WorksheetsASK TINGKATAN 3
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang sains dan seni menukarkan maklumat kepada bentuk yang selamat dan tidak mudah dicerobohi?
Kriptografi
Steganografi
Kriptoanalisis
Keselamatan siber
Apakah item yang diperlukan untuk menyulit atau menyahsulit mesej rahsia?
Kata laluan (Password)
Kunci sifer (Cipher key)
Sijil digital (Digital certificate)
Tandatangan-e (e-signature)
Apakah yang dimasudkan dengan istilah sifer (cipher)?
Mesej yang disulitkan
Keselamatan komputer
Algoritma untuk menukar teks biasa kepada teks sifer
Kajian tentang kaedah-kaedah menyulit dan menyahsulit mesej rahsia
Chee Meng menerima mesej rahsia "ERAILGHAUAAZKABG" dalam peti suratnya. Beliau tahu bahawa mesej ini disulitkan dengan Columnar Transposition. Oleh itu, Chee Meng melukis jadual transposisi untuk menyahsulitkan mesej rahsia yang diterimanya.
Antara berikut, yang manakah kunci sifer yang digunakan jika Chee Meng mendapati mesej asa
ialah "KELUARGA BAHAGIA"?
CUBA
NOTA
PETI
TEKS
Apakah maksud fungsi integriti dalam perkhidmatan keselamatan data kriptografi?
Pengesahan identiti pengirim dan penerima mesej
Perlindungan kerahsiaan mesej semasa dihantar kepada penerima
Kepastian isi kandungan mesej tidak diubah semasa dihantar kepada penerima
Kepastian pengirim dan penerima tidak boleh menafikan mereka adalah pihak yang menghantar dan menerima sesuatu mesej.
Apakah nama bagi sistem sifer yang menyusun semula aksara-aksara dalam mesej biasa untuk menghasilkan teks sifer?
Reverse Cipher
Encryption Cipher
Substitution Cipher
Transposition Cipher
Apakah nama bagi sistem sifer yang menggantikan setiap aksara dengan simbol grafik?
Pigpen Cipher
Caesar Cipher
Reverse Cipher
Transposition Cipher
Apakah jenis Reverse cipher yang telah digunakan untuk menyulitkan mesej di bawah?
Songsang abjad
Songsang tulisan
Songsang perkataan
Songsang seluruh mesej
Berapakah bilangan fasa dalam pembangunan atur cara?
3
4
5
6
Antara berikut, yang manakah merupakan urutan fasa pembangunan atur cara yang betul?
Reka bentuk atur cara, Pengekodan, Analisis masalah, Pengujian dan penyahpepijatan, Dokumentasi
Analisis masalah, Reka bentuk atur cara, Pengekodan, Pengujian dan penyahpepijatan, Dokumentasi
Pengekodan, Dokumentasi, Reka bentuk atur cara, Analisis masalah, Pengujian dan penyapepijatan
Analisis masalah, Reka bentuk atur cara, Dokumentasi, Pengekodan, Pengujian dan penyahpepijatan
Apakah konsep pemikiran yang digunakan dalam fasa pembangunan atur cara agar sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan mudah?
Pemikiran kritis
Pemikiran kreatif
Pemikiran aras tinggi
Pemikiran komputasional
Apakah fasa pembangunan atur cara yang terlibat semasa mengenal pasti input, proses, dan output?
Analisis masalah
Reka bentuk atur cara
Pengekodan
Dokumentasi
Aina menggunakan Rail Fence Cipher untuk menyulitkan mesej "CARI DALAM PETI SEJUK". Nyatakan teks sifer yang dihasilkan oleh Aina berdasarkan jadual 'pagar' yang ditunjukkan
CLIXKSTAAARDMEEUJPI
CLIXAAATSKRDMEEUIPJ
XILCKSTAAAUEEMDRJPI
XKUJESITEPMALADIRAC
