wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

3.1 DOKUMEN PERNIAGAAN

Total questions: 7

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud dokumen perniagaan?

a)

Dokumen perniagaan bagi urus niaga jualan dan belian dengan menggunakan tunai atau cek

b)

Dokumen yang digunakan untuk mendepositkan tunai di tangan ke dalam akaun bank

c)

Dokumen bertulis urus niaga yang digunakan sebagai alat komunikasi antara pembekal dengan pembeli

d)

Dokumen yang digunakan untuk merekodkan butiran urus niaga setelah dokumen sumber diterima dan dikeluarkan.

2.

Apakah fungsi dokumen perniagaan?

a)

Sebagai bukti bertulis sesuatu urusniaga telah berlaku

b)

Sebagai alat menyemak ketepatan catatan ke dalam lejar

c)

Sebagai rujukan semasa penyediaan penyata kewangan

d)

Sebagai alat perancangan dan kawalan

3.

Apakah dokumen yang tidak terlibat bagi urus niaga secara tunai?

a)

Tunai

b)

Invois

c)

Bil Tunai

d)

Cek

4.

Berikut adalah dokumen bukan sumber kecuali

a)

Memo

b)

Nota Serahan

c)

Penyata Bank

d)

Pesanan Belian

5.

Arif menjalankan urus niaga secara kredit dengan Syarikat Jimmy. Aliran dokumen manakah yang berlaku dalam urus niaga tersebut?

a)

Invois > Tunai > Nota debit/kredit > Resit

b)

Invois > Nota debit/kredit > Tunai > Resit

c)

Nota debit/kredit > Invois > Tunai > Resit

d)

Nota debit/kredit > Tunai > Invois > Resit

6.

Susun semula aliran dokumen bagi urus niaga secara tunai.

I Pembekal menyerahkan bil tunai kepada pembeli.

II Pembeli memeriksa sama ada semua butiran direkodkan dengan betul.

III Pembeli membuat pembayaran dengan tunai, cek, pindahan wang atau kad kredit

a)

I > II > III

b)

II > I > III

c)

III > II > I

d)

III > I > II

7.

Antara berikut yang manakah dokumen sumber?

I Slip Bank

II Penyata Bank

III Nota Belian

IV Nota Debit

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV