WorksheetsPuasa Benteng Diri
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Berikut merupakan keistimewaan bulan Ramadhan kecuali
Bulan berpuasa
Bulan diturunkan al-Quran
Bulan Nabi Muhammad diutuskan menjadi Rasul
Bulan pengampunan
Puasa dari sudut bahasa ialah
Memaksa diri
Menahan diri
Memenatkan diri
Membangga diri
Puasa dari segi istilah ialah
Memaksa diri daripada tidak melalukan perkara maksiat
Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari
Memenatkan diri daripada makan dan minum
Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari mengikut syarat tertentu dan disertai dengan niat puasa
Hukum puasa pada bulan Ramadhan ialah
Wajib
Sunat
Sunat Muakkad
Harus
Syarat sah puasa kecuali
Baligh
Mumayyiz
Islam
Gila
Rukun puasa ada
1
2
3
4
Syamil sengaja menjolok mulutnya sehingga muntah pada siang hari di bulan Ramadhan. Puasa Syamil _______
Sah
Tidak Sah
Pilih 2 jawapan di bawah.
Berikut merupakan perkara makruh ketika berpuasa kecuali
Berbekam
Pitam sepanjang hari
Tidur berlebihan pada siang hari
Muntah dengan sengaja
Berikut merupakan golongan yang diharuskan berbuka puasa kecuali
Musafir yang diharuskan syarak
Orang yang ditimpa sakit sehingga memudaratkan
Orang lapar yang tidak memudaratkan
Orang tua yang tidak mampu berpuasa
Pilih 2 jawapan.
Sunat untuk kita melakukan amalan tersebut sepanjang bulan Ramadhan. Antaranya ialah,
Berzikir
Bernasyid
Melambatkan berbuka
Bersedekah
Husna bangun bersahur dan mandi wajib selepas waktu subuh. Hukum puasanya pada hari tersebut adalah
Sah
Tidak sah
Puasa makruh termasuklah
Puasa sepanjang tahun
Puasa hari Arafah
Puasa hari Tasyrik
Puasa hari sabtu sahaja
Berikut merupakan puasa sunat kecuali
Puasa isnin dan khamis
Puasa qada'
Puasa enam hari bulan Syawal
Puasa nazar
Qada ialah
Mengganti hari puasa Ramadhan bagi setiap hari yang ditinggalkan
Memerdekakan hamba
Denda yang dikenakan ke atas suami kerana melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadhan
Memberi makan fakir miskin secupak makanan asasi sesebuah negara
Kaffarah dikenakan kepada
Suami yang membatalkan puasa kerana melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadhan
Perempuan yang keluar darah haid atau nifas
Ibu mengandung atau menyusukan anak
Orang tua yang tidak mampu berpuasa
Fidyah ialah
Mengganti hari puasa Ramadhan bagi setiap hari yang ditinggalkan
Memberi makan 60 orang miskin
Memberi makan fakir miskin makanan asasi sesebuah negara dengan kadar secupak bagi setiap hari yang ditinggalkan
Denda yang dikenakan ke atas suami yang membatalkan puasa kerana melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadhan
Secupak makanan asasi sesebuah negara yang dijadikan denda bagi mereka yang meninggalkan puasa atas sebab-sebab tertentu bersamaan dengan
615 gram
645 gram
675 gram
575 gram
Musafir yang meninggalkan puasa Ramadhan
Wajib qada sahaja
Wajib kaffarah sahaja
Wajib qada dan fidyah
Wajib fidyah dan kaffarah
Orang tua yang tidak mampu berpuasa dan meninggalkan puasa Ramadhan
wajib qada sahaja
wajib fidyah sahaja
wajib qada dan fidyah
wajib qada dan kaffarah
Ibu mengandung atau meyusukan anak yang bimbang akan kesihatan anaknya.
Tidak qada puasa tanpa keuzuran sehingga masuk bulan ramadhan seterusnya.
Golongan di atas wajib dikenakan denda:
Wajib qada sahaja
Wajib kaffarah sahaja
Wajib fidyah dan kaffarah
Wajib qada dan fidyah
