagaan, Raja-raja Melayu di negeri masing-masing hendaklah mendapat perlindungan sebagai

a)

Raja berdaulat

b)

Raja berkuasa mutlak

c)

Raja beragama Islam

d)

Raja Berperlembagaan

10.

Meminta cadangan => Meneliti cadangan => Mengadakan persidangan

Apakah tujuan langkah-langkah tersebut diambil dalam gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Perlembagaan yang digubal adil

b)

Tidak berlaku penyelewengan kuasa

c)

Anggota Suruhanjaya bekerja bersungguh-sungguh

d)

Draf perlembagaan dapat diterima oleh semua rakyat

11.

Apakah isu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menimbulkan perbezaan pendirian dalam kalangan Parti Perikatan?

a)

Kewarganegaraan jus soli

b)

Pengagihan kekayaan negara

c)

Sistem pendidikan kebangsaan

d)

Peruntukan jawatan dalam kabinet

12.

Apakah alasan PAS mengkritik soal kewarganegaraan jus soli?

a)

Mengancam kedudukan Islam

b)

Tidak menguntungkan orang Melayu

c)

Bilangan warganegara bangsa Melayu berkurangan

d)

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terjejas

13.

Apakah perkara yang ditolak oleh Dato' Onn Jaafar dari Parti Negara?

a)

Ketiadaan elemen perpaduan

b)

Kelonggaran syarat kewarganegaraan

c)

Tiada perwakilan Parti Negara dalam kabinet

d)

Tiada penekanan terhadap bahasa kebangsaan

14.

Apakah reaksi MIC terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan

b)

Penggunaan bahasa Tamil diberikan perhatian

c)

Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi

d)

Mengkritik soal kewarganegaraan

15.

Siapakah yang memperkenankan pindaan Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Majlis Raja-Raja

c)

Majlis Mesyuarat

d)

Parlimen British

16.

Pada 10 Julai 1957 hingga 11 Julai 1957, draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dibahaskan dalam

a)

Parlimen British

b)

Kongres Kebangsaan

c)

Majlis Raja-Raja

d)

Majlis Perundangan Persekutuan

17.

Berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, bagaimanakah pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat?

a)

Dipilih oleh rakyat jelata

b)

Dicalonkan oleh Perdana Menteri

c)

Dilantik dalam kalangan Raja-Raja Melayu

d)

Mempunyai latar belakang perkhidmatan yang cemerlang

18.

Antara berikut, manakah DUA perkara yang berkaitan dengan pengamalan agama masyarakat Persekutuan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan?

a)

Agama Islam sebagai agama tunggal

b)

Agama selain Islam boleh diamalkan

c)

Agama Islam sebagai agama Persekutuan

d)

Agama selain Islam tidak boleh diamalkan

19.

Apakah yang dapat dikaitkan dengan Sheikh Abdullah Fahim?

a)

Rundingan kemerdekaan

b)

Rombongan kemerdekaan

c)

Anggota Suruhanjaya Perlembagaan

d)

Penetapan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu

20.

Apakah DUA perkara yang terkandung dalam memorandum daripada parti politik dan pihak awam dari segi kewarganegaraan?

a)

Raja-raja Melayu melindungi kepentingan sah kaum lain

b)

Masyarakat Cina menuntut kewarganegaraan diteliti

c)

Masyarakat Serani mahu hak mereka dipertahankan

d)

Dewan Perniagaan Melayu memohon mengetatkan kewarganegaraan

21.

Apakah DUA perkara yang terkandung dalam draf perlembagaan?

a)

Hanya Majlis Mesyuarat dibentuk

b)

Meneruskan sistem kerajaan Persekutuan

c)

Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan

d)

Kewarganegaraan jus soli kepada semua yang lahir di Tanah Melayu

22.

Apakah isu yang timbul daripada memorandum Parti Perikatan?

a)

Jus soli

b)

Pendidikan

c)

Agama Islam

d)

Bahasa Melayu

23.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan British pada 5 Ogos 1957. Antara DUA perkara yang terkandung dalam perjanjian tersebut ialah

a)

hak bumiputera

b)

kebebasan beragama

c)

sistem Demokrasi Berparlimen

d)

pengamalan Raja Berperlembagaan

24.

Antara berikut, manakah DUA jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Permohonan

b)

Kuat kuasa undang-undang

c)

Perkenan Raja-raja Melayu

d)

Kelulusan Dewan Undangan Negeri

25.

Mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 penting kepada penduduk Tanah Melayu?

a)

Memajukan penduduk tempatan

b)

Membentuk perlembagaan negara

c)

Memperoleh kerakyatan yang sama

d)

Memberikan hak untuk memerintah sendiri

26.

"Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna kulit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas."

Siapakah tokoh yang memberikan takrif kemerdekaan tersebut?

a)

Soekarno

b)

Nelson Mandela

c)

Mahatma Gandhi

d)

Dr. Mahathir Mohamad

27.

"Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni"

Siapakah tokoh yang memberikan takrif kemerdekaan tersebut?

a)

Soekarno

b)

Nelson Mandela

c)

Mahatma Gandhi

d)

Dr. Mahathir Mohamad

28.

"Kemerdekaan akan membentuk masyarakat baharu yang demokratik tanpa kelas dan kasta"

Siapakah tokoh yang memberikan takrif kemerdekaan tersebut?

a)

Soekarno

b)

Nelson Mandela

c)

Mahatma Gandhi

d)

Dr. Mahathir Mohamad

29.

"Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem khalifah dan menghapuskan ikatan perkauman."

Siapakah yang mengungkapkan kata-kata tersebut?

a)

Soekarno

b)

Rashid Rida

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

30.

"Rakyat perlu membebaskan diri daripada pencerobohan pihal luar dengan bersatu padu bagi mempertahankan maruah diri, bangsa, agama dan negara."

Siapakah yang mengungkapkan kata-kata tersebut?

a)

Soekarno

b)

Rashid Rida

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

31.

"Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yang berdaulat."

Siapakah yang mengungkapkan kata-kata tersebut?

a)

Tun Fuad Stephens

b)

Tun Temenggung Jugah anak Barieng

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Tun Dr. Mahathir Mohamad

32.

Takrif kemerdekaan menurut Kamus Dewan ialah bebas daripada ______________ dan ______________.

a)

naungan

b)

sekatan

c)

sempadan

d)

penjajahan

33.

Apakah peranan utama Jawatankuasa Persediaan Fizikal?

a)

Menonjolkan identiti

b)

Melaksanakan protokol

c)

Mempromosikan majlis sambutan

d)

Menghias bandar dan jalan raya

34.

Apakah tujuan pembinaan Stadium Merdeka yang dibina pada tahun 1957?

a)

Menonjolkan identiti negara

b)

Meraikan kemerdekaan negara

c)

Mewujudkan kemudahan bersukan

d)

Menganjurkan pertandingan bola sepak

35.

Siapakah yang mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Saiful Bahari

b)

Mohamed Hamzah

c)

Yaacob Abdul Latif

d)

Tunku Abdul Rahman

36.

Siapakah yang menulis lirik lagu Negaraku sebagai lagu kebangsaan negara?

a)

Saiful Bahari

b)

Mohamed Hamzah

c)

Yaacob Abdul Latif

d)

Tunku Abdul Rahman

37.

Lagu Negaraku berasal daripada lagu _____________.

a)

Pungguk Rindukan Bulan

b)

Cempaka di Rembulan

c)

Terang Bulan

d)

Wau Bulan

38.

Antara berikut yang manakah bunga kebangsaan Malaysia?

a)
b)
c)
d)
39.

Di manakah bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan buat pertama kalinya?

a)

Padang Kelab Selangor

b)

Padang Bandar Hilir Melaka

c)

Istana Sultan Selangor

d)

Stadium Merdeka

40.

Bendera Union Jack diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan. Apakah kepentingan peristiwa tersebut?

a)

Mempertahankan identiti negara

b)

Upacara pemasyhuran kemerdekaan negara

c)

Menandakan negara kita bebas daripada penjajahan British

d)

Memperlihatkan bendera kebangsaan buat kali pertamanya

41.

Siapakah yang diberi gelaran "Bapa Kemerdekaan"?

a)
b)
c)
d)
42.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman dikalungkan rantai emas dengan pingat berukir "Bapa Kemerdekaan Tanah Air" oleh Pasukan Pemuda Perikatan?

a)

Menghormati ketua parti

b)

Negara kita kaya dengan emas

c)

Menandakan kemerdekaan negara

d)

Menghargai jasa Tunku Abdul Rahman

43.

Apakah kepentingan Pemasyhuran Kemerdekaan yang dibaca oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka pada pagi 31 Ogos 1957?

a)

Mengisytiharkan kemerdekaan negara

b)

Membacakan syarat-syarat kemerdekaan

c)

Menandakan persetujuan untuk mencapai kemerdekaan

d)

Menjelaskan hubungan Persekutuan Tanah Melayu dengan British

44.

Antara berikut, yang manakah perasaan rakyat ketika menghadiri upacara Pemasyhuran Kemerdekaan negara?

a)

Bersyukur

b)

Gembira

c)

Teruja

d)

Kesemuanya

45.

Gambar menunjukkan Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka". Apakah mesej yang dibawa oleh gambar tersebut?

a)

Tunku Abdul Rahman pengasas Persekutuan Tanah Melayu

b)

Tunku Abdul Rahman pemimpin Persekutuan Tanah Melayu yang berkarisma

c)

Negara-negara lain menghormati pemimpin Persekutuan Tanah Melayu

d)

Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat

46.

Bagaimanakah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dicapai?

a)

Revolusi

b)

Rundingan

c)

Demonstrasi

d)

Penentangan bersenjata

47.

Bendera Union Jack diturunkan oleh Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu ____________________.

a)

Negaraku

b)

Terang Bulan

c)

God Save The Queen

d)

Kimigayo

48.

Menteri dan pegawai tinggi kerajaan memakai sejenis pakaian dari negeri Kedah, diubahsuai lengkap dengan seluar satin hitam dan bersongket, bersamping dan tengkolok.

a)

Baju Muskat

b)

Baju Melayu

c)

Baju Cekak Musang

49.

Semua pegawai dan kakitangan kerajaan diberikan gaji seminggu lebih awal untuk memberikan peluang menyambut kemerdekaan.

a)

BETUL

b)

SALAH

50.

Kerajaan menganjurkan kursus khas berkaitan dengan protokol yang diikuti oleh sebanyak 300 orang pegawai kerajaan selama tiga hari.

a)

BETUL

b)

SALAH

51.

Jawatankuasa Pusat Perayaan Merdeka dipengerusikan oleh Dato' Abdul Razak Hussein.

a)

BETUL

b)

SALAH

52.

Siapakah yang mengetuai Jawatankuasa Kerja Pusat Merdeka?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato' Abdul Razak Hussein

c)

Yaacob Abdul Latif

d)

Tun H.S. Lee

53.

Siapakah yang mempengerusikan Jawatankuasa Pusat Perayaan Merdeka?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato' Abdul Razak Hussein

c)

Yaacob Abdul Latif

d)

Tun H.S. Lee

54.

Siapakah yang mempengerusikan Jawatankuasa Perayaan Ibu Kota Persekutuan?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato' Abdul Razak Hussein

c)

Yaacob Abdul Latif

d)

Tun H.S. Lee

55.

Antara berikut, siapakah DUA tokoh yang terlibat dalam Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato' Abdul Razak Hussein

c)

Yaacob Abdul Latif

d)

Sardon Jubir

56.

Siapakah yang mengetuai 300 orang pemuda membentuk perbarisan kehormat di tengah padang menghadap Jalan Raja (Menara Jam).

a)

Ismail Bontak

b)

Mohamed Hamzah

c)

Abdul Majid Othman

d)

Tahir Abdul Majid

57.

Siapakah yang melaungkan azan selepas laungan "MERDEKA" bergema di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957?

a)

Tuan Haji Massood Hayati

b)

Ustaz Hassan Azhari

c)

Abdul Majid Othman

d)

Tunku Abdul Rahman

58.

Tunku Abdul Rahman melaungkan "MERDEKA" sebanyak ___________ kali.

a)

3

b)

5

c)

7

d)

10

59.

Sebanyak __________ das tembakan dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

a)

10

b)

57

c)

70

d)

101

60.

Pada pagi 31 Ogos 1957, ketika majlis bermula hujan telah turun di Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya.

a)

BETUL

b)

SALAH

61.

Di manakah istiadat mengangkat sumpah Yang di-Pertuan Agong diadakan?

a)

Parlimen

b)

Stadium Merdeka

c)

Padang Kelab Selangor

d)

Balairong Seri, Istana Negara

62.

Kerajaan manakah yang menghadiahkan pertunjukan bunga api kepada negara kita pada malam merdeka 30 Ogos 1957?

a)

Kerajaan China

b)

Kerajaan Thailand

c)

Kerajaan Jepun

d)

Kerajaan Arab Saudi

63.

Apakah acara yang dilakukan selepas Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" sebanyak 7 kali?

a)

Nafiri dimainkan

b)

Laungan azan

c)

Menaikkan bendera

d)

Nyanyian lagu Negaraku

64.

Apakah gelaran yang diterima oleh Tunku Abdul Rahman?

a)

Bapa Pembangunan

b)

Bapa Pemodenan

c)

Bapa Perpaduan

d)

Bapa Kemerdekaan Tanah Air

65.

Yang di-Pertuan Agong pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad merupakan pemerintah dari negeri _______________.

a)

Kedah

b)

Selangor

c)

Kelantan

d)

Negeri Sembilan

66.

Dalam sistem pemerintahan negara kita pada hari ini, siapakah yang menjadi ketua utama negara?

a)

Sultan

b)

Ketua Menteri

c)

Perdana Menteri

d)

Yang di-Pertuan Agong

67.

Apakah DUA kesan kemerdekaan kepada negara kita dalam aspek politik?

a)

Pemerintahan republik

b)

Sistem Raja Berperlembagaan

c)

Pemerintahan Demokrasi Berparlimen

d)

Pemerintahan pakatan pelbagai parti politik

68.

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah masalah utama yang dihadapi oleh pemimpin negara apabila negara mencapai kemerdekaan?

a)

Mengamalkan birokrasi Barat

b)

Memupuk kerjasama antara parti

c)

Menggantikan pegawai Barat dengan rakyat tempatan

d)

Melaksanakan pemerintahan demokratik campuran

69.

Apakah DUA sebab negara kita menyertai Pertubuhan Komanwel apabila mencapai kemerdekaan?

a)

Merapatkan hubungan

b)

Menunjukkan komitmen

c)

Mendapatkan pengiktirafan

d)

Mempertahankan kemerdekaan

70.

Malaysia menyertai misi pasukan pengaman PBB di Congo. Pencapaian tersebut menunjukkan _________

a)

dasar luar yang bebas

b)

cabaran kemerdekaan

c)

kerjasama politik dunia

d)

pengiktirafan tertinggi PBB

71.

Apakah DUA matlamat yang hendak dicapai melalui Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)?

a)

Memajukan tanah baharu secara besar-besaran

b)

Mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar

c)

Mempelbagaikan pengeluaran pertanian

d)

Menyelia pembinaan kemudahan asas

72.

Apakah DUA peranan utama FELDA yang ditubuhkan pada tahun 1956?

a)

Memajukan tanah baharu bagi pertanian

b)

Meningkatkan pertumbuhan ekonomi

c)

Mempelbagaikan pengeluaran pertanian

d)

Menyediakan perumahan dan pembinaan kemudahan asas

73.

Apakah manfaat Pertubuhan Komanwel yang disertai oleh negara kita selepas merdeka?

a)

Menjalinkan hubungan persahabatan

b)

Menjaga keselamatan perairan negara

c)

Merealisasikan perkongsian kepakaran

d)

Merapatkan hubungan sosioekonomi dengan negara ahli

74.

Bank ini khusus untuk orang Melayu, ditubuhkan di Klang Street, Kuala Lumpur oleh Maarof Zakaria.

a)

Bank Kebangsaan Melayu

b)

Bank Negara

c)

Bank Rakyat

d)

Bank Simpanan Nasional

75.

Mengapakah Majlis Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan pada peringkat negeri dan daerah?

a)

Memajukan kehidupan penduduk luar bandar

b)

Merancang dan menyelaras pelaksanaan projek pembangunan

c)

Menggalakkan perkembangan ekonomi penduduk luar bandar

d)

Memindahkan penduduk luar bandar ke rancangan FELDA

76.

Projek berkaitan penyediaan kemudahan asas untuk penduduk luar bandar dipantau dan dinilai pelaksanaannya dalam ______________.

a)

Buku Merah

b)

Pelan Induk Perindustrian

c)

Majlis Amanah Rakyat

d)

Perbadanan Nasional Berhad

77.

Apakah tujuan Bank Negara ditubuhkan pada 26 Januari 1959?

a)

Menambahkan peluang pekerjaan

b)

Menggalakkan kestabilan kewangan

c)

Membangunkan infrastruktur, sosial dan ekonomi

d)

Menyediakan kemudahan asas untuk penduduk luar bandar

78.

Siapakah DUA tokoh yang berperanan penting dalam menentukan dasar luar negara kita?

a)

Tun Abdul Razak

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Dr. Ismail Abdul Rahman

d)

Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie

79.

Bendera negara kita dikibarkan secara rasmi di ibu pejabat PBB di New York pada _______

a)

31 Ogos 1957

b)

17 September 1957

c)

15 Oktober 1957

d)

16 September 1963

80.

Pendidikan merupakan wadah untuk membina sebuah bangsa bagi sebuah negara yang bersatu. Apakah yang digunakan untuk mengkaji semula Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.

a)

Penyata Razak

b)

Penyata Rahman Talib

c)

Penyata Pendidikan

d)

Penyata Aminuddin Baki

81.

Apakah perkara yang diberi penekanan dalam Penyata Rahman Talib?

a)

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah

b)

Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan

c)

Kandungan kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan

d)

Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

82.

Apakah kepentingan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)?

a)

Lidah rasmi kerajaan menerangkan falsafah, dasar dan wawasan negara

b)

Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi negara

c)

Merapatkan jurang antara penduduk luar bandar dengan bandar

d)

Memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

83.

Apakah tujuan Jabatan Penerangan ditubuhkan?

a)

Memberi penekanan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

b)

Memajukan tanah baharu secara besar-besaran

c)

Menyampaikan maklumat tentang peristiwa di dalam dan di luar negara

d)

Menyediakan kemudahan asas berbentuk infrastruktur kepada rakyat

84.

Apakah peranan Kementerian Kesihatan?

a)

Pemulihan isu sosial demi kesejahteraan rakyat

b)

Menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk

c)

Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar

d)

Meningkatkan peluang pekerjaan penduduk luar bandar

85.

Sistem pemerintahan demokrasi memberi peluang rakyat untuk membentuk kerajaan. Bagaimanakah peluang tersebut dicapai?

a)

Melantik Yang di-Pertuan Agong

b)

Meminda fasal dalam perlembagaan

c)

Mengundi wakil untuk Dewan Negara

d)

Memilih perwakilan melalui pilihan raya

86.

Pentadbiran negara Malaysia terbahagi kepada TIGA komponen utama iaitu

a)

Badan Perundangan

b)

Badan Eksekutif

c)

Badan Kehakiman

d)

Badan Berkanun

87.

Kawasan yang mempunyai sempadan untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu.

a)

Wilayah pengaruh

b)

Wilayah sempadan

c)

Wilayah naungan

d)

Wilayah taklukan

88.

Apakah maksud di sebalik prinsip Kedaulatan Undang-undang?

a)

Undang-undang mengatasi pihak yang lain

b)

Undang-undang negara tidak boleh dipinda

c)

Undang-undang negara digubal oleh Perdana Menteri

d)

Kerajaan dan rakyat tertakluk di bawah undang-undang negara

89.

Antara berikut, manakah DUA perkara yang merangkumi hak asasi sebagai rakyat?

a)

Kebebasan bersuara

b)

Memberikan pendapat

c)

Mematuhi undang-undang

d)

Taat setia kepada sultan dan raja

90.

Antara berikut, yang manakah DUA lambang kebangsaan negara Malaysia?

a)
b)
c)
d)