WorksheetsMorfologi spm quiz
Total questions: 81
Worksheet time: 4hrs 42mins
Anak emas termasuk dalam kata apa ?
(a)
Perkataan "pertemuan" ialah jenis imbuhan apa?
(a)
Perkataan "serta-merta" termasuk dalam jenis kata ganda apa ?
(a)
Kakak berasa gemuruh apabila ditemu duga oleh pihak TV3.
Sisipan dalam ayat di atas ialah
berasa
gemuruh
ditemu duga
oleh
Pelajar yang terpandai di dalam kelas saya ialah Fatin Nabilah.
Perkataan yang bergaris ialah kata apa ?
(a)
Perkataan "jelajah" ialah sisipan kata apa ?
(a)
Kata kerja terbitan ialah
perjalanan
terhidang
kelewatan
sejawat
Kawasan perumahan terdapat banyak kemudahan yang harus digunakan oleh penduduk.
Perkataan yang bergaris ialah golongan kata apa ?
Kata nama
Kata kerja
Kata adjektif
Kata tugas
Gunung tertinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu.
Perkataan bergaris dalam ayat di atas ialah
Kata nama
Kata kerja
Kata adjektif
Kata tugas
Pelajar itu berasa terharu apabila menerima pelbagai penghargaan daripada pihak sekolah.
Perkataan bergaris dalam ayat di atas ialah
Kata tunggal
Kata terbitan
Kata ganda
Kata majmuk
Ibu menyuruh adik membantunya di dapur.
kata nama am
kata nama khas
Kata kerja transitif
Kata kerja tak transitif
Perkataan "jururawat" jika digandakan akan menjadi
(a)
Kenal pasti Kata Sendi Nama berdasarkan ayat di bawah:
Hadiah itu daripada ibu saya
Hadiah
daripada
saya
Tuliskan Kata Nama Terbitan berdasarkan ayat tersebut:
Usaha anda hari ini akan menentukan kejayaan masa hadapan
kejayaan
usaha
hadapan
Kenal pasti kata nama berdasarkan ayat berikut:
Kereta proton Saga itu milik Pak Borhan
kereta
proton saga
Pak Borhan
milik
Kenal pasti kata kerja berdasarkan ayat berikut:
Pak Ali mencangkul tanah untuk membuat batas
Pak Ali
mencangkul
tanah
membuat
Kenal pasti kata nama terbitan berdasarkan ayat berikut:
Peraduan menulis esei terbuka kepada semua murid
esei
Peraduan
kepada
murid
Tuliskan kata kerja transitif yang terdapat dalam ayat berikut:
Cikgu mengirimkan surat amaran kepada Khoo Siew loh
(a)
Kenal pasti kata majmuk berdasarkan ayat berikut:
Anis sangat berminat dalam mata pelajaran Sejarah
mata pelajaran
sangat berminat
pelajaran sejarah
Sejarah
Tuliskan kata majmuk berdasarkan ayat berikut:
Keharmonian negara tanggungjawab kita bersama
(a)
Tuliskan kata Adjektif berdasarkan ayat berikut:
Leftenan Adnan seorang yang sangat berani
(a)
Kenal pasti Akronim berdasarkan ayat berikut:
Program PLKN untuk remaja sangat berkesan untuk memupuk cinta akan negara
PLKN
Program PLKN
negara
Kenal pasti kata tugas berdasarkan ayat di bawah:
Walaupun dia hidup miskin namun dia tidak pernah meminta sedekah
walaupun
pernah
namun
Pilih jenis kata yang betul berdasarkan perkataan berikut:
pengorbanan
Kata Nama
kata Nama Terbitan
kata Ganti Nama
Kenal pasti jenis kata yang sesuai berdasarkan perkataan berikut:
lonjong
Kata Nama
Kata Adjektif
kata tugas
kenal pasti jenis kata berdasarkan perkataan berikut:
menjelaskan
Kata Nama
Kata Kerja
Kata Adjektif
Perkataan kekuda ialah contoh bagi
(a)
Sungai di belakang rumah saya sudah cetek.
Kata adjektif dalam ayat di atas ialah
(a)
Ahmad dan Lim tidak pergi ke sekolah kerana ketinggalan bas.
Kata tugas dalam ayat di atas ialah
(a)
Yang manakah bukan kata majmuk ?
dukacita
tandatangan
setiausaha
warganegara
Kenal pasti dan taipkan satu kata penguat yang terdapat dalam ayat ini.
Buku teks Matematik yang baharu itu paling tebal.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata ganda yang terdapat dalam ayat ini.
Layang-layang milik Pak Abu terbang tinggi di awan.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat ini.
Daging mentah dibekukan untuk melambatkan pertumbuhan mikroorganisma supaya dapat disimpan lama.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat ini.
Ibu mengasingkan kain yang sudah tidak boleh dipakai untuk dijadikan kain buruk.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata adjektif yang terdapat dalam ayat ini.
Murid yang lebih tinggi sepatutnya duduk di belakang.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata tanya yang terdapat dalam ayat ini.
Awak tinggal di kampung ini sejak bila?
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata perintah yang terdapat dalam ayat ini.
"Adik, usahlah menangis lagi," pujuk kakaknya.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata seru yang terdapat dalam ayat ini.
"Cis, rasakan tumbukan saya ini!" kata peninju itu kepada lawannya.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata pembenar yang terdapat dalam ayat ini.
Betul, abang tidak menipu kamu. Ular sawa itu memaang berada di situ tadi.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata bantu yang terdapat dalam ayat ini.
Murid - murid itu tidak dapat masuk ke dalam kelas kerana pintu berkunci.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata arah yang terdapat dalam ayat ini.
Haikal berdiri di depan cermin sambil menyikat rambutnya.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata ganti nama yang terdapat dalam ayat ini.
Penjenayah itu berjaya diberkas oleh penduduk kampung ketika dia cuba menceroboh sebuah rumah.
(a)
Kenal pasti dan taipkan satu kata majmuk yang terdapat dalam ayat ini.
Kerja-kerja mencari gali minyak di perairan negara dilakukan oleh Syarikat Petroleum Nasional Berhad.
(a)
Sila pilih 2 KATA TUNGGAL daripada pilihan kata dibawah.
pinggan
badan air
sukan
selam skuba
Sila pilih 2 KATA MAJMUK.
antarabangsa
campur aduk
ini
murid
Pilih kata majmuk mantap.
Kerjasama
Makmal sains
Kipas angin
PILIH 3 KATA MAJMUK YANG DIEJA DENGAN BETUL.
jawatankuasa
suka rela
gambar rajah
tanda tangan
warganegara
4) Pilih contoh perkataan kata terbitan akhiran kata nama.
besarkan, tidurkan
pemakaian, perjalanan
sasterawan, nasionalisme
berlari, pelarian
7) Berikan contoh sisipan yang betul kecuali
-el- = telunjuk
-in- = linangan
-em- = gemilang
-er- = seruling
5) Pilih contoh kata ganda yang betul bagi penggandaan separa
sesiku, lelaki
buku-buku, cerpen-cerpen
saudara-mara, lintang pukang
remeh-temeh, kekuda
Pilih kata kerja transitif.
Sebelum membuat apa-apa keputusan kita perlu mendapatkan pandangan orang yang lebih arif tentang perkara tersebut.
membuat
mendapatkan
perlu
tentang
Yang manakah kata penguat.
Pemandangan Pulau Kapas sangat jelas pada waktu pagi.
sangat
jelas
pada
Yang manakah antara berikut merupakan unit terkecil dalam tatabahasa Melayu?
Fonem
Wacana
Morfem
Klausa
Apakah maksud morfologi?
(a)
Yang manakah antara berikut bukan bentuk kata?
Kata nama
Kata terbitan
Kata ganda
Kata majmuk
- Bernama
- tadika
- pawagam
Apakah jenis kata akronim di atas?
Gabungan huruf awal perkataan dalam rangkai kata
Gabungan huruf dan suku kata awal sejumlah perkataan
Gabungan suku kata awal sejumlah perkataan
Gabungan bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya
Berikut merupakan awalan kata nama, kecuali.
pe-
ber-
juru-
dwi-
Berikut merupakan akhiran kata kerja, kecuali
-kan
-i
-wati
Bagaimanakah penggandaan kata majmuk yang betul?
olahraga olahraga
antara-antarabangsa
meja tulis-tulis
anak-anak yatim
Yang manakah antara berikut benar berkenaan kata majmuk yang telah mantap?
tengahari
antarabangsa
seringkali
bumiputera
Yang manakah cara pengimbuhan kata majmuk yang salah?
pengantara bangsaan
kewarganegaraan
berdayaserap
menyatu padukan
Yang manakah antara berikut merupakan kata ganda berentak bebas?
kuih-muih
saudara-mara
gunung-ganang
cerai-berai
Yang manakah antara berikut benar berkenaan kata majmuk yang telah mantap?
tengahari
antarabangsa
seringkali
bumiputera
Yang manakah antara berikut merupakan kata ganda berentak bebas?
kuih-muih
saudara-mara
gunung-ganang
cerai-berai
Bentuk kata bagi perkataan sesiku ialah
kata terbitan
kata ganda
kata nama
kata tunggal
Wajah kakak cantik sekali.
Pilih rumus bagi frasa adjektif dalam ayat di atas.
kata adjektif + kata penguat hadapan
kata adjektif + kata penguat belakang
kata adjektif + kata penguat bebas
kata penguat hadapan + kata adjektif
Pilih ayat yang mengandungi kata penguat bebas.
Kakak saya paling pandai di dalam kelas.
Abang tertinggi dalam keluarga.
Adik saya bijak sungguh semasa berucap.
Amat, sangat, dan sungguh ialah kata penguat bebas.
betul
salah
Nyatakan golongan kata bagi perkataan berikut :
'paling'
Kata Nama
Kata Tugas
Kata Adjektif
Kata Kerja
Nyatakan golongan kata bagi perkataan yang bergaris.
Makanan kegemaran saya ialah roti canai.
Kata Nama
Kata Tugas
Kata Kerja
Kata Adjektif
Tentukan kata majmuk mantap dalam ayat berikut:
'' Masyarakat orang asli sebagai bumiputera tidak pernah ketinggalan dalam usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka."
bumiputera
orang asli
kerajaan
melaksanakan
Tentukan kata majmuk terbitan dalam ayat berikut:
'' Program kemasyarakatan ialah satu platform untuk mengenal pasti permasalahan orang asli di negara kita."
kemasyarakatan
platform
mengenal pasti
orang asli
Tentukan kata nama terbitan apitan daripada ayat
'' Disiplin murid dapat dibentuk seawal mereka memasuki alam persekolahan."
disiplin
memasuki
seawal
persekolahan
Tentukan kata kerja terbitan apitan daripada ayat
'' Guru-guru perlu menitikberatkan disiplin kerana aspek itu mempengaruhi kecemerlangan mereka."
menitikberatkan
guru-guru
kecemerlangan
mereka
Tentukan kata kerja ganda berentak daripada ayat
'' Ibu bapa perlulah cakna terhadap disiplin anak-anak dalam tindak-tanduk ketika di rumah."
Ibu bapa
anak-anak
tindak-tanduk
rumah
Tentukan kata bantu ragam dalam ayat berikut:
'' Guru yang bertanggungjawab perlu sedar bahawa mereka berperanan sebagai pemudah cara."
yang
bahawa
perlu
sebagai
Tentukan kata akronim dalam ayat berikut:
'' Secara purata, kanak-kanak berusia lingkungan tujuh hingga 12 tahun lebih mudah dibentuk."
kanak-kanak
purata
lingkungan
mudah
Yang manakah BUKAN kata berimbuhan sisipan?
Seruling
Pepatung
Semerbak
Kelelawar
• MALU bertanya sesat jalan.
• Linda amat RINDU akan ibunya.
• SUKA dan DUKA ialah asam garam kehidupan.
Kata-kata yang berhuruf besar dalam ayat-ayat di atas ialah kata adjektif.....
A sifat
B keadaan
C perasaan
D pancaindera
Antara yang berikut, yang manakah ayat yang tidak mempunyai kata hubung pancangan keterangan?
A Pemuda yang kena tangkap itu telah diberi amaran.
B Pekerja-pekerja itu akan mogok, jikalau perundingan gagal.
C Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.
D Apabila senja tiba, kelelawar berterbangan keluar mencari makanan.
