Font size
WorksheetsUlang Kaji Bab 4 (Kata Nama) dan Bab 5 (Kata Kerja)
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Berikut merupakan ciri-ciri kata nama, kecuali ............................. .
Boleh diikuti oleh kata tunjuk itu dan ini.
Boleh didahului oleh kata bilangan.
Boleh didahului oleh kata sendi nama.
Boleh didahului oleh kata bantu.
Yang manakah bukan kelompok kata nama?
Kata nama khas
Kata nama aktif
Kata nama pasif
Kata nama am
Kata ganti nama
Yang manakah merupakan kata ganti nama diri orang pertama?
Patik
Anda
Kamu
Dia
Yang manakah kata nama tunggal yang berfungsi sebagai ukuran tepat?
Hasta
Ela
Depa
Jengkal
Berapakah jumlah awalan kata nama asli bahasa Melayu?
3
4
5
6
7
Yang manakah merupakan awalan asli kata nama?
maha-
swa-
tata-
juru-
Kata nama am tak hidup terbahagi kepada dua, iaitu konkrit dan abstrak. Yang manakah kata nama yang kesemuanya tergolong dalam jenis kata nama am tak hidup abstrak?
harapan, fikiran, lautan
pandangan, impian, perpaduan
kenangan, jambatan, pelabuhan
bangunan, keinginan, kemerdekaan
Berikut merupakan kata ganti nama, kecuali .................................... .
kata ganti nama tunjuk
kata ganti nama diri
kata ganti nama tak tentu
kata ganti nama tentu
Berikut merupakan imbuhan sisipan kata nama, kecuali ............................ .
-es-
-el-
-er-
-em-
Berikut merupakan jenis kata nama majmuk, kecuali .................................. .
rangkai kata bebas
istilah khusus
berentak
kiasan
Dari segi makna, kata kerja boleh dibahagikan kepada dua, iaitu ............................. .
Kata kerja perbuatan dan kata kerja keadaan.
Kata kerja pasif dan kata kerja aktif.
Kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
Kata kerja perlakuan dan kata kerja perubahan.
Berikut merupakan jenis-jenis kata kerja tak transitif, kecuali ................................. .
Tanpa pelengkap
Berpelengkap
Dua objek
Berpenerang
Ayat yang manakah tidak mengandungi kata kerja tak transitif tanpa pelengkap?
Murid-murid itu bermain di padang.
Murid-murid itu makan di kantin.
Murid-murid itu asyik bercerita dari tadi.
Murid-murid itu berada di padang.
Ayat yang manakah tidak mengandungi kata kerja tak transitif berpelengkap?
Abang beristerikan orang Pahang.
Nenek beransur sihat.
Pokok kacang tumbuh subur.
Setiap individu mempunyai tahap kesabaran masing-masing.
Ayat yang manakah tidak mengandungi kata kerja tak transitif berpenerang?
Budak itu berlari laju.
Budak itu berjalan kaki ke sekolah.
Budak-budak itu bermain bola di padang.
Budak itu tersenyum seorang diri.
Yang manakah ayat aktif tak transitif?
Petani itu sudah menikmati hasil titik peluh mereka selama ini.
Gadis itu sering mengelamun seorang diri di biliknya.
Mereka melipatgandakan usaha untuk berjaya dalam perniagaan.
Datuk membukukan pengalaman hidupnya semasa era penjajahan.
Yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja dengan dua objek?
Mereka menyangka penduduk kampung menyokongnya.
Pak Hamid menjadikan budak itu anak angkatnya.
Tuhan mengurniainya kesejahteraan hidup.
Bapa menamai kucing adik Si Comel.
Yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif berpelengkap?
Wanita itu sedang mengandung anak yang kedua.
Lampu di dalam bilik itu menyala dengan terang sekali.
Cita-citanya menjadi kenyataan setelah dia ke luar negara.
Surat panggilan temu duga akan menyusul dalam tempoh sebulan.
Ayat yang manakah yang menggunakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap?
Kawan lamanya berkirim salam.
Ali sedang berehat di ruang tamu.
Ayah akan singgah di rumah kakak.
Minggu lepas dia menginap di rumah saya.
Yang manakah ayat yang menggunakan kata berimbuhan diper-...-i dengan betul?
Puteri Gunung Banang bersetuju untuk diperisteri oleh Tuanku Malim Kundang.
Motosikal itu sedang diperbaiki oleh mekanik yang mahir.
Dia diperlakui seperti hamba.
Mereka dipertemui dalam majlis makan malam itu.
