Font size
WorksheetsSEJARAH B4T4 WAY TO SPM A+
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Pada 1 Disember 1945, British Military Administration (BMA) telah mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu. Apakah tujuan BMA mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu?
Menguasai ekonomi
Memulihkan keamanan
Menentang Jepun
Menyokong Malayan Union
Apakah DUA bukti yang menunjukkan rakyat Tanah Melayu mengalami kesukaran hidup di bawah pemerintahan Jepun?
Bekalan ubat-ubatan sukar didapati
Masalah kebuluran
Dipaksa menjadi tentera
Kegiatan kongsi gelap
Siapakah antara berikut yang ditugaskan oleh British untuk mendapatkan tandatangan sultan?
H.C. Willan
George Henry Hall
Sir Harold MacMichael
Mejar Jeneral Ralph Hone
Mengapakah Raja-Raja Melayu membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England?
Menentang syarat kerakyatan jus soli
Raja-Raja Melayu tidak diberikan kuasa pentadbiran
Tidak puas hati dengan konsep pengasingan kuasa
Cara MacMichael tidak sah dari segi perundangan British
Bagaimanakah akhbar berikut memainkan peranan dalam penentangan terhadap Malayan Union?
# Utusan Melayu
# Majlis
Menjadi alat propaganda
Menyeru orang Melayu berhimpun
Menyumbang bantuan kewangan
Memboikot pelantikan Gabenor
Kongres Melayu telah diadakan pada 1 Mac 1946 di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apakah kesan Kongres Melayu tersebut?
Pilihan raya pertama
Penubuhan UMNO
Pengenalan Persekutuan Tanah Melayu
Pembubaran Pentadbiran Tentera British
"Jika apa sekalipun terjadi, kami kaum wanita akan turut menggembleng tenaga bersama-sama kaum lelaki bagi mendapat kembali hak-hak kami."
Siapakah yang mengungkapkan kata-kata di atas?
Halimahton Abd Majid
Cikgu Zaharah Abdullah
Raja Permaisuri Perak
Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid
Antara berikut, yang manakah DUA bidang tugas Ahli Majlis Raja-Raja?
Membincangkan bidang tugas Gabenor British
Membincangkan syarat kerakyatan
Membincangkan adat-istiadat Melayu
Membincangkan soal agama Islam
Apakah DUA faktor yang menyebabkan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British pada 1 Julai 1946?
Tiada pengganti yang layak
Kekalahan dalam pilihan raya
Perjanjian pertahanan dimeterai
Masalah kewangan untuk memulihkan Sarawak
Apakah peranan Gammans dalam proses penyerahan Sarawak kepada British?
Menandatangani surat perjanjian
Mendapatkan persetujuan daripada ketua tempatan
Mendapatkan kelulusan Majlis Negeri
Membuat tinjauan terhadap reaksi penyerahan Sarawak
Siapakah yang mengetuai demonstrasi ketika kedatangan Charles Arden Clarke di Astana?
Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
Datu Bandar Abang Haji Mustapha
Datu Amar Abang Haji Sulaiman
Datu Patinggi Abdul Gapur
Siapakah yang bertindak menikam Duncan Stewart dalam peristiwa "Sungkit Berdarah"?
Bujang Suntong
Morshidi Sidek
Awang Rambli
Rosli Dhoby
Apakah DUA reaksi rakyat Sarawak apabila British mengeluarkan Pekeliling No. 9/1946 pada bulan Disember 1946?
Kakitangan kerajaan meletakkan jawatan
Pelajar maktab menamatkan pengajian
Persatuan Melayu menyertai perarakan
Rukun 13 ditubuhkan secara sulit
Apakah tindakan yang dilakukan oleh Cikgu Lily Eberwein sebagai reaksi terhadap bantahan penyerahan Sarawak?
Mengadakan kempen kesedaran
Mengetuai gerakan antipenyerahan
Menyampaikan kritikan yang tajam
Menghantar referendum
Bagaimanakah Utusan Sarawak memainkan peranan dalam gerakan antipenyerahan?
Menyeru kakitangan kerajaan meletakkan jawatan beramai-ramai
Menghantar referendum memansuhkan penyerahan Sarawak
Mengemukakan surat bantahan kepada Perdana Menteri British
Menjadi saluran menyebarkan penentangan rakyat
"Sungkit Berdarah" merujuk kepada peristiwa
pemimpin Rukun 13 dihukum gantung hingga mati
Duncan Sterwart ditikam oleh Rosli Dhoby
tunjuk perasaan di Kuching
demonstrasi aman di Sibu
Apakah DUA peranan Young Malay Association (YMA) yang ditubuhkan oleh golongan propenyerahan?
Menggalakkan kemajuan orang Melayu
Memberi peluang mengisi jawatan tinggi
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Membantu orang Melayu yang mundur
Apakah matlamat penubuhan Rukun 13 yang ditubuhkan oleh golongan muda pada 20 Ogos 1948?
Menuntut kemerdekaan
Menghalau keluar SBUB
Menyertai gagasan Malaysia
Menghapuskan pegawai tinggi British
Apakah status Sabah semasa pemerintahan SBUB?
Negeri naungan British
Tanah jajahan British
Pengkalan tentera British
Negeri penampan
Berikut merupakan DUA faktor penyerahan Sabah kepada British iaitu
Memenuhi kepentingan British
Latihan untuk berkerajaan sendiri
Rakyat tidak berkeyakinan untuk mentadbir
Meneruskan dasar British dalam hubungan luar
Apakah DUA sebab Sabah penting kepada British?
Mempunyai tanah yang subur
Membekalkan rempah ratus
Membekalkan sumber bahan mentah
Menjadi kawasan pasaran bagi barangan British
Bandar Sandakan pernah dibom oleh tentera Jepun. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
Penentangan penduduk terhadap tentera Jepun
Menubuhkan Persekutuan Borneo
Penyerahan Sabah kepada British
Menyertai gagasan Malaysia
Apakah matlamat awal penubuhan persatuan-persatuan di Sabah?
Menuntut kemerdekaan daripada British
Menuntut British menyediakan kemudahan pendidikan
Memperbaiki keadaan ekonomi dan politik kaum bumiputera
Memperjuangkan kedudukan rakyat dalam pentadbiran kerajaan
Apakah DUA cara yang digunakan oleh British untuk melumpuhkan gerakan nasionalisme di Sabah?
Menawarkan kenaikan pangkat kepada ahli persatuan
Memindahkan ahli dan pemimpin yang aktif ke bandar lain
Mengeluarkan amaran yang melarang pegawai awam menyertai gerakan nasionalisme
Menjatuhkan hukuman penjara kepada pemimpin persatuan
Bagaimanakah British melumpuhkan pergerakan persatuan berikut?
# Persatuan Sahabat Pena Sabah
# Persatuan Kebangsaan Melayu Sabah
# Barisan Pemuda Sabah
Mengharamkan penubuhan parti politik
Menangkap pemimpin utama
Menawarkan kenaikan pangkat
Memecat ahli yang merupakan kakitangan awam
Apakah DUA sebab kegiatan berpersatuan di Sabah menjadi lemah?
Ramai pemimpin yang ditangkap
Perpecahan dalam kalangan ahli
Mengalami masalah kewangan
Kekurangan pemimpin yang berkebolehan
Mengapakah British Military Administration (BMA) membubarkan pasukan MPAJA?
Memulihkan keamanan
Mengukuhkan pentadbiran
Meningkatkan nasionalisme
Mempercepat kemerdekaan
Mengapakah taraf kerakyatan tersebut layak diperoleh Swee Ling?
Pembinaan satu bangsa
Pelaksanaan prinsip jus soli
Persetujuan penduduk tempatan
Pengenalan dasar kependudukan
Apakah maksud prinsip Jus Soli?
Kerakyatan melalui permohonan
Kerakyatan berdasarkan sumbangan
Kerakyatan menerusi undang-undang
Kerakyatan berdasarkan tempat kelahiran
Akhbar berikut memainkan peranan penting membincangkan isu semasa pada tahun 1946.
#Majlis
#Warta Negara
#Utusan Melayu
Apakah isu yang paling hangat pada ketika itu?
Pengisytiharan darurat
Pembentukan Malaysia
Pelaksanaan pilihan raya
Penubuhan Malayan Union
Antara yang berikut, yang manakah DUA cara orang Melayu menentang Malayan Union?
Meletakkan jawatan beramai-ramai
Menggunakan taktik perang gerila
Menyuarakan bantahan melalui akhbar
Mengadakan demonstrasi dan rapat umum
Apakah persamaan antara tokoh wanita ini?
# Cikgu Zaharah Abdullah
# Halimahton Abd Majid
# Dain Puteh Mariah Ibrahim
Menjaga kebajikan rakyat
Meningkatkan ekonomi desa
Mempelopori pendidikan wanita
Menjadi benteng baris hadapan
#Membawa kes ke Mahkamah Tinggi England
#Menghantar surat bantahan ke London
#Menyokong Kongres Melayu
Mengapakah tindakan tersebut dilakukan oleh Raja-raja Melayu bagi menentang Malayan Union?
Kehilangan kuasa politik
Majlis Raja-raja dibubarkan
Sistem pentadbiran disatukan
Syarat kerakyatan diperketat
"Hari lahirnya Malayan Union itu adalah hari yang sehabis-habis sedih bagi orang Melayu"
Mengapakah penubuhan Malayan Union dianggap sedemikian?
Menghapuskan sistem beraja
Mengalakkan kemasukan imigran
Menggugat kedaulatan bangsa
Mengutamakan pendidikan sekular
Kongres Melayu telah berlangsung pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Apakah persetujuan yang dicapai dalam kongres tersebut?
Perkabungan orang Melayu dimulakan
Pemulauan pengisytiharan Malayan Union
Penubuhan United Malays National Organisation
Penglibatan Raja-raja Melayu dalam perjuangan
Individu berikut merupakan Ahli Parlimen British yang dihantar ke Tanah Melayu.
# L.D. Gammans
# David Rees William
Apakah yang dilakukan oleh UMNO ketika kehadiran mereka?
Menghantar surat bantahan rasmi
Memohon diadakan rundingan damai
Melancarkan pemberontakan bersenjata
Mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran
Kata-kata berikut tertulis pada sepanduk dan poster gerakan antipenyerahan di Sarawak.
#"Leburkan kolonial"
#"Sarawak adalah hak kami"
#"Kami membantah dengan sekeras-kerasnya akan tindakan Brooke menyerahkan Sarawak kepada kolonial Inggeris"
Apakah tindakan British untuk menggagalkan gerakan tersebut?
Mengadakan rundingan damai
Memperkuat pasukan keselamatan
Memberi amaran kepada kakitangan kerajaan
Memindahkan pemimpin ke kawasan pedalaman
British memindahkan ahli dan pemimpin yang aktif dalam gerakan berpersatuan ke bandar yang lain. Mengapakah tindakan tersebut dilakukan oleh British?
Meningkatkan perpaduan rakyat
Menyekat perluasan kuasa asing
Memajukan penduduk luar bandar
Memantapkan kuasa pemerintahan
Penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat tentangan hebat daripada penduduk tempatan. Mengapakah penduduk bersikap sedemikian?
Perubahan dasar perjuangan
Tidak memahami tujuan penyerahan
Bersikap terbuka terhadap perubahan
Lebih berfokuskan perkembangan agama
Pada 15 Disember 1945, seramai 10 ribu orang berhimpun di Kota Bharu, Kelantan. Apakah tujuan mereka berhimpun?
Mempertahankan institusi raja
Menghapuskan Malayan Union
Menentang kewarganegaraan jus soli
Membantah tindakan Harold MacMichael
