WorksheetsPENDUDUK & PETEMPATAN DI ASIA TENGGARA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Negara manakah yang mempunyai bilangan penduduk paling sedikit di Asia Tenggara
Laos
Brunei Darussalam
Timor Leste
Singapura
Antara berikut, kawasan manakah yang mempunyai taburan penduduk yang padat di Asia Tenggara?
I Bangkok (Thailand)
II Pulau Jawa (Indonesia)
III Pantai Arakan Yoma (Myanmar)
IV Pinggir Sungai Mekong (Vietnam)
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah antara faktor yang menyebabkan taburan penduduk adalah padat di kawasan yang berikut?
· Manila (Filipina)
· Pulau Jawa (Indonesia)
Harga hartanah yang tinggi
Penduduknya yang sangat peramah
Kawasan tumpuan pelancong
Banyak peluang pekerjaan
Berdasarkan Rajah 1 tersebut, apakah X?
Sederhana
Sederhana padat
Sederhana jarang
Sangat padat
Antara berikut, pernyataan manakah benar tentang kawasan Asia Tenggara di bawah?
· Kawasan paya di Sumatera Timur (Indonesia)
· Kawasan Banjaran Annam (Vietnam)
Kawasan tanah pamah yang padat penduduk
Kawasan pedalaman yang mempunyai perhubungan yang terhad
Kawasan tanih yang subur untuk pertanian padi sawah
Kawasan pinggir bandar berpenduduk sederhana
Antara berikut yang manakah antara bandar yang utama di Asia Tenggara?
Chiang Mai (Thailand)
Cebu (Filipina)
Jakarta (Indonesia)
Nha Trang (Vietnam)
Antara berikut, apakah persamaan tentang kawasan Asia Tenggara di bawah?
· Naypyidaw (Myanmar)
· Vientiane (Laos)
· Hanoi (Vietnam)
Ibu negara
Pelabuhan utama
Kawasan pelancongan tanah tinggi
Kawasan perlombongan petroleum yang utama
Berdasarkan Foto tersebut, manakah faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk di negara tersebut?
Harga barang yang murah
Mempunyai kawasan pertanian yang luas
Kos sara hidup yang sangat rendah
Kadar upah buruh yang tinggi
Berdasarkan lokasi di bawah, apakah jenis taburan penduduk di kawasan tersebut?
· Pantai Arakan Yoma (Myanmar)
· Pinggir Sungai Mekong (Vietnam)
Padat
Jarang
Sederhana
Rapat
Antara berikut, yang manakah benar tentang fungsi petempatan Bandar Bangkok (Thailand)?
I Terkenal dengan industri perkapalan
II Terkenal dengan industri menapis minyak mentah
III Terkenal dengan industri elektrik dan elektronik
IV Terkenal dengan industri makanan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara bandar-bandar utama Asia Tenggara berikut, yang manakah terkenal dengan industri pemasangan kenderaan bermotor dan besi keluli?
Manila (Filipina)
Kuala Lumpur (Malaysia)
Surabaya (Indonesia)
Singapura
Kombinasi manakah yang benar antara bandar dengan fungsi petempatan?
Manila (Filipina) - Ibu Negara
Surabaya (Indonesia) - Pusat perindustrian memasang kereta
Bangkok (Thailand) - Pusat perlombongan bauksit
Vientiane (Laos) - Pusat perdagangan
Foto tersebut menunjukkan Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, di negara manakah terdapatnya lapangan terbang tersebut?
Laos
Indonesia
Brunei Darussalam
Kemboja
Pernyataan yang manakah menerangkan taburan penduduk di Asia Tenggara?
Taburan penduduk yang sekata
Taburan penduduk yang tidak sekata
Tumpuan penduduk di kawasan pedalaman
Penduduk jarang di bandar utama
Kawasan yang manakah mempunyai taburan penduduk yang jarang?
I Banjaran Annam, Vietnam
II Bandaraya Bangkok, Thailand
III Sekitar Tonle Sap
IV Kawasan timur Myanmar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bandar yang manakah merupakan pusat pentadbiran bagi sesebuah negara?
I Ho Chi Minh
II Bangkok
III Phnom Penh
IV Yangon
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah ibu negara Timur Leste?
Dili
Hanoi
Naypyidaw
Phnom Penh
Mengapakah kawasan pedalaman berpenduduk jarang?
Kawasan berpaya
Lembah tanah yang subur
Sistem perhubungan yang terhad
Bentuk muka bumi tanah pamah
Bandar X digelar sebagai "Venice Timur". Bandar X merujuk kepada:
Jakarta
Bangkok
Singapura
Kuala Lumpur
Aktiviti berikut menunjukkan bandar utama di Asia Tenggara.
- Perniagaan
- Gedung beli-belah
Apakah fungsi bandar tersebut?
Pusat perdagangan
Pusat perindustrian
Pusat pengangkutan
Pusat perlombongan
