NEW
Font size
WorksheetsULANGKAJI BAHASA MELAYU
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Anak-anak yang dibentuk dengan sahsiah terpuji daripada ibu bapa pasti akan menunjukkan jati diri yang ___________ pada masa depan.
Unik
Ceria
Anggun
Unggul
Kejohanan Sukan SEA yang dilangsungkan di Filipina telah berjalan dengan __________ dengan Malaysia mencapai 47 pingat emas secara keseluruhannya.
Baik
Hebat
Lancar
Selamat
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Rambut bayi yang baru lahir itu jarang.
II Oleh sebab giginya jarang, Jamal berasa agak malu untuk tersenyum.
III Abang jarang pulang ke rumah setelah berpindah ke rumah baharunya.
IV Hubungan antara Hamidah dengan rakan Baiknya sudah semakin jarang.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Hutan menjadi habitat semula jadi bagi berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar.
berbagai jenis tumbuhan
pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan
berbagai jenis tumbuh-tumbuhan
berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Pesakit kencing manis perlulah membuat pemeriksaan darah daripada semasa ke semasa supaya dapat mengetahui tahap
kesihatan.
dari masa ke semasa
dari semasa ke semasa
daripada masa ke semasa
daripada semasa ke semasa
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Pelbagai jenis lauk-pauk yang disediakan menjadi pilihan pelanggan di Restoran Nasi Sayei Jelighoo.
Pelbagai jenis lauk
Pelbagai lauk berjenis
Pelbagai-bagai jenis lauk
Pelbagai jenis lauk-pauk
Pilih ayat-ayat yang betul.
I Budak lelaki itu telah dipergunakan kerana sifatnya yang lurus bendul.
II Nek Kalsom memasukkan secubit garam ke dalam lauk yang dimasakknya.
III Yuran pengajian itu belum dibayar oleh saya kerana kekangan kewangan.
IV Berpuluh rumah setinggan di pinggir bandar itu musnah dijilat api semalam
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
Pemakanan yang seimbang dan kegiatan riadah dapat memperoleh tubuh badan yang sihat daripada penyakit kronik.
Selain pemakanan yang seimbang,
kesihatan tubuh badan daripada penyakit
kronik diperoleh daripada kegiatan riadah.
Di samping kegiatan riadah, penyakit
kronik dapat dielakkan sekiranya
masyarakat mengamalkan pemakanan yang
seimbang.
Bukan sahaja kegiatan riadah, penyakit
kronik dapat dielakkan sekiranya
masyarakat mengamalkan pemakanan yang
seimbang.
Bagi menyihatkan tubuh badan daripada
penyakit kronik, masyarakat diseru untuk
mengamalkan pemakanan yang seimbang
dan kegiatan riadah.
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
Murid yang lemah dalam subjek Bahasa Melayu itu akhirnya lulus dengan cemerlang kerana sering membuat latihan dan gigih mengulang kaji pelajaran.
Peribahasa yang manakah yang paling tepat berdasarkan pernyataan di atas?
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan
Belakang parang diasah lagikan tajam
Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
Richie menjadi ________ melihat pelbagai jenis kasut sukan dijual dengan harga murah di pasar raya itu.
Peribahasa yang manakah yang paling tepat berdasarkan pernyataan di atas?
mata duitan
rambang mata
besar mata
putih mata
