wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ MINGGU BAHASA 2024

Total questions: 30

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

1, Sambungkan peribahasa ini.

Jauh perjalanan, luas pemandangan, (a)  

2.

  1. 2. Ke bukit sama di daki, (a)  

3.

  1. 3. Kalah jadi abu, (a)  

4.

  1. 4. Di mana bumi di pijak, (a)  

5.

5.Cara Owi menyelesaikan masalah matematik yang diberikan oleh gurunya lain _____________ yang lain.

a)

dari

b)

demi

c)

daripada

d)

antara

6.

6.Kejadian _____________ gas itu telah disedari oleh ibu setelah terhidu bau yang menusuk hidung.

a)

kebocoran

b)

ketirisan

c)

ketumpahan

d)

kepancitan

7.

7.Sultan dan _______________ telah berangkat ke majlis santapan diraja sempena hari keputeraan baginda.

a)

isteri

b)

sultanah

c)

maharani

d)

Perempuan

8.

8.Masalah kekurangan gula di dalam negara kita semakin _____________apabila terdapat penjual yang menyorokkannya.

a)

mendadak

b)

menjunam

c)

meruncing

d)

melambung

9.
  1. 9.Peribahasa yang sesuai bagi pernyataan perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas ialah ....

a)

lipas kudung

b)

Kambing hitam

c)

Ayam tambatan

d)

Cacing kepanasan

10.

10._______________ yang terdapat pada bumbung rumah Pak Busu telah reput dimakan anai-anai.

a)

Kisi-kisi

b)

Tupai-tupai

c)

Kuda-kuda

d)

Alang-alang

11.
  1. 11.Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja boleh digambarkan melalui peribahasa .....

a)

Bagai mencurah air ke daun keladi

b)

Bagai sirih pulang ke gagang

c)

Bagai kaca terhempas ke batu

d)

Bagai duri dalam daging

12.

12.Dengan suara yang ______________ Naqib menceritakan pengalamannya berhari raya kepada rakan-rakan sekelasnya.

a)

gagah

b)

gaduh

c)

gugup

d)

gagap

13.

13.Sambungkan peribahasa di bawah: Lain hulu lain parang, .........................................

a)

lain dulu, lain sekarang

b)

lain dicari, lain yang dapat

c)

lain dulu, lain orang

d)

lain sudu, lain pinggan

14.

14.Janganlah kita suka memikirkan perkara yang _______________ kerana hal ini hanya membuang masa.

a)

bukan-bukan

b)

hidup-hidup

c)

elok-elok

d)

omong-omong

15.

15.Walaupun Kamal sekeluarga hidup dalam kemiskinan namun begitu dia _______________ menghadapi dugaan.

a)

cekal

b)

reda

c)

tekun

d)

tulus

16.

16.Syafiq baru _______________ dalam bidang perniagaan setelah mendapat pinjaman modal daripada bank.

a)

berjalan-jalan

b)

bertatih-tatih

c)

beriya-iya

d)

merangkak-rangkak

17.

17.Para penduduk ______________ pembinaan kilang papan berhampiran dengan petempatan mereka.

a)

memulau

b)

membantah

c)

memboikot

d)

menyangkal

18.

18.Sambungkan peribahasa di bawah: Sehari selembar benang , .............................

a)

lama-lama menjadi bukit

b)

lama-lama menjadi kain

c)

lama-lama tinggal sedikit

d)

lama-lama jadilah kain

19.

19.Ramesh terpaksa ______________ Raju yang tidak larat berjalan lagi setelah mereka berekspedisi sejauh tujuh kilometer.

a)

menandu

b)

mendukung

c)

mengendong

d)

memapah

20.

20.Pasukan keselamatan akan menjalankan _____________ yang ketat terhadap setiap penumpang kapal terbang yang datang ke negara ini.

a)

penelitian

b)

pemerhatian

c)

pemeriksaan

d)

penyemakan

21.

21.Sambungkan peribahasa di bawah: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, , ...................................

a)

bersakit-sakit dahulu, akhirnya sampai ke tepian

b)

Malu berdayung, perahu hanyut

c)

bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

d)

berdayung-dayung dahulu, bersenang-senang kemudian

22.

22.Kecantikan wajah Natalia semakin _____________ sejak menggunakan krim pencerah kulit.

a)

terbayang

b)

terpancar

c)

teranggun

d)

terpampang

23.

23.Sambungkan peribahasa di bawah: Banyak udang, banyak garam .............................

a)

makan garam, penyakit yang datang

b)

lain padang, lain belalang

c)

ada udang di sebalik batu

d)

banyak orang, banyak ragam

24.

24.Mutusamy berjanji akan datang ke rumah saya ______________ kelapangan masa.

a)

tatkala

b)

apabila

c)

sambil

d)

walaupun

25.
  1. ....................... Putera Andika ditangisi oleh rakyat jelata kerana ...................... seorang raja yang disayangi oleh rakyatnya.

a)

Kematian, beliau

b)

Kemangkatan, baginda

c)

Kematian, baginda

d)

Kemangkatan, beliau

26.

26.Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri. Peribahasa yang sesuai bagi keadaan ini ialah ...................

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Ukur baju di badan sendiri

c)

Duduk sama tinggi berdiri sama rendah

d)

Seperti anjing dengan kucing

27.

  1. 27. Berikan peribahasa yang sesuai bagi pernyataan di bawah;

  2. Penduduk Kampung Pisang membuat persediaan awal bagi menghadapi musin tengkujuh



(a)  

28.

  1. 28. Berikan peribahasa yang sama bagi peribahasa "Bagaimana acuan begitulah kuihnya"



(a)  

29.

  1. 29.Berikan peribahasa yang sama maksud dengan "hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicecah"



(a)  

30.

30.Berikan peribahasa sesuai bagi pernyataan 'Jika kita berkehendakkan sesuatu, pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendapatkannya"

(a)