Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 1

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Arab...

a)

Negara yang bebas dan merdeka

b)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara

d)

Negara mempunyai kuasa yang penuh terhadap pemerintahan

2.

Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara...

a)

Menjadi kuasa politik unggul di dunia

b)

Menunjukkan kekuatan angkatan tentera

c)

Mewujudkan keberkesanan sistem pentadbiran

d)

Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa

3.

Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Pandangan ini ditafsir oleh...

a)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

b)

Aristotle

c)

Ibn Khaldun

d)

Tun Dr. Mohamed Salleh Abas

4.

Kedaulatan berbeza mengikut bentuk pemerintahan. Berapakah jenis kedaulatan yang diamalkan oleh sesebuah negara...

a)

3

b)

2

c)

1

d)

4

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan kedaulatan tradisional...

a)

Kedaulatan yang menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa.

b)

Sistem pemerintahan berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya segala urusan negara.

c)

Kedaulatan yang menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat.

d)

Kedaulatan yang merujuk kepada pengiktirafan PBB terhadap sesebuah negara.

6.

Apakah dimaksudkan dengan kedaulatan undang-undang...

a)

Kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi.

b)

Kedaulatan berpaksi pada kedaulatan Raja-raja Melayu.

c)

Kedaulatan dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa.

d)

Kedaulatan yang dapat menjamin kedailan dalam kehidupan bermasyarakat.

7.

Nyatakan jenis kedaulatan yang berkaitan dengan sesebuah negara.

a)

Kedaulatan Tradisional

b)

Kedaulatan Moden

c)

Kedaulatan Undang-undang

d)

Kedaulatan Antarabangsa

8.

Kedaulatan Moden dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa selepas...

a)

Revolusi Amerika Syarikat

b)

Revolusi Tanah Melayu

c)

Revolusi Keagungan di England

d)

Revolusi Perancis

9.

Kedaulatan terletak pada kekuasaan dan kewibawaan raja. Maklumat ini berkait dengan...

a)

Kedaulatan Tradisional

b)

Kedaulatan Undang-undang

c)

Kedaulatan Antarabangsa

d)

Kedaulatan Moden

10.

Kedaulatan undang-undang menjadi prinsip ... dalam Rukun Negara.

a)

Pertama

b)

Kedua

c)

Ketiga

d)

Keempat

11.

Setiap negara yang bebas dan merdeka mempunyai ciri tertentu bagi menentukan kedaulatannya. Nyatakan ciri-ciri negara yang berdaulat...

a)

Mempunyai pemerintahan

b)

Mempunyai Kepelbagaian Ekonomi

c)

Mempunyai Kepelbagaian Budaya

d)

Mempunyai Rakyat

12.

Salah satu ciri negara yang berdaulat ialah mempunyai sempadan. Apakah yang dimaksudkan dengan sempadan...

a)

Garis pemisah antara negeri atau negara

b)

Penduduk di sesebuah negara

c)

Asas kepada peraturan negara

d)

Identiti yang unik

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan Demokrasi Berparlimen

a)

Negara yang dikuasai oleh diktator

b)

Perwakilan dipilih oleh raja

c)

Perwakilan yang dipilih melalui pilihanraya

d)

Negara yang tidak mempunyai pemimpin

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan Raja Berperlembagaan...

a)

Pemerintahan berdasarkan bangsa

b)

Pemerintahan yang terikat dengan keunikan budaya

c)

Peerintahan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang negara.

d)

Pemerintahan beraja mengikut peruntukkan Perlembagaan Persekutuan.

15.

Ketua Utama Negara ialah ...

a)

Perdana Menteri

b)

Yang di-Pertuan Agong

c)

Jemaah Menteri

d)

Menteri Besar

16.

Malaysia merupakan negara yang berkongsi sempadan darat, air dan udara dengan ...

a)

Thailand

b)

Singapura

c)

Jepun

d)

Indonesia

17.

Apakah kepentingan mewujudkan negara berdaulat...

a)

Keberkesanan Pentadbiran

b)

Kemakmuran Ekonomi

c)

Kesejahteraan Sosial

d)

Kecemerlangan Hubungan Luar Negara

18.

Kesan sekiranya negara Malaysia menjalinkan hubungan yang baik dengan negara luar.

a)

Menikmati pelbagai faedah

b)

Maruah negara tergadai

c)

Kejatuhan ekonomi

d)

Kerjasama dalam pelbagai bidang

19.

Apakah peranan rakyat dalam memupuk semangat patriotisme...

a)

Menghormati lambang negara

b)

Menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan

c)

Memberikan pengiktirafan kepada rakyat

d)

Menghargai tokoh pelbagai kaum

20.

Apakah peranan pemerintah dalam mengekalkan perpaduan kaum...

a)

Menggunakan bahasa kebangsaan

b)

Melibatkan diri dalam program kemasyarakatan

c)

Menggubal dasar dan undang-undang yang berkaitan

d)

Merangka program serta kempen ke arah perpaduan kaum