Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz minggu ke 4 Tingkatan 3 (MEI)

Total questions: 90

Worksheet time: 2hrs 15mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah kestabilan negara kita kita dapat ditingkatkan?

a)

Sistem pemerintahan yang mantap

b)

Hasil alam yang dimanfaatkan

c)

Perpaduan antara rakyat

d)

Hubungan luar yang berkesan

2.

Baginda menjadi lambang kedaulatan negeri.

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Sultan

b)

Pembesar

c)

Penghulu

d)

Bangsawan

3.

Sistem kesukuan dan kesultanan diamalkan di negeri

a)

Sabah

b)

Perlis

c)

Negeri Sembilan

d)

Sarawak

4.

Hierarki paling rendah dalam pemerintahan di Negeri Sembilan ialah

a)

Lembaga

b)

Buapak

c)

Anak Buah dan Ibu Soko

d)

Buapak

5.

Di bawah ini ialah contoh undang-undang bertulis KECUALI

a)

Hukum Kanun Pahang

b)

Undang-Undang Laut Melaka

c)

Adat Perpatih

d)

Undang-Undang 99 Perak

6.

Masyarakat Alam Melayu mempunyai sifat kreatif dengan menghasilkan semua barangan di bawah KECUALI

a)

tikar dan bakul daripada daun mengkuang

b)

kertas daripada pokok balak

c)

perabot daripada rotan

d)

menempa alat senjata tradisional

7.

Antara pelabuhan di Negeri-negeri Melayu yang menjadi pusat mengumpul barangan dari Timur dan Barat ialah

a)

Kelantan

b)

Johor

c)

Selangor

d)

Pahang

8.

Orang Melayu mengambil sistem timbangan dari pedagang China iaitu

a)

kepul, leng dan kal

b)

mayam dan bungkal

c)

cupak dan gantang

d)

kati, tahil dan pikul

9.

Mata wang logam yang digunakan dalam urusan perdagangan diperbuat daripada

a)

timah dan emas

b)

emas dan perak

c)

tembaga dan aluminium

d)

perak dan tembaga

10.

Pendidikan tidak formal merupakan pendidikan awal atau asuhan dalam institusi keluarga.

Cara penerapannya adalah melalui

a)

pendidikan pondok

b)

pengajian di masjid

c)

madrasah

d)

cerita rakyat

11.

Faktor kedatangan kuasa Barat pada abad ke-16 adalah didorong oleh barangan mewah dari negara China iaitu

a)

emas

b)

minyak wangi

c)

kain cindai

d)

teh

12.

Selepas berlakunya Revolusi Perindustrian sejak abad ke-17, dasar kuasa Barat berubah corak.

Apakah kesan perubahan tersebut?

a)

Kuasa Barat tidak lagi datang ke Alam Melayu

b)

Hubungan diplomatik dijalinkan dengan Alam Melayu

c)

Kuasa Barat meluaskan tanah jajahan

d)

Pengeluaran kilang dihasilkan untuk pasaran tempatan

13.

Kedatangan kuasa Barat pada abad ke-19 dan ke-20 didorong oleh

a)

perkembangan kilang elektronik

b)

kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi

c)

industri tekstil

d)

jemputan pembesar Melayu

14.

Apakah keistimewaan Terusan Suez?

a)

mempercepat urusan perdagangan

b)

menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dengan Lautan Hindi

c)

Meningkatkan jumlah kapal dagang di Eropah

d)

perdagangan antara Benua Eropah dan negara Arab meningkat

15.

Penciptaan kapal wap pada abad ke- 19 merupakan faktor penggalak kedatangan kuasa Barat kerana

a)

dapat mengelakkan serangan kapal lanun

b)

belayar dengan bantuan angin monsun

c)

perjalanannya lebih cepat dan menjimatkan kos

d)

menjadi alternatif selain kapal layar

16.

Kuasa Barat bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan di Timur.

Pilih padanan yang betul.

a)

Keluarga Brooke menguasai wilayah Sabah

b)

Sepanyol menakluki Indochina

c)

British menjadikan Kesultanan Brunei negeri naungan.

d)

Amerika Syarikat ingin bertapak di Pulau Langkawi

17.

Belanda menggunakan pelbagai strategi untuk menguasai negara kita.

Pilih padanan yang BETUL

a)

Perjanjian dengan Negeri Sembilan untuk mendapatkan bijih timah

b)

Pakatan dengan Portugis untuk mendapatkan Melaka

c)

Berperang dengan Pahang untuk mengusai hasil emas

d)

Berperang dengan angkatan Selangor di Kuala Selangor

18.

Tindakan mengambil kesempatan atas sesuatu perkara sehingga dapat mencapai tujuan yang dikehendaki.

Apakah nama strategi di atas?

a)

Ugutan

b)

Manipulasi

c)

Tipu helah

d)

Pakatan

19.

Strategi tipu helah digunakan oleh British untuk meguasai negeri

a)

Perlis

b)

Selangor

c)

Pulau Pinang

d)

Kedah

20.

British menggunakan pelbagai strategi untuk menguasai negara kita.

Pilih padanan yang BETUL

a)

Desakan kepada Sultan Selangor dan Pahang untuk menerima Residen British

b)

Perjanjian dengan Sultan Sulu untuk mengiktiraf James Brooke

c)

Manipulasi konflik perebutan lombong emas di Pahang

d)

Pakatan dengan Belanda untuk mengusir Portugis

21.

Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kerajaan Srivijaya

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Johor-Riau

d)

Kerajaan Kedah Tua

22.

Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sistem Pembesar Berpusat

b)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

c)

Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

d)

Sistem Pembesar Enam Belas Lipatan

23.

Undang-undang manakah yang digunakan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?


I Undang-undang Pelabuhan Melaka

II Undang-undang Adat Melaka

III Undang-undang Laut Melaka

IV Hukum Kanun Melaka

a)

A. I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

24.

Ciri-ciri negara bangsa Alam Melayu terdiri daripada raja, undang-undang, wilayah pengaruh dan ______________

(Buku teks m/s 4)

a)

kedaulatan

b)

rakyat

c)

kerajaan

d)

agama

25.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?

(Buku teks m/s 7)

I. Raja

II. Agama

III. Kerajaan

IV. Kedaulatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Wilayah taklukan adalah wilayah yang diperoleh melalui ______________.

(Buku teks m/s 7)

a)

perkahwinan

b)

persahabatan

c)

perdagangan

d)

peperangan

27.

Kawasan yang dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada Pembesar Berempat dikenali sebagai

(Buku teks m/s 9)

a)

kawasan jajahan

b)

kawasan pentadbiran

c)

kawasan pegangan

d)

kawasan naungan

28.

Siapakah yang memainkan peranan sebagai pemangku sultan?

(Buku teks m/s 9)

a)

Penghulu bendahari

b)

Bendahara

c)

Laksamana

d)

Temenggung

29.

Siapakah yang menguruskan perbendaharaan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka? (Buku teks m/s 9)

a)

Syahbandar

b)

Laksamana

c)

Penghulu Bendahari

d)

Bendahara

30.

Siapakah yang berperanan sebagai panglima angkatan laut Melaka?

(Buku teks m/s 9)

a)

Laksamana

b)

Syahbandar

c)

Temenggung

d)

Bendahara

31.

Mengikut Hukum Kanun Melaka, seseorang yang melakukan kesalahan membunuh akan dikenakan hukuman (Buku teks m/s 10)

a)

buang negeri

b)

bayar ganti rugi

c)

bunuh

d)

menjahi hamba

32.

Mengikut Hukum Kanun Melaka, siapakah yang tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan? (Buku teks m/s 10)

I. Lelaki

II. Orang tua

III. Wanita

IV. Hamba abdi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

Rakyat tidak akan menderhaka kepada pemerintah kerana takut ditimpa ______________

(Buku teks m/s 13)

a)

pahala

b)

waadat

c)

tulah

d)

kejutan

34.

Waadat bermaksud

(Buku teks m/s 13)

a)

peranan

b)

perjanjian

c)

larangan

d)

arahan

35.

Penjagaan keselamatan kota Melaka adalah tugas

(Buku teks m/s 9)

a)

Temenggung

b)

Laksamana

c)

Syahbandar

d)

Bendahara

36.

Dalam Hukum Kanun Melaka, urusan kekeluargaan sangat diberi perhatian. Apakah matlamat undang-undang kekeluargaan ini?

a)

I Memastikan keharmonian dalam keluarga

II Memastikan ketua keluarga meminkan peranannya

III Mengelakkan masalah keruntuhan akhlak

IV Menyelesaikan masalah dalam perkahwinan

b)

A I dan II

c)

B I dan IV

d)

C II dan III

e)

D III dan IV

37.

Gambar 1

Gambar 1 diatas inskripsi telaga batu yang terdapat dalam kerajaan srivijaya.


Apakah kepentingan inskripsi tersebut

a)

Lambang negara

b)

Lambang keamanan

c)

Menunjukkan perpaduan

d)

Menunjukan kesetiaan

38.

Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan jaminan keselamatan kepada rakyatnya. Bagaimanakah rakyat membalas tanggungjawab tersebut?

a)

Memberi tanah

b)

Menjalankan khidmat raja

c)

Memberikan taat setia

d)

Menjadi hamba raja

39.

Bagaimanakah sesuatu sempadan kerajaan Melayu tradisional ditentukan?

a)

Sungai

b)

Benteng

c)

Kesetiaan rakyat

d)

Pengiktirafan sultan

40.

Dalam Undang-Undang Laut Melaka, malim adalah seorang yang harus arif tentang ilmu pelayaran. Apakah hukuman seorang malim yang lalai sehingga menyebabkan kerosakan kapal?

a)

Dibuang daerah

b)

Dihukum bunuh

c)

Digantung kerja

d)

Dipenjara

41.

Apakah tujuan British menduduki Pulau Pinang?

I Pusat pengumpulan barang

II Perlabuhan persinggahan

III Ancaman Rusia

IV Pangkalan tentera

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

42.

Sultan Muhammad Jiwa telah meminta bantuan daripada SHTI kerana?

a)

Ancaman Bugis

b)

Ancaman lanun

c)

Ancaman Burma

d)

Ancaman Belanda

43.

Pada 6 Februari 1819 Stamford Raffles telah membuat perjanjian dengan 2 tokoh penting. Siapakah mereka?

I Temenggung abdul Rahman

II Sultan Mahmud

III Sultan Abdul Rahman

IV Sultan Hussein

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

44.

Apakah matlamat British membentuk Negeri-negeri Selat?

a)

Menguasai Selat Melaka

b)

Mengatasi perdagangan Belanda

c)

Menyebarkan agama Kristian

d)

Desakan Sultan

45.

Mengapakan berlakunya Perang Dingin antara British dan Belanda di Alam Melayu?

a)

Perang Napolean di Eropah

b)

Pencerobohan British di Pulau Pinang

c)

Mendakwa Singapura di bawah pengaruh Belanda

d)

Menyaingi perebutan kawasan jajahan

46.

Melaka telah dikuasai oleh __________ pada tahun 1511.

a)

British

b)

Belanda

c)

Portugis

d)

Sepanyol

47.

Mengapakah Sultan Abdullah diancam oleh Siam?

a)

Menuntut kembali penghantaran bunga emas

b)

Menuntut Kedah menjadi negeri jajahan Siam

c)

Menuntut Sultan Abdullah menyerahkan Kedah kepada Siam

d)

Menyokong Burma semasa perang Siam-Burma

48.

Apakah kepentingan Singapura kepada British?

a)

Sebagai pembuangan tawanan perang

b)

Sebagai pelabuhan bebas cukai

c)

Sebagai tanah jajahan

d)

Pusat pangkalan tentera

49.

Mengapakah kerabat diraja Kedah menentang Sultan Muhammad Jiwa?

a)

Tidak bersetuju dengan perlantikan raja Abdullah sebagai Raja Muda

b)

Menentang kerjasama Sultan dengan orang-orang Bugis

c)

Desakan orang –orang Bugis

d)

Serangan daripada Siam

50.

Bagaimanakah konflik antara British Belanda diselesai kan?

a)

Melalui perperangan

b)

Melalui perjanjian

c)

Melalui rasuah

d)

Melalui ugutan

51.

Apakah strategi digunakan oleh Francis Light untuk mendapatkan Pulau Pinang?

a)

Perjanjian

b)

Ugutan

c)

Tipu Helah

d)

Pakatan

52.

Siapakah yang menjadi pemerintah Kesultanan Johor Riau ketika kedatangan Stamford Raffles ke Singapura?

a)

Sultan Abdul Rahman

b)

Temenggung Abdul Rahman

c)

Sultan Hussein

d)

Temenggung Ibrahim

53.

Apakah nama kawasan yang ditukar dengan Melaka dalam Perjanjian Inggeris Belanda?

a)

Bangkahulu

b)

Betawi

c)

Singapura

d)

Sumatera

54.

Pejabat manakah yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran NNS pada tahun 1867?

a)

Pejabat India

b)

Pejabat Tanah Jajahan London

c)

Pejabat Singapura

d)

Pejabat Melayu

55.

Pelantikan Abdullah sebagai Raja Muda Kedah oleh Sultan Muhammad Jiwa telah menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pelantikan tersebut. Siapakah yang tidak berpuas hati dengan pelantikan itu?

a)

Sultan Muhammad Jiwa

b)

Kerabat Diraja Kedah

c)

Syarikat Hindia Timur Inggeris

d)

Edward Monckton

56.

Siapakah yang telah memanipulasi isu perwarisan takhta kesultanan Johor Riau yang menyebabkan pertindihan dua orang sultan?

a)

Stamford Raffles

b)

William Farquhar

c)

John Crawfurd

d)

Francis Light

57.

Pakatan British dan Belanda menyebabkan termeterainya perjanjian ini. Nyatakan perjanjian tersebut.

a)

Perjanjian Pangkor 1874

b)

Perjanjian British-Pahang 1887

c)

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

d)

Tiada jawapan yang tersenrai

58.

Pada tahun bilakah Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di London?

a)

1867

b)

1641

c)

1711

d)

tiada jawapan yang tersenarai

59.

Siapakah yang telah dilantik sebagai Residen pertama Singapura?

a)

George Leith

b)

Francis Light

c)

Stamford Raffles

d)

Wlliam Farquhar

60.

Mengapakah Singapura penting kepada British?

a)

Sebagai pelabuhan yang strategik

b)

menjadi tempat pengumpulan tentera

c)

Menjaga kepentingan politik

d)

sebagai tanah jajahan sementara

61.

Apakah faktor desakan British di Selangor?

a)

Rompakan kapal Dagang British

b)

Serangan Rumah Api

c)

Kedua-dua jawapan diatas

62.

Bilakah rompakan kapal dagang British?

a)

1873

b)

1874

c)

1973

d)

1974

63.

Dimanakah rumah api Tanjung Rachado?

a)

Jugra

b)

Tanjung Tuan, Selangor

c)

Tanjung Tuan, Port Dickson

d)

Teluk Rachado

64.

Bagaimanakah desakan boleh berlaku di Pahang?

a)

Pergaduhan perlombong cina

b)

Desakan sultan Abu Bakar

c)

Kematian Goh Hui yang ditikam di hadapan istana

65.

Apakah tugas wakil British?

a)

Memungut cukai dan hal ehwal kewangan

b)

Mengurus dan melindungi rakyat British di negeri lain

c)

Menjaga keselamatan negeri yang diselia

d)

Menjaga hal pelaburan dan perlombongan

66.

Bilakah perjanjian Pangkor termeterai?

a)

1873

b)

1874

c)

1973

d)

1974

67.

Siapakah pemimpin yang tidak menyertai rundingan di Pangkor bersama British?

a)

Dato' Sagor

b)

Raja Yusuf

c)

Ngah Ibrahim

d)

Raja Abdullah

68.

Apakah gelaran bagi Ngah Ibrahim di dalam perjanjian Pangkor?

a)

Raja Muda

b)

Orang-orang Kaya

c)

Orang Kaya menteri Larut

d)

Orang Besar Perak

69.

Apakah kesan perjanjian Pangkor?

a)

British semakin lemah di Tanah Melayu

b)

British melakukan perjanjian di negeri lain

c)

Pemimpin-pemimpin melayu bersatu

70.

Apakah perjanjian British di Negeri Sembilan?

a)

Perjanjian Port Dickson

b)

Perjanjian British - Linggi

c)

Perjanjian British - Sungai Ujong

d)

Perjanjian Sungai Ujong

71.

Siapakah wakil British yang dilantik di Pahang?

a)

J.G. Clifford

b)

J.G. Davidson

c)

Hugh Clifford

d)

Frank Hugh

72.

Apakah strategi terbesar British dalam memeterai perjanjian?

a)

Memungut cukai

b)

Mengikat kesetiaan pemerintah tempatan

c)

Menjaga keselamatan tanah Melayu

d)

Merancakkan ekonomi tanah Melayu

73.

Bilakah perjanjian British - Sungai Ujong termeterai?

a)

1873

b)

1874

c)

1973

d)

1974

74.

Siapakah yang membantu British mendapatkan kuasa di Sungai Ujong?

a)

Dato' Syahbandar

b)

Dato' Kelana

c)

Dato' Bendahara

d)

Raja Abdullah

75.

Dalam perjanjian British - Sungai Ujong, siapakah yang menjadi pemungut cukai?

a)

Pihak British

b)

Dato' Syahbandar

c)

Dato' Kelana

d)

Dato' Bendahara

76.

Antara negeri-negeri yang tersenrai tersebut, negeri yang manakah kaya dengan pengeluaran Emas?

a)

Pahang

b)

Perak

c)

Negeri Sembilan

d)

Selangor

77.

Senaraikan strategi yang telah digunakan pihak British dalam penguasaan di NNMB.

a)

Manipulasi

b)

Perjanjian

c)

Desakan/Paksaan

d)

Semua jawapan yang tersenarai

78.

Sistem penggiliran Kesultanan Perak ada 3 peringkat sebelum ditabalkan sebagai Sultan. Apakah peringkat yang ke-2 dalam sistem tersebut?

a)

Raja Muda

b)

Raja Bendahara

c)

Raja Dihilir

d)

tiada jawapan yang tersenarai

79.

Pada tahun bilakan Majlis Mesyuarat Persekutuan telah ditubuhkan?

a)

1909

b)

1899

c)

1879

d)

1878

80.

Pergaduhan kumpulan pelombong Ghee Hin dan Hai San telah mencetuskan Perang Larut di Perak. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?

a)

Tunku Kudin dilantik tamatkan perang dengan bantuan British

b)

Pelabur Eropah dan pedagang NNS meminta British campur tangan

c)

Andrew Clarke sedia memberi bantuan

d)

tiada jawapan yang tersenarai

81.

Peristiwa berikut berlaku dalam kerajaan Angkor.


*Hiranyadama, seorang Brahmin telah mengisytiharkan kedudukan Jayavarman II.


Apakah kedudukan pengasas kerajaan Angkor tersebut?

a)

Dewaraja

b)

Raja di daratan

c)

Penyelamat Alam

d)

Maharaja di Gunung

82.

Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi pelabuhan di Alam Melayu.


*Mengumpul, mengendali dan mengedar barang dagangan daripada para pedagang serantau dan antarabangsa*


Pernyataan tersebut merujuk kepada fungsi...

a)

Pelabuhan pesisir

b)

Pelabuhan kerajaan

c)

Pelabuhan entrepot

d)

Pelabuhan pembekal

83.

Siapakah antara raja yang memainkan peranan besar dalam perkembangan agama buddha di Funan?

a)

Fan Shih-Man

b)

Suryavarman

c)

Jayavarman

d)

Bhadravarman

84.

Siapakah yang memainkan peranan penting ketika upacara pertabalan raja?

a)

Dukun

b)

Vaisya

c)

Tentera

d)

Brahmin

85.

Pernyataan berikut berkaitan dengan kepercayaan dalam masyarakat Alam Melayu.


*Memastikan keluarga yang masih hidup mendapat kebaikan atau menghindar kesusahan di dunia. *


Apakah yang mereka lakukan bagi mencapai matlamat tersebut?

a)

Menyembah roh nenek moyang '

b)

Melakukan upacara pengorbanan

c)

Membuat kebaikan sepanjang hidup

d)

Mengumpul harta sebanyak mungkin

86.

Gelaran berikut berasal daripada bahasa Sanskrit.


*Varman*


Di manakah gelaran tersebut digunakan?

I Funan

II Angkor

III Kedah Tua

IV Gangga Nagara

a)

I dan II

b)

I dan iV

c)

II dan III

d)

III dan IV

87.

Bagaimanakah raja dalam kerajaan Alam Melayu dipilih?

a)

Undian rakyat

b)

Rampasan kuasa

c)

Sokongan pembesar

d)

Berasaskan keturunan

88.

Tindakan berikut telah dilakukan oleh pemerintah kerajaan Majapahit.


*Menyatukan aliran dalam agama Hindu dan Buddha*


Siapakah pemerintah yang bertindak demikian?

a)

Prapanca

b)

Merah Silu

c)

Heyam Wuruk

d)

Sambhuvarman

89.

Maklumat berikut berkaitan kepercayaan di Alam Melayu.


*Kepercayaan bahawa setiap makhluk, hidupan dan tumbuhan memiliki roh atau semangat*


Apakah kepercayaan yang boleh dikaitkan degan maklumat tersebut?

a)

Aninisme

b)

Politeisme

c)

Dinamisme

d)

Monoteisme

90.

Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan dalam kerajaan Alam Melayu?

a)

Beraja

b)

Republik

c)

Demokrasi

d)

Komunisme