wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAHASAKU

Total questions: 20

Worksheet time: 1hrs 2mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan kata nama am kecuali,

a)

Cikgu SIti

b)

kakak

c)

kereta

d)

sungai

2.

Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.

Berdasarkan ayat berikut, yang manakah ayat mengandungi kata kerja pasif

a)

Kami membaiki kereta kesayangan ayah semalam.

b)

Surat itu telah saya jawab.

c)

Dia menjadi guru bahasa Melayu.

d)

Adik Jane masih tidur.

3.

"Lukanya dibalut dengan kain nipis."

Ayat adjektif berikut menggunakan kata adjektif jenis _________

a)

Bentuk

b)

Perasaan

c)

Ukuran

d)

Warna

4.

Kata majmuk juga mendukung maksud kiasan. Berikut merupakan kata majmuk bentuk kiasan, kecuali...

a)

buah hati

b)

anak emas

c)

kaki ayam

d)

kapal terbang

5.

Terdapat tiga jenis kata ganda iaitu kata ganda penuh, separa dan juga berentak.

Berdasarkan ayat berikut, yang manakah menggunakan kata ganda separa?

a)

Murid lelaki itu berlari di padang.

b)

Sayur-mayur di gerai Aeshly sangat segar.

c)

Cikgu Ridzuan mengangkat kerusi-kerusi itu ke kelasnya.

d)

Jayson berlari lintang-pukang kerana dikejar anjing.

6.

"Aduh, sakitnya kakiku!"

Ayat berikut menggambarkan perasaan _______

a)

Marah

b)

Sakit

c)

Sedih

d)

Gembira

7.

______________ kamu tinggal?

Nyatakan kata tanya yang sesuai bagi ayat tanya berikut.

a)

Apakah

b)

Berapakah

c)

Di manakah

d)

Siapakah

8.

Frank lulus ujian itu _______ Frankie gagal.

Nyatakan kata hubung yang sesuai bagi ayat berikut.

a)

kerana

b)

dan

c)

atau

d)

tetapi

9.

Kakak Avanus _____ seorang doktor.

Pilih kata pemeri yang sesuai berdasarkan ayat berikut.

a)

ialah

b)

adalah

10.

Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat.

Pilih ayat yang menggunakan kata sendi nama "di" dengan betul.

a)

Ayah Aethan baru pulang di pekan.

b)

Mereka akan di Benoni esok.

c)

Dia masih bujang di ketika itu.

d)

Ibunya bekerja di sekolah itu.

11.

Kata majmuk mantap ialah kata majmuk yang dieja secara bercantum sebagai satu perkataan walaupun mempunyai dua kata dasar.

Berikut merupakan antara kata majmuk mantap kecuali,

a)

kerjasama

b)

olahraga

c)

urusetia

d)

atur cara

12.

Kerajaan Majapahit ___________ melanggar Singapura.

Pilih kata bantu aspek yang sesuai bagi ayat berikut.

a)

telah

b)

hendak

c)

belum

d)

masih

13.

"Tolong tutup pintu itu".

Nyatakan jenis ayat perintah berikut.

a)

Suruhan

b)

Larangan

c)

Silaan

d)

Permintaan

14.

"Marvella membeli buku di Eatons."

Nyatakan jenis ayat berikut?

a)

Ayat Perintah

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Penyata

d)

Ayat Seruan

15.

"Enak sekali rasa buah itu."

Susunan ayat berikut ialah susunan ayat ______

a)

Susunan Biasa

b)

Susunan Songsang

16.

"Ali menendang bola,"

"Bola ditendang oleh Ali"

Berdasarkan dua ayat berikut, nyatakan objek yang terdapat dalam ayat tersebut?

a)

Ali

b)

menendang

c)

bola

17.

1) "Rond pandai bermain bola."

2) "Rond pandai bermain hoki."

3) "Rond pandai bermain bola_____ hoki"

Gunakan kata hubungan gabungan untuk menjadikan ayat berikut menjadi ayat majmuk.

a)

atau

b)

kerana

c)

dan

d)

tetapi

18.

Kata penguat sering hadir di hadapan kata atau frasa adjektif.

Berikut merupakan kata penguat bebas kecuali,

a)

amat

b)

benar

c)

sangat

d)

sungguh

19.

Ampun ________, __________ ingin menanyakan mengenai rumah kampung sebelah.

Pilih kata ganti nama diri bahasa istana yang sesuai.

a)

tuanku ..... beta

b)

patik ..... patik

c)

tuanku ..... patik

d)

patik ..... tuanku

20.

Kata nama khas menunjukkan sesuatu yang spesifik.

Pilih kata nama khas yang betul.

a)

sekolah rendah

b)

Kolam

c)

Abang

d)

Proton Persona