wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahaya Riddah

Total questions: 5

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Farid adalah seorang suami yang baik dan penyayang. Dia hidup bahagia bersama isterinya. Walaubagaimanapun, pada suatu hari farid membuat keputusan untuk menukar agamanya islam kepada agama kristian.

1.

Apakah yang akan terjadi kepada hubungan Farid dan isterinya?

a)

hubungan perkahwinan mereka akan terputus kerana tidak menepati syarat sah perkahwinan

b)

hubungan perkahwinan mereka akan terputus kerana mereka enggan bersama

c)

tidak mengapa tetapi perkahwinan mereka tidak diberkati

d)

mereka akan bergaduh

2.

Pak samad mempunyai seorang anak lelaki bernama Hafiz. Hanya Hafiz seorang anak yang boleh Pak Samad serahkan pewarisan harta beliau tetapi Pak Samad mendapati anaknya telah murtad. Hafiz telah keluar daripada agama islam dan memasuki agama buddha. Pak Samad amat terkejut dan hampa dengan keputusan yang telah dibuat oleh anaknya Hafiz itu.

2.

Berdasarkan situasi tersebut, adakah anak lelaki Pak Samad masih layak menerima harta tersebut?

a)

Tidak kerana Pak Samad perlu memberikan harta tersebut kepada isterinya terlebih dahulu

b)

Tidak kerana Hafiz telah murtad

c)

Layak kerana Hafiz masih lagi anak Pak Samad

d)

Tidak menjadi masalah, Hafiz layak menerima harta pusaka tersebut

3.

Dato Sri Sarimah merupakan seorang ahli perniagaan yang kaya dan terkenal. Beliau sentiasa mendapat keuntungan yang tinggi menerusi hasil perniagaannya. Pada suatu hari Datin Sri Sarimah telah ditangkap kerana menggunakan khidmat bomoh untuk melariskan barangan perniagaanya di pasaran. Oleh itu, beliau ditangkap oleh polis bagi tujuan siasatan lanjut.

3.

Apakah kesan daripada perlakuan Datin Sri Sarimah itu tadi? Pilih yang tepat.

a)

pekerjaannya musnah akibat perlakuannya sendiri

b)

berkurang pahala dalam kehidupannya

c)

mendorong kemurkaan daripada Allah S.W.T

4.

Sally sering meluangkan masanya di klub malam untuk berfoya-foya. Dia juga suka minum arak dan mengambil dadah untuk menenangkan fikirannya setelah penat bekerja seharian. Meskipun begitu, keinginannya untuk mendapatkan ketenangan bertukar menjadi lebih serabut serta lmenimbulkan rasa gelisah dalam dirinya. Sally kini menjadi semakin tidak terurus dan tidak tenang lagi dalam kehidupannya.

4.

Mengapakah tindakan Sally itu tidak dapat membantunya untuk memperoleh ketenangan sebaliknya menjadikan dia lebih resah dan gelisah?

a)

Kerana setiap perkara yang dilarang oleh Allah mempunyai kemudaratan pada diri

b)

Kerana tindakannya itu bahaya

c)

Ia hanya kerana Sally berasa tidak puas lagi untuk bersuka ria bersama rakannya

5.

Jamil sering menunaikan solat fardhu di penghujung waktu. Dia juga sering meninggalkan ibadah solat dan merasakannya sebagai suatu perkara yang biasa kerana hidupnya masih bahagia walaupun tidak solat dengan sempurna. Apakah kesan daripada perbuatan Jamil tersebut?

5.

Apakah kesannya?

a)

Tidak diberkati

b)

Masih bahagia tanpa masalah

c)

Jauh daripada rahmat Allah S.W.T

d)

Mendorong perceraian dengan isteri