wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 4

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan. Apakah maksud Persekutuan?

a)

Pemerintahan secara demokrasi

b)

Penyatuan beberapa buah negeri

c)

Pembentukan sistem Jemaah Menteri

d)

Pentadbiran oleh Yang di-Pertuan Agong

2.

Apakah jawatan Yang di-Pertuan Agong dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka?

a)

Ketua Kerajaan

b)

Ketua Pentadbiran

c)

Ketua Persekutuan

d)

Ketua Pemerintahan

3.

Apakah kebaikan pelaksanaan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

a)

Menjamin keselamatan perairan negara

b)

Mendapat pengiktirafan dari negara luar

c)

Menyeragamkan undang-undang negara

d)

Mengelakkan permasalahan antara kerajaan

4.

Apakah instituisi yang berperanan menggubal undang-undang peringkat negeri?

a)

Badan Perundangan

b)

Dewan Undangan Negeri

c)

Pihak Berkuasa Tempatan

d)

Majlis Perundangan Negera

5.

Apakah peruntukan tambahan yang diberi kepada Senarai Negeri bagi Sarawak dan Sabah?

a)

Kesihatan awam

b)

Hari Perlepasan Negeri

c)

Mahkamah Anak Negeri

d)

Kewarganegaraan

6.

Kerajaan Tempatan merupakan kerajaan peringkat ketiga. Apakah kawasan yang menjadi tanggungjawab kerajaan tersebut?

a)

Negeri

b)

Kampung

c)

Daerah Kecil

d)

Perbandaran

7.

Pada peringkat awal kemerdekaan, kerajaan telah melancarkan program In-Situ. Apakah maksud pembangunan In-Situ?

a)

Membangunkan fizikal desa

b)

Memajukan kawasan bandar

c)

Menyusun semula masyarakat

d)

Meningkatkan ekonomi negara

8.

Apakah Rancangan Pembangunan Wilayah pertama yang diusahakan oleh FELDA?

a)

Felda Palong

b)

Felda Jerangau

c)

Segitiga Jengka

d)

Felda Lurah Bilut

9.

Apakah pihak yang menguruskan taman negara di Sabah?

a)

Jabatan Hidupan Liar Sabah

b)

Perbadanan Perhutanan Sabah

c)

Jabatan Taman Negara Malaysia

d)

Perbadanan Pemuliharaan Hidupan

10.

Apakah taman negara yang diisytharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pertama di negara kita?

a)

Taman Negara Mulu, Sarawak

b)

Taman Negara Kinabalu, Sabah

c)

Taman Hidupan Liar Krau, Pahang

d)

Taman Negeri Royal Belum, Perak

11.

Kerajaan Negeri memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina perumahan kos rendah. Bagaimanakah kerjasama tersebut dilaksanakan.

a)

Pembekalan bekalan buruh yang ramai

b)

Penyediaan bahan binaan yang mencukupi

c)

Penyelarasan harga rumah yang berpatutuan

d)

Penyediaan tanah dengan harga yang murah

12.

Apakah pihak yang terlibat dalam merangka strategi menyediakan perumahan mampu milik?

a)

Majlis Gerakan Negara

b)

Majlis Perumahan Negara

c)

Jabatan Perangkaan Negara

d)

Jabatan Perancangan Bandar

13.

Apakah kementerian yang berperanan untuk menjamin ketenteraan awam di negara kita?

a)

Kementerian Dalam Negeri

b)

Kementerian Pertahanan Negara

c)

Kementerian Penerangan Negara

d)

Kementerian Perancangan Bandar

14.

Apakah program untuk mengatasi pencerobohan pengganas Kepulauan Sulu di Lahad Datu?

a)

Ops Daulat

b)

Perang Gerila

c)

Ops Benteng

d)

Serangan Kilat

15.

Mengapakah Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri dilaksanakan?

a)

Menjamin keselarasan pentadbiran negeri

b)

Mengukuhkan keselamatan dalam negara

c)

Memutuskan pembangunan sosioekonomi

d)

Membincangkan pelaksanaan sesuatu dasar

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan persekutuan?

a)

A Penyatuan beberapa buah negeri dan membentuk Persekutuan

b)

B Gabungan antara negeri yang berdaulat dan membentuk Persekutuan

c)

C Gabungan empat buah negeri Melayu berdasarkan Perjanjian Persekutuan1895

d)

D Penerusan tradisi sejarah

17.

Yamtuan Besar Seri Menanti, Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1898. Siapakah Residen pertama bagi negeri tersebut?

a)

A J.W.W. Birch

b)

B J.P. Rodger

c)

C Martin Lister

d)

D J.G. Davidson

18.

Pada tahun 1946, British telah menyatukan pentadbiran semua negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka untuk membentuk sebuah kerajaan berbentuk kesatuan yang dinamakan

a)

A Kerajaan Pusat

b)

B Malayan Union

c)

C Negeri-negeri Selat

d)

D Kesatuan Melayu Raya

19.

Pada 16 September 1963, berdasarkan Perjanjian Malaysia, lahirlah sebuah Persekutuan yang terdiri daripada

a)

A 11 buah negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak

b)

B 11 buah negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei

c)

C 11 buah negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Indonesia

d)

D 11 buah negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura

20.

Berikut adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan

Hal Ehwal Luar Negeri

Keselamatan Dalam Negeri

X

Apakah X?

a)

A Hiburan awam

b)

B Perhutanan

c)

C Pelajaran

d)

D Perancangan Bandar

21.

Perkara-perkara yang terkandung dalam Senarai Negeri adalah

I Tanah

II Pelajaran

III Perubatan dan kesihatan

IV Hari kelepasan negeri

a)

A I dan II

b)

B II dan III

c)

C III dan IV

d)

D I dan IV

22.

Mengapakah peruntukan tambahan diberikan dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama bagi Sarawak dan Sabah?

a)

A Mengawal kerakyatan

b)

B Menentukan Hari Kelepasan Negeri

c)

C Mentadbir mengikut perlembagaan

d)

D Menyesuaikan kemasukan negeri dalam Persekutuan Malaysia

23.

Kerajaan Tempatan merupakan perantara antara Kerajaan Negeri dengan rakyat dan berperanan

a)

A Memberikan bantuan kewangan

b)

B Mengeratkan perpaduan kaum

c)

C Memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat

d)

D Meningkatkan taraf hidup rakyat

24.

Pada tahun 1956, Kerajaan Persekutuan menubuhkan Federal Land Development Authority (FELDA) atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan.

Apakah matlamat penubuhan FELDA?

a)

A Menggalakkan pelaburan modal asing

b)

B Mengurus dan menyalurkan bantuan kewangan kepada kerajaan negeri

c)

C Menstabilkan harga mentah pasaran

d)

D Merangsang penglibatan sektor swasta dalam bidang pertanian

25.

Pembangunan Koridor Wilayah merupakan perancangan strategic jangka Panjang yang memberikan tumpuan kepada pembangunan di negeri dan wilayah yang

a)

A Kurang pesat

b)

B Maju

c)

C Membangun

d)

D Bertaraf bandaraya

26.

Kerajaan Persekutuan mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri di Semenanjung Malaysia antara tahun 1972 hingga 1978 dan dinamakan sebagai

a)

A PERHILITAN

b)

B RISDA

c)

C PERHUTANAN

d)

D FAMA

27.

Berikut merupakan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pemuliharaan khazanah negara

I Pembangunan tanah

II Pengurusan taman negara

III Pengurusan taman laut

IV Pembangunan Wilayah

a)

A I dan II

b)

B II dan III

c)

C III dan IV

d)

D I dan IV

28.

Bagi memulihara khazanah laut, Kerajaan Persekutuan membentuk dasar berkaitan dengan taman laut manakala Kerajaan Negeri berkuasa terhadap

a)

A Pembersihan taman

b)

B Pembangunan taman

c)

C Pembangunan pulau

d)

D Pembersihan pulau

29.

Berikut adalah kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk kesejahteraan rakyat

Program Kerajaan Persekutuan

Perbadanan Perumahan 1 Malaysia

Rumah Mesra Rakyat

Perumahan Kerajaan Negeri

Rumah Selangorku (Selangor)

Rumah Mampu Milik Johor (Johor)

Mengapakah kerjasama tersebut dilakukan?

a)

A Mengatasi masalah setinggan di bandar

b)

B Meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar

c)

C Menyelesaikan masalah perumahan golongan miskin

d)

D Membantu golongan pertengahan memiliki kediaman

30.

Struktur organisasi berikut berkaitan dengan pentadbiran Kawasan Keselamatan Khas di Sabah

Pengerusi Jawatankuasa Pemantau ESSCOM

Perdana Menteri Malaysia

Pengerusi Jawatankuasa Pemantau ESSZONE

Ketua Menteri Sabah

Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM | Komander ESSCOM

Mengapakah pentadbiran tersebut diperkenalkan?

a)

A Mewujudkan Majlis Keselamatan Negara

b)

B Menghapuskan ancaman pengganas komunis

c)

C Melaksanakan Pembangunan Koridor Wilayah

d)

D Meningkatkan kerjasama bagi menjamin keselamatan

31.

Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan menyatakan sekiranya undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka

a)

A Undang-undang Persekutuan mengatasi undang-undang Negeri

b)

B Undang-undang Negeri mengatasi undang-undang Persekutuan

c)

C Memilih undang-undang yang lebih sesuai untuk digunapakai

d)

D Menggubal satu undang-undang baru

32.

Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri adalah dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Apakah tujuan mesyuarat tersebut diadakan?

a)

A Menyelaras pentadbiran Kerajaan Persekutuan

b)

B Membincangkan pelaksanaan sesuatu dasar yang diputuskan oleh kerajaan

c)

C Mengadakan perundingan dengan Kerajaan Persekutuan

d)

D Membentuk dasar kerajaan

33.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan penubuhan Majlis Negara untuk menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Antaranya ialah

a)

A Majlis Keselamatan Negara

b)

B Majlis Air Negara

c)

C Majlis Kewangan Negara

d)

D Majlis Perumahan Negara

34.

Jawatan Setiausaha Persekutuan bagi Sarawak dan Sabah diwujudkan pada tahun1963 yang bertujuan untuk

a)

A Mengeratkan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

b)

B Mengukuhkan sistem persekutuan

c)

C Menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

d)

D Melaksanakan sesuatu dasar yang diputuskan oleh kerajaan

35.

Pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat mewujudkan

a)

A Penguasaan oleh Kerajaan Persekutuan

b)

B Kerjasama untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang

c)

C Kebergantungan Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan

d)

D Kekuatan Kerajaan Negeri dalam bidang di bawah kuasanya