wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ GURU MINGGU BAHASA MELAYU 2024

Total questions: 100

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Bahasa Melayu klasik ialah bahasa yang berkembang pada

a)

abad ketujuh Masihi

b)

abad kesembilan belas Masihi

c)

zaman perkembangan Islam di Nusantara

d)

zaman kerajaan Melayu Sriwijaya dan Majapahit

2.

Yang manakah BUKAN bukti kewujudan bahasa Melayu klasik?

a)

Batu bersurat

b)

Surat raja-raja Melayu

c)

Tulisan pada kulit-kulit kayu

d)

Naskhah undang-undang lama

3.

Yang manakah ciri bahasa Melayu klasik?

a)

Menggunakan bahasa Sanskrit

b)

Banyak terdapat perkataan Jawa

c)

Penggunaan ayat songsang dan ayat pasif

d)

Menceritakan hal perkembangan kerajaan Sriwijaya

4.

Naskhah sastera klasik yang menceritakan sejarah raja-raja Melayu Perak ialah

a)

Misa Melayu

b)

Sejarah Melayu

c)

Hikayat Melayu

d)

Sulalatus Salatin

5.

Yang manakah kata bahasa istana yang terdapat dalam bahasa Melayu klasik?


I Prasida

II Beradu

III Bersiram

IV Sawarsa

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

6.

Yang manakah BUKAN ciri bahasa Melayu klasik?

a)

Menggunakan tulisan Jawi

b)

Penggunaan kata pangkal ayat

c)

Binaan ayat mengikut struktur bahasa Arab

d)

Mengalami perancangan bahasa yang sistematik

7.

Satu daripada masalah yang dialami dalam penggunaan tulisan Jawi ialah

a)

menggunakan vokal

b)

mempunyai homograf

c)

terdapat tanda diakritik

d)

saingan daripada tulisan Rumi

8.

Perkataan yang manakah mengandungi huruf Jawi yang ditambah semasa perkembangan tulisan itu di Malaysia?


I Kaca

II Bunga

III Kalaulah

IV Syarahan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

9.

Yang manakah fungsi bahasa Melayu klasik?

a)

Bahasa pengantar

b)

Bahasa kebangsaan

c)

Bahasa pentadbiran

d)

Bahasa antarabangsa

10.

Batu bersurat yang mengandungi bahasa Melayu klasik ialah


I batu bersurat Kedukan Bukit

II batu bersurat Talang Tuwo

III batu bersurat Sungai Teresat

IV batu bersurat Pagar Ruyung

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Apakah yang terkandung dalam pengukiran batu bersurat Terengganu?

a)

Warta dan doa dalam bentuk sajak

b)

Perintah raja yang bertulis dalam huruf India

c)

Perintah supaya orang-orang besar mematuhi ajaran Islam

d)

Susun lapis dan peraturan hidup dalam masyarakat Melayu lama

12.

"Hikayat Hang Tuah" termasuk dalam kategori

a)

hukum kanun

b)

sastera klasik

c)

batu bersurat

d)

surat raja Melayu

13.

Bahasa Melayu menjadi ___________ kerana mudah difahami.

a)

bahasa sastera

b)

bahasa negeri malaysia

c)

bahasa kebangsaan

14.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah meletakkan Bahasa Melayu sebagai

a)

bahasa ilmu

b)

bahasa sastera

c)

bahasa kebangsaan

d)

bahasa perdagangan

15.

Kita mesti yakin dan __________ menggunakan bahasa kebangsaan dalam pertuturan dan __________

a)

gembira...bahasa malaysia

b)

bangga...bahasa komunikasi

c)

gembira...bahasa perdagangan

d)

bangga...dalam urusan ekonomi.

16.

Bahasa kebangsaan mesti digunakan dalam __________ seperti mesyuarat dan taklimat.

a)

berita

b)

urusan rasmi

c)

surat khabar

17.

________________ menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan.

a)

Penyata Razak 1956

b)

Penyata Tunku Abdul Rahman

c)

Penyata Razak 1990

18.

Bahasa Jiwa _____________.

a)

bahagia

b)

berbudi

c)

bahaya

d)

bangsa

19.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara kita telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

a)

Betul

b)

Salah

20.

Pada tahun 1963, Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjelaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

a)

Betul

b)

Salah

21.

Penggunaan bahasa kebangsaan dapat memupuk semangat perpaduan, nasionalisme dan jati diri bangsa.

a)

Betul

b)

Salah

22.

Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti yakin dan bangga menggunakan bahasa kebangsaan dalam pertuturan dan penulisan.

a)

Betul

b)

Salah

23.

Penggunaan bahasa kebangsaan tidak dapat menyatukan masyarakat berbilang kaum.

a)

Betul

b)

Salah

24.

Penggunaan bahasa kebangsaan dapat memupuk semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia.

a)

Betul

b)

Salah

25.

Penggunaan bahasa kebangsaan dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat.

a)

Betul

b)

Salah

26.

Bahasa kebangsaan juga berperanan sebagai Bahasa Undang-undang dan ia digunakan dalam urusan di mahkamah.

a)

Betul

b)

Salah

27.

Yang manakah ciri bahasa Melayu klasik?

a)

Penggunaan awalan mar- dan mang-

b)

Perkembangannya mengalami perancangan

c)

Pengaruh struktur bahasa Sanskrit sangat ketara

d)

Menggunakan tulisan Jawi dalam penulisan surat

28.

Yang manakah yang benar tentang laras bahasa?

i. variasi bahasa yang berbeza-beza bentuk dan penggunaannya.

ii. berdasarkan bidang tertentu yang diperkatakan oleh masyarakat.

iii. suatu perlakuan bahasa dalam situasi atau komunikasi yang sebenar.

iv. kelainan bahasa yang wujud dalam konteks penggunaan yang sebenar.

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

29.

Yang manakah bukan kosa kata laras bahasa sains kimia?

a)

Asid nitrik

b)

membran sel

c)

natrium klorida

d)

magnesium dioksida

30.

Manakah fungsi pantun yang tepat?

a)

Sebagai alat hiburan, lelucon (jenaka), gurauan dan usik-mengusik

b)

Bertemakan nasihat nasihat, kiasan dan adat resam

c)

mempunyai rangkap berasingan yang terbina daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan.

d)

Mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat melayu

31.

Tak tumbuh tak melata,

Tak sungguh orang tak kata.


Apakah maksud pantun di atas?

a)

Setiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian.

b)

Menjelaskan bahawa sesuatu perkara yang menjadi buah mulut atau perbualan ramai semestinya mempunyai sebab.

c)

Mempunyai pendapat yang berbeza

d)

Seseorang yang membuat baik akan mendapat balasan baik.

32.

Berikut adalah fungsi seloka, KECUALI...

a)

mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran.

b)

menggambarkan masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.

c)

fungsi selokar bergantung kepada isinya seperti menyindir, mengejek dan menempelak seseorang.

d)

mengandungi banyak peribahasa

33.

Banyak orang hanya suka meminta bantu,

memohon pertolongan di sana situ,

Atau berdoa sebilang waktu,

Atau menyusahi ayah dan ibu - jadi kutu,

Sebagai anak kecil yang masih menyusu.


Apakah maksud seloka di atas?

a)

Sindiran kepada orang yang mempunyai impian yang tinggi tetapi tidak mahu berusaha untuk mencapainya.

b)

Orang yang suka meminta-minta dan pemalas tidak akan dapat menjalani kehidupan dengan tenang.

c)

Pengarang menempelak orang yang bersikap malas yang sering meminta-minta bantuan kepada sesiapa sahaja atau berdoa tanpa ingin berusaha.

d)

Pengarang mempersoalkan golongan yang masih mengharapkan bantuan dan pemberian daripada ibu bapa.

34.

Sangat terkejut baginda mendengar perkhabaran itu lalu menangis menghempas-hempaskan diri sehingga pengsan.


Apakah gaya bahasa yang sesuai untuk ayat di atas?

a)

Hiperbola

b)

Personifikasi

c)

Simile

d)

Diksi

35.

Apakah maksud 'monolog'?

a)

Pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.

b)

Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba

c)

Pengucapan atau tutur kata oleh sesuatu watak secara bersendirian.

d)

Pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot

36.

Beliau dilahirkan di Jitra, Kedah dan merupakan pakar nahu bahasa Melayu. Beliau pernah menjadi Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya (UM), Timbalan Naib Canselor UM dan Pengarah dan Penyandang Pertama Kursi Za’ba Institut Peradaban Melayu (IPM) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak (Disember 2001 – Ogos 2005)

Anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu.


Siapakah tokoh bahasa yang dimaksudkan ?

a)

Asmah Haji Omar

b)

Nik Safiah Karim

c)

Hassan Ahmad

d)

Za'ba

37.

Nahu Kemas Kini

Bahasa Malaysia Kini

Ensiklopedia Bahasa Melayu


Senarai di atas ialah buku yang ditulis oleh tokoh bahasa. Siapakah tokoh bahasa yang dimaksudkan.

a)

Nik Safiah Karim

b)

Hassan Ahmad

c)

Asmah Haji Omar

d)

Keris Mas

38.

Liku – liku Bahasa ,Yang Indah itu Bahasa, Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu .


Siapakah tokoh bahasa yang menghasilkan buku tersebut ?

a)

Hassan Ahmad

b)

Nik Safiah Karim

c)

Asmah Haji Omar

d)

Zainal Abidin bin Ahmad

39.

Tokoh bahasa ini telah merupakan pengkarya pertama yang keluar daripada corak penulisan tradisional dan digelar sebagai Bapa Sastera Moden.


Siapakah tokoh bahasa yang dimaksudkan?

a)

Abdullah Munsyi

b)

Raja Ali Haji

c)

Zainal Abidin bin Ahmad

d)

Mejar Mohd. Said bin Haji Sulaiman

40.

Salasilah Melayu Bugis

Tuhfat Al-Nafis

Bustanul Katibin

Gurindam 12


Karya di atas dihasilkan oleh ...

a)

Abdullah Munsyi

b)

Za'ba

c)

Mejar Mohd Said bin Hj. Sulaiman

d)

Raja Ali Haji

41.

Buku yang dihasilkan oleh tokoh berikut ialah Buku Katan, Jalan Bahasa Melayu dan Buku Ketetapan Hejaan Melayu.


Siapakah tokoh bahasa yang dimaksudkan ?

a)

Za'ba

b)

Raja Ali Haji

c)

Abdullah Munsyi

d)

Mejar Mohd. Said bin Hj. Sulaiman

42.

Tokoh bahasa ini dilahirkan di Kampung Batu Kikir, Negeri Sembilan. Beliau telah menghasilkan karya antaranya Daftar Ejaan Melayu, Pelita Bahasa Melayu, dan pernah menerbitkan majalah Guru.


Siapakah tokoh bahasa yang dimaksudkan ?

a)

Abdullah Munsyi

b)

Zainal Abidin bin Ahmad

c)

Mejar Mohd. Said bin Haji Sulaiman

d)

Raja Ali Haji

43.
Berita yang dibawa oleh Fasya itu tidak boleh dipercayai kerana hanya ___________ semata-mata.
a)
khabar angin
b)
mulut murai
c)
alas cakap
d)
buah mulut
44.
Pemuda itu sudah __________ setelah syarikatnya mengalami kerugian yang besar.
a)
hutang darah
b)
hilang akal
c)
gila talak
d)
lintah darat
45.
Setelah berbincang selama dua jam, akhirnya mereka telah mendapat _________ tentang program itu.
a)
kata dua
b)
kata sepakat
c)
hitam putih
d)
jalan keluar
46.
Tulisan Raj yang ___________ itu amat sukar dibaca oleh Cikgu Khairul.
a)
cangkul angin
b)
embun jantan
c)
cakar ayam
d)
getah bawang
47.
Peniaga itu terpaksa membayar ____________ kepada pelangannya kerana barangan yang dijualnya tidak berkualiti.
a)
wang muka
b)
duit kopi
c)
gaji pokok
d)
ganti rugi
48.
Irene sentiasa ingat akan pesanan ibunya supaya menjaga __________ 
a)
nama baik
b)
nama pena
c)
nama samaran
d)
tanda hati
49.
Izzamie sangat _________ kerana tidak mahu mendengar nasihat daripada ayah dan ibunya.
a)
kepala angin
b)
kepala batu
c)
keras hati
d)
putih mata
50.
Keluarga Encik Afiqri ___________ di tepi pantai.
a)
angin makan
b)
makan angin
c)
atas angin
d)
ada angin
51.
Erieka jarang keluar pada waktu tengah hari. Oleh sebab itu, dia digelar _________ oleh rakan-rakannya.
a)
pisau cukur
b)
puteri lilin
c)
hidung tinggi
d)
bunga dedap
52.
Orang ramai begitu ___________ melihat pelbagai barangan yang dijual semasa jualan murah itu.
a)
mata duitan
b)
rabun mata
c)
putih mata
d)
rambang mata
53.
Arash Amirul ____________ mendengar perbualan ayahnya dan ketua kampung itu.
a)
pasang telinga
b)
angkat kaki
c)
kacang hantu
d)
panas darah
54.
Simpulan bahasa bagi maksud
"Tidak tahu bermain bola"
a)
ringan tulang
b)
kaki bangku
55.
Kenalpasti simpulan bahasa yang sesuai bagi gambar ini?
a)
ulat buku
b)
celik akal
56.
"Orang yang suka menghasut orang lain"
a)
keras kepala
b)
batu api
57.
Kenalpasti yang manakah simpulan bahasa yang betul.
a)
ringan tulang
b)
ringan tangan
58.
Simpulan bahasa bagi maksud,
"Orang bodoh yang berlagak pandai"
a)
golok kayu
b)
otak udang
59.
Pilih maksud bagi simpulan bahasa 'telinga lintah" yang betul.
a)
orang yang tajam pendengaran
b)
orang yang tidak mendengar nasihat
60.
Saya membawa ________ semasa melawat nenek di hospital.
a)
buah hati
b)
buah tangan
61.
Kenalpasti maksud simpulan bahasa,
"Menyimpan perasaan dengki atau cemburu"
a)
iri hati
b)
hati batu
62.
Apakah maksud simpulan bahasa "tangkai jering"?
a)
orang yang kedekut
b)
orang yang berjimat-cermat
63.
Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
a)
hati
b)
garam
c)
nasi
d)
daging
64.

Pegawai pelajaran menyampaikan hadiah ___________ para pemenang.

a)

kepada

b)

pada

c)

ke

d)

untuk

65.

Setiap warga Malaysia perlu berkerjasama ___________ mewujudkan negara yang makmur.

a)

dengan

b)

di

c)

hingga

d)

untuk

66.

Rahman menerima sepucuk surat ___________ kawannya.

a)

ke

b)

dari

c)

kepada

d)

daripada

67.

Ibu memarahi abang dan adik kerana sering bergaduh seperti ____________

a)

bertih jagung

b)

anjing dengan kucing

c)

kera kena belacan

d)

isi dengan kuku

68.

orang yang tidak suka duduk diam di satu-satu tempat.

Peribahasa ini sesuai bagi:__________________

a)

anjing dengan kucing

b)

kera kena belacan

c)

bertih goreng

69.

Mak Limah masih tidak puah hati dengan hadiah kecil yang diberikan oleh suaminya. Dia meminta suaminya membeli hadiah yang lebih besar.

Sikap Mak Limah umpama __________________________

a)

bertih jagung

b)

kera kena belacan

c)

sudah diberi betis, hendakkan paha

d)

duri dalam daging

70.
Anggota - anggota ekspidisi yang sesat itu terpaksa ___________ kerana bekalan makanan mereka semakin sedikit.
a)
alas perut
b)
ikat perut
c)
makan hati
d)
makan garam
71.
Sikap Mak Munah yang _____________ itu menyebabkan jiran - jirannya berpecah-belah.
a)
angkat muka
b)
muka tembok
c)
bermuka-muka
d)
tebal muka
72.
Mat Jenin _______________ untuk memperisterikan puteri raja.
a)
iri hati
b)
hati kering
c)
makan hati
d)
ada hati
73.

Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu _____

a)

seperti api dalam sekam

b)

seperti gajah masuk kampung

c)

bagai Belanda meminta tanah

d)

bagai menatang minyak yang penuh

74.

Lee dikatakan _____ kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.

a)

bagai itik pulang petang

b)

bagai kera dapat bunga

c)

bagai bertepuk sebelah tangan

d)

bagai menatang minyak yang penuh

75.

Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____

a)

bagai kumbang putus tali

b)

seperti cincin dengan permata

c)

bagai kelip-kelip terbang malam

d)

bagai melepaskan anjing tersepit

76.

Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR.

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti belut pulang ke lumpur

c)

seperti pungguk rindukan bulan

d)

seperti kaca terhempas ke batu

77.

Nyatakan maksud peribahasa berikut :

Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan.

a)

Cita-cita yang tidak kesampaian.

b)

Kemewahan hidup yang dikecapi kerana kejayaan dalam perniagaaan.

c)

Orang yang hidup dalam kesenangan.

d)

Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

78.

Peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" bermaksud

a)

Terlalu banyak pada sesuatu masa.

b)

Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti.

c)

Kalau sudah berbuat sesuatu, biarlah memperoleh hasil.

d)

Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

79.

Pilih peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa yang berikut :

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua

a)

air dicencang tak akan putus

b)

gunting dalam lipatan

c)

haruan pulang ke lubuk

d)

gunting dalam lipatan

80.

Banyak manfaat yang boleh kita dapat ____________ ceramah itu.

a)

kepada

b)

dari

c)

daripada

d)

untuk

81.

Setiap warga Malaysia perlu berkerjasama ___________ mewujudkan negara yang makmur.

a)

dengan

b)

di

c)

hingga

d)

untuk

82.

Amran sedang ________________.

a)

membaca buku

b)

melukis gambar

83.

Ah Meng sedang ______________.

a)

minum air

b)

makan biskut

84.

Pilih ayat yang betul berdasarkan gambar.

a)

Helmi menggosok gigi setiap hari.

b)

Helmi mandi setiap hari.

85.

POKOK KELAPA ITU TINGGI

a)

ڤوکوک کلاڤ ايت تيڠݢي

b)

ڤوکوق کلاڤ ايت تيڠݢي

c)

فوکوق کلاڤ ايت تينݢي

86.

ADIK SUKA MAKAN NASI

a)

اديق سوک ماکن ناسي

b)

اديق سوکا ماکن ناسي

c)

اديق سوک ماکان ناسي

87.

a)

کوچيڠ هيتم اين ساڠت چوميل٠

b)

ساي سايڠ کوچيڠ ڤوتيه ساي٠

88.

.بودين ______________ ڤيسڠ ڬوريڠ

a)

كوريك

b)

سيڤق

c)

بلي

89.

.ميمي ____________ كاچڠ ربوس

a)

مينوم

b)

ماكن

90.

Semua penutup hidung yang terdapat di pasaran_______ mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

a)

akan

b)

boleh

c)

mesti

d)

pernah

91.

______penutup hidung yang melonjak hingga mencecah RM2 sekeping amat membimbangkan semua pihak.

a)

Nilai

b)

Kadar

c)

Takrif

d)

Harga

92.
Air kopi itu _____________ oleh Puan Salmah untuk dihidangkan kepada tetamu
a)
dibancuh
b)
dijerang
c)
dimasak
d)
ditanak
93.

Darshini memasukkan beberapa ________ garam ke dalam masakannya.

a)

keping

b)

buah

c)

kaki

d)

cubit

94.

Penduduk kampung bekerjasama membersihkan _________ permainan kanak-kanak yang bersebelahan dengan balai raya.

a)

sungai

b)

taman

c)

pulau

d)

bukit

95.

Pak Cik Hashim membawa tiga _________ pisang dari kebunnya untuk dijual di pasar tani.

a)

lembar

b)

pasang

c)

gugus

d)

tandan

96.

Hani dan Hana merupakan pasangan kembar seiras. ________ sangat rajin dan baik hati.

a)

Mereka

b)

Kami

c)

Dia

d)

Baginda

97.

Leman suka membantu rakan-rakannya apabila diperlukan. Leman seorang yang....

a)

panjang tangan

b)

tangan panjang

c)

ringan tulang

d)

tangan besar

98.

Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan berasal dari.......

a)

Kampung Parit Bilal,Rambah, Johor.

b)

Kampung Teluk Kerang, Pontian. Johor.

c)

Kampung Parit Jawa, Pontian , Johor.

99.

Datuk Haji Awang Sariyan merupakan seorang....

a)

Pejuang Budaya

b)

Pejuang Bahasa

c)

Pejuang Bangsa

100.

Pilih ejaan yang betul....

a)

seantero

b)

seantaro

c)

seantiro