Font size
WorksheetsKUIZ 2 KELAB BM
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Peribahasa 'seperti rusa masuk kampung' dapat dikaitkan dengan keadaan
seseorang yang bersendirian dan tidak tahu apa-apa yang hendak dilakukan
seseorang yang tidak pandai bergaul dengan orang yang berada di sekelilingnya
seseorang yang tercengang-cengang apabila berada di kawasan yang baharu
seseorang yang mengharapkan bantuan sehingga menyusahkan orang lain
Orang yang berpangkat kecil berlagak seperti orang yang berkedudukan seperti
harimau menyembunyikan kukunya
burung terbang dipipiskan lada
cacing hendak menjadi naga
katak di bawah tempurung
Peribahasa 'alah membeli menang memakai' bermaksud
berpadanan dengan harga
mahal tetapi tahan dipakai
memuaskan hati apabila dibeli
harga yang mahal dan berjenama
Peribahasa 'bagai melepaskan anjing tersepit' memberikan pengajaran kepada kita supaya
mengenal pasti orang yang memberikan bantuan supaya budinya dibalas
sentiasa memberikan nasihat yang baik kepada orang yang memerlukan
jangan sekali-kali menyinggung perasaan atau menyakiti orang lain
sentiasa berhati-hati ketika hendak memberikan pertolongan kepada orang lain
Hasnul hanya memberikan ideanya kepada Dani. Keputusan akhirnya nanti bergantung kepada Dani sendiri. Bak kata pepatah
tepuk dada tanya selera
adat juara menang atau kalah
lembu punya susu, sapi dapat nama
pipit hendak menjadi enggang
Peribahasa yang berikut jelas menggambarkan usaha yang perlu dilakukan jika seseorang ingin berjaya, kecuali
baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Peribahasa lain yang sama atau hampir sama maksudnya dengan 'mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan' ialah
seperti sirih pulang ke gagang
ikut rasa binasa, ikut hati mati
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis
Razlan hidup susah. Dia diingatkan agar tidak meneruskan niatnya untuk meminang anak orang yang kaya raya itu. Kata orang
Belanda minta tanah
ukur baju di badan sendiri
sarang tebuan jangan dijolok
air tenang jangan disangka tiada buaya
Peribahasa yang berikut berkaitan dengan semangat bekerjasama, kecuali..
kalah jadi abu, menang jadi arang
hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Hartawan itu ………………..apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.
Sampai hati
Putih mata
Pilih kasih
Salah urat
Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ………. itu.
Mati kutu
Curi tulang
Pisau cukur
Lidah bercabang
Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab itu telah menjadikan ……… itu sebagai tempat pembuangan sampah.
Telinga kuali
Lintah darat
Pisau cukur
Perigi buta
Farinah hanya ………. apabila dipuji oleh suami dan anak-anaknya.
Telinga kuali
Putih mata
Telinga nipis
Senyum simpul
Emak selalu menegur sikap abang yang …….. itu.
Langkah kanan
Rabun ayam
Berat hati
Berat tulang
Kakak saya ……… dengan syarikat itu sejak 10 tahun yang lalu.
Berat sebelah
Makan gaji
Orang dalam
Ringan tulang
