wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Ramalan C03

Total questions: 20

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan penyelenggaraan pencegahan dijalankan dalam pepasangan elektrik?

a)

Mengelakkan kerosakkan berlaku.

b)

Mengurangkan pembelian barang penyelenggaraan.

c)

Mengekalkan peralatan atau alatan yang ada dalam keadaan yang baik dan optimum.

d)

Untuk mengumpul data atau maklumat tentang sesuatu peralatan atau perkakas yang telah rosak.

2.

Litar buka boleh berlaku pada semua jenis pepasangan elektrik, manakah antara berikut yang BUKAN penyebab kerosakan litar buka.

a)

Kabel putus.

b)

Sambungan pada kabel longgar.

c)

Kerosakkan alat-alat perlindungan litar.

d)

Kabel pada terminal aksesori elektrik tertanggal.

3.

Pilih antara berikut yang boleh menyebabkan berlakunya litar pintas.

 

I.    Penebat kabel cair.

II.    Penebat kabel koyak.

III.    Persentuhan benda asing.

IV.    Persentuhan diantara aksesori elektrik dengan skru dan nat.

a)

I & II

b)

I, II & III

c)

I, II & IV

d)

I, III, & IV

4.

Apakah jenis ukuran yang boleh diukur atau dinilai oleh alat uji jenis Meter Pelbagai / Multimeter.

 

I.    Arus , A.

II.    Voltan, V.

III.    Rintangan, Ω.

IV.    Lux, lX (lm/m2).

a)

I & II

b)

I, II & III

c)

II, III & IV

d)

Semua di atas.

5.

Apakah fungsi sebenar sebuah peranti perlindungan arus dipasang pada kotak fius agihan. 

a)

Melindungi pengguna daripada terkena renjatan.

b)

Merupakan sesuatu alat perlindung litar yang boleh memutus dan mematikan bekalan.

c)

Mengurangkan kadaran arus atau voltan yang mengalir sekiranya berlaku kebocoran arus. 

d)

Tujuan pemasangan peranti perlindungan adalah untuk mengelakkan berlakunya litar pintas.

6.

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan nilai rintangan bumi di sesuatu kawasan adalah?

a)

Menanam elektrod pada kawasan yang kering.

b)

Tambah luas keratan atau permukaan untuk elektrod.

c)

Kumpulkan batu dan timbus kawasan sekitar elektrod dengan pasir sungai.

d)

Gunakan elektrod yang baru agar lebih baik dan boleh mengurankan nilai rintangan pada bumi.

7.

Masalah yang manakah antara berikut boleh menyebabkan berlakunya litar bocor kebumi. 

 

I.    Ribut

II.    Kilat / Petir

III.    Banjir pada kawasan rumah.

IV.    Persentuhan dengan benda asing.

a)

I & II

b)

I, II & III

c)

II, III & IV

d)

Semua di atas.

8.

Berapakah bacaan yang betul pada Meter Pelbagai / Multimeter untuk pengujian keterusan?

a)

<0.1 Ω

b)

>0.1 Ω

c)

<0.1 MΩ

d)

>0.1 MΩ

9.

Manakah antara pengujian yang berikut sesuai dilakukan sekiranya kerja-kerja membuat pendawaian pada terminal suis mengalami masalah untuk mengenal kabel?

a)

Pengujian Keterusan

b)

Pengujian Kekutuban

c)

Pengujian Rintangan Penebatan

d)

Pengujian Keberkesanan Peranti Perlindung Litar

10.

Berapakah kadaran Suis Utama / Main Switch yang digunakan pada sebuah kotak fius agihan tiga fasa?

a)

40A, 3 Poles

b)

40A, 4 Poles

c)

63A, 3 Poles

d)

63A, 4 Poles

11.

Mengapakah sebuah peranti Miniature Curcuit Breaker (MCB) boleh hilang kepekaan?

a)

MCB telah banyak kali terpelantik.

b)

Arus yang mengalir kurang dari kadaran MCB.

c)

Penggunaan kadaran yang tidak sesuai mengikut beban.

d)

Penggunaan MCB yang murah dan tidak berkualiti untuk mengurangkan keluaran kos pada pembelian bahan.

12.

Pilih fungsi yang betul untuk alat uji seperti dalam gambarajah diatas.

a)

Mengukur kelajuan motor elektrik.

b)

Mengukur nilai arus, voltan dan rintangan.

c)

Menguji keberkesanan perlindungan arus bocor kebumi.

d)

Mengukur impedens gelung kerosakan bumi dan prospektif arus litar pintas.

13.

Manakah antara berikut merupakan sistem pembumian yang digunakan di Malaysia ?

a)

Sistem Pembumian IT

b)

Sistem Pembumian TT

c)

Sistem Pembumian TN-S

d)

Sistem Pembumian TN-C-S

14.

Berapakah nilai rintangan galangan bumi yang standard digunakan untuk proses menanam elektrod bumi.

a)

> 0.1 Ω

b)

> 0.1 MΩ

c)

< 10 Ω

d)

< 10 M

15.

Pengujian perlu dijalankan keatas pemasangan elektrik satu fasa dan tiga fasa. Pilih antara faktor dibawah yang mempengaruhi keperluan untuk menjalankan pengujian pada pepasangan.

 

I.    Saiz pendawaian.

II.    Keadaan tempat.

III.    Kebenaran yang diberikan.

IV.    Bergantung kepada jenis pendawaian.

a)

I & II

b)

I, II & III

c)

II, III & IV

d)

Semua di atas.

16.

Perancangan penyelenggaraan pencegahan perlu dilakukan di tempat yang berkeperluan, manakah antara berikut adalah kelebihan jadual penyelenggaraan pencegahan.         

 

I.    Membantu peralatan berjalan dengan lebih cekap.

II.    Mengurangkan waktu henti untuk mesin yang biasa digunakan.

III.    Memperpanjang jangka hayat peralatan, kenderaan, atau mesin.

IV.    Menangani masalah kecil sebelum menjadi masalah besar dan lebih mahal.

a)

I & II

b)

I, II & III

c)

II, III & IV

d)

Semua di atas.

17.

Ujian Kefungsian / Functional Test dilakukan untuk memastikan sesuatu pepasangan dilaksanakan dengan sempurna dan selamat selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan pemasangan elektrik. Antara undang – undang dan peraturan tersebut adalah dibawah badan berikut, KECUALI.

a)

Electricity Ordinance.

b)

Akta Bekalan Elektrik.

c)

Electricity Regulations.

d)

Safety and Health Commitee

18.

Aliran kerja penyelenggaraan pencegahan yang berjaya dan penyelenggaraan berjadual perlu mengandungi kata soal seperti dibawah.

 

I.    Apa?

II.    Berapa?

III.    Mengapa?

IV.    Bagaimana?

a)

I & II

b)

I, II & III

c)

I, III & IV

d)

Semua di atas.

19.

Rumah encik Romeo mendapat bekalan kuasa sebanyak 240V. Semenjak encik Romeo menaik taraf dapur rumahnya dengan penambahan beberapa point lampu dan kipas dan soket, dia mendapati lampu di beberapa rumah seringkali hangus / terbakar. Apakah cara penyelesaian yang boleh dilakukan oleh encik Romeo untuk menangani masalah tersebut daripada berlarutan.

a)

Kurangkan beban pada seunit MCB.

b)

Mengurangkan penggunaan soket pada rumah.

c)

Menambah point MCB baru untuk beban yang lain.

d)

Mengurangkan penggunaan lampu dalam satu masa.

20.

Encik Raziq dan isteri baru sahaja berpindah ke rumah baru pada bulan lepas. Dia seringkali mendapati pemutus litar bocor kebumi pada kotak fius agihannya terpelantik apabila berlaku hujan lebat dan petir. Kadang- kadang pemutus litar bocor kebumi tersebut tidak dapat dinaikkan sehingga menyebabkan alat peranti tersebut hilang kepekaan. Bagi menangani masalah tersebut, apakah cara penyelesaian yang boleh dilakukan oleh Encik Raziq?

a)

Berpindah ke rumah yang baru.

b)

Mengantikan pemutus litar bocor kebumi yang baharu.

c)

Membuat pendawaian semula pada keseluruhan pepasangan.

d)

Menambah baik sistem pembumian dengan menambah elektrod disekitar kawasan rumah.