NEW
Font size
WorksheetsBab 7 Ideologi dan Isu Semasa
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Pembentukan nilai etika berasaskan pemikiran hedonisme telah menyumbang kepada krisis nilai dan etika dalam kehidupan.
Gambaran isu yang manakah TEPAT mengenai pernyataan di atas?
Sambutan Hari Terbuka diraikan di taman perumahan
Hiburan muzik disko yang tidak bermanfaat dan melalaikan
Nyanyian lagu patriotik di sekolah
Persembahan tarian Bharathanatayam di Festival Budaya
Seorang pelajar universiti membeli barangan berjenama mewah untuk menonjolkan status sosial walaupun kurang bermampuan. Situasi ini menggambarkan implikasi relativisme pascamoden terhadap:
Konsumerisme & kapitalisme
Kebebasan beragama
Etika akademik
Identiti bangsa
Kegagalan asas tamadun Barat dalam konteks aliran modenisme dan pascamodenisme adalah kecelaruan binaan epistemologi, ontologi dan aksiologi dalam memahami kebenaran dan kebahagiaan hidup.
Manakah antara yang berikut, BUKAN kesan terhadap aliran pemikiran ini:
pembinaan identiti negara bangsa berteraskan pegangan agama yang kukuh dan amalan tradisi tempatan
ilmu pengetahuan yang dipisahkan dengan agama
keraguan terhadap kebenaran mutlak dan hujah rasional
kehidupan masyarakat yang lebih bersifat individualistik
Peningkatan isu LGBT, hubungan tanpa nikah dan kadar perceraian dalam kalangan belia di Malaysia boleh dikaitkan dengan implikasi relativisme pascamoden terhadap:
Institusi kekeluargaan
Sistem kapitalisme
Peranan media baharu
Tradisi politik tempatan
Aliran pemikiran relativisme pascamoden berakar umbi daripada penentangan golongan intelektual Barat terhadap kekuasaan gereja dan kelangsungan fahaman sekular moden yang telah banyak mempengaruhi gaya hidup masyarakat di Malaysia.
Antara pernyataan berikut, yang manakah TEPAT dengan langkah mengatasi cabaran fahaman relativisme pascamoden:
tradisi keilmuan berpandukan sumber wahyu, akal yang rasional dan pancaindera yang sihat
memperjuangkan hak asasi yang melibatkan isu gender seperti LGBT
mengamalkan liberalisme Barat dalam menjadikan semua agama benar dan sama
pembelian produk barangan mengunakan imej dan prestij untuk mempamerkan sifat egoisme
Apakah implikasi daripada pengaruh fahaman sekular moden terhadap masyarakat Malaysia?
Peningkatan kebebasan beragama
Penurunan minat terhadap ilmu pengetahuan
Pengurangan kebebasan bersuara
Peningkatan kebergantungan kepada autoriti agama
Bagaimanakah pemikiran pascamodenisme mempengaruhi kehidupan masyarakat secara keseluruhan?
Peningkatan rasa solidariti dalam masyarakat
Peningkatan kebebasan individu
Penurunan kepentingan terhadap nilai tradisi
Peningkatan kebergantungan kepada institusi politik
Jika modenisme menekankan objektiviti saintifik manakala pascamodenisme menekankan subjektiviti individu, apakah persamaan kedua-dua aliran ini?
Kedua-duanya mengekalkan dominasi (hegemoni) Barat
Kedua-duanya mengutamakan wahyu dan tradisi
Kedua-duanya menolak rasionaliti akal
Kedua-duanya menolak sains berasaskan pengalaman pancaindera
Apakah kesan negatif yang mungkin timbul daripada pemikiran hedonisme dalam masyarakat?
Peningkatan kesedaran sosial
Penurunan kepentingan terhadap hiburan
Peningkatan krisis nilai dan etika
Penurunan minat terhadap kehidupan bermasyarakat
Pernyataan berikut merupakan kesan ideologi modenisme ke atas manusia dan alam, KECUALI
Kolonisasi British ke atas Tanah Melayu
Perlombongan bijih timah yang memusnahkan keseimbangan alam
Budaya berasaskan kebendaan dan kemajuan semata-mata
Kod moral dan etika berasaskan agama yang mampan
Jika universiti menerima relativisme pascamoden tanpa batas, apakah kesannya terhadap sistem pendidikan?
Pelajar semakin rasional dalam menilai sains
Nilai akademik lebih teguh kerana tiada nilai mutlak
Pendidikan agama dan moral lebih dihormati dalam kurikulum
Tiada lagi standard tetap bagi ilmu dan etika akademik
Mana antara berikut merupakan respon agama yang paling sesuai dalam menilai krisis moral akibat pascamodenisme?
Mengutamakan konsumerisme untuk kesejahteraan sosial
Menolak semua bentuk teknologi moden yang bermanfaat
Menggantikan agama yang mampan dengan logik saintifik
Menegaskan keseimbangan material dan spiritual berdasarkan wahyu
Dalam konteks kes Swatch di Malaysia, bagaimana tindakan kerajaan menyita jam tangan dengan tema LGBT dan larangan produk berkaitan menunjukkan aspek negatif relatif pascamodenisme?
Ia mencerminkan usaha mempertahankan nilai agama & moral sebagai standard mutlak.
Ia membenarkan semua pandangan dianggap sama benar.
Ia menegaskan bahawa kebenaran moral mutlak tidak diambil kira dalam kebijakan.
Ia menunjukkan toleransi terhadap semua bentuk ekspresi budaya.
Berita: Kerajaan di Nepal dan beberapa negara Asia memperketat kawalan terhadap media sosial dengan alasan keselamatan & pendaftaran platform. (Nepal internet crackdown) AP News
Soalan: Apakah cabaran yang paling ketara dalam konteks pascamodenisme apabila kebebasan bersuara dikawal sedemikian rupa?
Ianya menguatkan pluralisme kerana semua pandangan dipantau secara adil
Menolak keseluruhan idea moral tetap dan wahyu
Boleh membawa kepada dominasi naratif rasmi & kawalan suara
Membolehkan setiap individu mengemukakan kebenaran mutlak bagi dirinya sendiri.
Terdapat laporan global bahawa kebanyakkan orang melihat "made-up news" atau maklumat palsu sebagai masalah besar, walaupun mereka menghargai kebebasan bersuara.
Soalan: Dalam konteks pascamodenisme, apakah penilaian yang boleh dibuat terhadap fenomena “fake news” ini berkaitan dengan kehilangan kebenaran mutlak?
Ia memperkukuh ciri pascamodenisme bahawa semua perspektif adalah sah, tidak kira kebenarannya.
Ia menjamin bahawa setiap agama boleh membentuk naratif sendiri tanpa dihukum.
Ia menggambarkan kekeliruan dan konflik, apa yang benar dan apa yang salah.
Ia menolak idea bahawa media dan sains boleh menjadi sumber kebenaran mutlak.
