WorksheetsUJIAN RINGKAS TATABAHASA TAHUN 6
Total questions: 25
Worksheet time: 17mins
Mari _________ ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul sambil menyusul kawan-kawan yang lain.
kalian….saya
kamu….mereka
awak…mereka
kita…mereka
"Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata Cikgu Anita sambil mengajar di hadapan kelasnya.
kalian
kamu
kita
mereka
"Ibu, duit _______ hilang," kata Adam dan Hawa serentak kepada ibu _________.
kita ….mereka
saya….kita
kami ….mereka
mereka...kita
"Kalau ________izinkan sekarang juga _____ akan melaksanakan tugas itu,"sembah ahli nujum kepada sultan.
tuan….patik
baginda…patik
tuanku ….patik
hamba….tuanku
"Cuaca di _______ sungguh sejuk," kata Sabri sambil menahan kesejukan.
mana
sini
situ
ini
Datuk dan nenek pergi ke Alor Setar. Mereka ada urusan di _______.
itu
mana
situ
sana
“Tetamu yang datang ke rumah datuk itu, __________?”tanya Aina kepada adiknya.
siapa
mana
bila
siapa-siapa
“Ada ____________ yang tidak bersetuju dengan cadangan ayah?” tanya ayah kepada anak-anaknya.
apa
siapa
mana-mana
sesiapa
Pak Dollah pulang dari ladang getahnya dengan menjunjung se__________ kayu api.
berkas
junjung
longgok
keping
Ibu memasukkan se________ serbuk perasa ke dalam kari ayam itu untuk menyedapkan rasanya
cekak
genggam
bungkus
cubit
Amirul tersandar kekenyangan di tepi pondok setelah menghabiskan se_______ durian.
ulas
biji
longgok
buah
Perompak bank itu melepaskan beberapa (a) tembakan sebelum melarikan diri.
Samad muntah-muntah setelah makan beberapa (a) cempedak goreng pagi itu.
Pak Leh telah makan dua (a) jagung yang dibeli di pasar malam.
Pengacara majlis itu menyampaikan se_______ pantun sebagai pembuka majlis.
baris
rangkap
naskah
buah
Khairul membawa balik ______ tebu dan memotongnya agar setiap adiknya mendapat se__________.
batang___ruas
kaki___ruas
batang___hiris
rumpun___ruas
Jimmy (a) kerana dia tidak tahu bermain bolak sepak.
Dayana (a) kerana dia tidak boleh tahan dengan cuaca panas.
Cikgu Atiqah sukar menyemak latihan Amri kerana tulisannya (a)
Persahabatan Farida dengan Amna _________________ kerana selalu ada antara satu sama lain.
bagai bulan dipagar bintang
bagaikan anjing dan kucing
bagaikan isi dengan kuku
bagai aur dengan tebing
Azmin pulang ke rumah apabila azan ____ dari surau taman perumahannya.
berdendang
berkumandang
bergendang
bergebang
5 Kakinya (a) ke bawah semasa bermain buaian di taman permainan.
Buku-buku nota yang _________ di atas meja itu disusun oleh Halimah.
bertempiaran
berkerumun
berhumban
berhamburan
Ibu (a) tentang perkara itu di telinga ayah supaya tidak didengari oleh orang lain
Kaki Daniel (a) ke dalam lubang itu ketika berjoging di taman rekreasi
