NEW
Font size
WorksheetsKajian Logik
Total questions: 20
Worksheet time: 5hrs 0mins
Merujuk kepada pandangan agama Islam, apakah tujuan penciptaan manusia?
A. Hidup dengan kemewahan
B. Beribadah dan memakmurkan bumi
C. Mencari kesenangan dunia
D. Meneroka alam semesta
Fahaman yang menyatakan manusia hidup berasaskan ketentuan karma ialah:
A. Islam
B. Buddha
C. Kristian
D. Materialisme
Apakah proses pembentukan manusia yang pertama menurut al-Quran?
A. Mudghah
B. Izham
C. Nafkhur-Ruh
D. Nutfah
Menurut pandangan Islam, apakah realiti muktamad (ultimate reality)?
A. Manusia
B. Alam semesta
C. Idea abstrak
D. Allah
Berdasarkan manakah ilmu yang didasarkan dari al-Quran dan hadis?
A. Wahyu
B. Ilham
C. Akal
D. Pengalaman
Apakah teori yang dipelopori oleh Immanuel Kant dalam epistemologi falsafah?
Empirisisme
Rasionalisme
Kritisme
Idealisme
Menurut pandangan aliran empirisisme, apakah asas bagi memperoleh segala ilmu?
Pengalaman pancaindera
Akal rasional
Intuisi dalaman
Wahyu agama
Manakah antara berikut merupakan hujah yang tepat mengenai pendapat Aristotle tentang 'substance'?
A. Merupakan gambaran sesuatu objek yang sempurna
B. Gabungan dari jisim (matter) dan rupa bentuk (form) sesuatu objek
C. Sesuatu yang bersifat kekal dan tidak berubah
D. Perkara yang bersifat abstrak dan tidak konkrit
Manakah antara berikut bukan merupakan persoalan yang dibahaskan dalam epistemologi?
A. Apakah itu ilmu?
B. Apakah sumber ilmu seseorang?
C. Bagaimana manusia harus berpakaian?
D. Apakah syarat-syarat ilmu yang sahih?
Manakah antara berikut tidak terkandung dalam definisi dan konsep ilmu menurut Prof Syed Naquib Al-Attas?
Bukti
Sangkaan
Kepercayaan
Benar
Apakah yang ditekankan oleh prinsip kebebasan dalam pendekatan heuristik berfikir?
A. Pendekatan yang sama
B. Memikirkan pelbagai kaedah penyelesaian
C. Mengulang kaedah sama
D. Menggunakan teknik membuat nota bergambar
Kajian logik pada peringkat pertama juga dikenali sebagai:
A. First order thinking
B. First order study
C. Second order study
D. Second order thinking
Teori logik simbolik membahagikan kajian makna kepada beberapa bahagian. Manakah antara berikut BUKAN merupakan bahagian tersebut?
A. Pragmatik
B. Epistemologi
C. Sintaktik
D. Semantik
Aliran pemikiran manakah yang mencapai kemuncak melalui peranan tokoh serangkai Socrates, Plato dan Aristotle?
Rasionalisme
Empirisisme
Idealisme
Positivisme
Siapakah tokoh yang mengatakan "Cogito Ergo Sum" yang bermaksud "Saya berfikir, maka saya ada"?
Immanuel Kant
Rene Descartes
John Locke
David Hume
Manakah antara berikut merupakan contoh aplikasi teori kebenaran pragmatik?
Teknologi dikatakan benar kerana bermanfaat dan mempermudah kerja manusia
Kebenaran sains tidak berubah dengan peredaran masa
Agama dikatakan benar kerana ia bersumberkan Tuhan
Sesuatu idea mestilah konsisten dengan hujah-hujah rasional
Kaedah apakah yang merupakan seni memujuk/memikat, berdebat dan menaakulkan idea yang berbeza?
A. Kaedah dialektik
B. Kaedah deduktif
C. Kaedah induktif
D. Kaedah abduksi
Apakah aliran pemikiran yang menyatakan bahawa alam minda wujud dan alam fizikal tidak dapat dikenali tanpanya?
A. Idealisme
B. Materialism
C. Ateisme
D. Teisme
Apakah definisi epistemologi dari sudut etimologi?
A. Sains/kajian tentang kebenaran
B. Sains/kajian tentang ilmu
C. Sains/kajian tentang agama
D. Sains/kajian tentang masyarakat
Apakah kelemahan teori kebenaran koresponden/kesepadanan?
Idea yang benar mesti sepadan dengan realiti
Sukar membuat perbandingan antara idea dan realiti yang tidak jelas
Terlalu bergantung pada bukti konkrit
Menolak kebenaran yang tidak logik
