Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AKIDAH T5: AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

"Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang dengan Al Quran dan As Sunnah menerusi para sahabat dan tabiin serta tabi' tabiin dalam prinsip akidah, syariah dan akhlak"

  1. 1. Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Syiah

b)

Muktazilah

c)

Ahli Sunnah wal Jamaah

d)

Khawarij

2.
  1. 2. Ahli Sunnah wal Jamaah juga dikenali sebagai ...........

a)

Muktazilah

b)

Syiah

c)

Ahlul Hadis

d)

Khawarij

3.
  1. 3. Berikut adalah prinsip-prinsip Ahli Sunnah Waljamaah KECUALI

a)

meyakini perkara-perkara ghaib

b)

perutusan Nabi dan Rasul adalah harus bagi Allah SWT

c)

syurga dan neraka dicipta sebelum makhluk dan akan kekal selamanya

d)

meyakini bahawa imam-imam bersifat maksum dan terpelihara daripada dosa

4.
  1. "Kumpulan yang menuntut Saidina Ali bin Abi Talib r.a. dilantik sebagai khalifah selepas Rasulullah SAW dan keyakinan bahawa Ahlul Bait sahaja yang lebih layak menjadi khalifah"

  2. 4. Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Syiah

b)

Khawarij

c)

Muktazilah

d)

Ahli Sunnah wal Jamaah

5.
  1. "Kumpulan pengikut Saidina ali bin Abi Talib a.s. yang berpaling tadah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Tahkim"

  1. 5. Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Muktazilah

b)

Syiah

c)

Khawarij

d)

Ahli Sunnah wal Jamaah

6.
  1. 6. Kumpulan Syiah menambah nama Saidina ................. dalam shahadah selepas nama Nabi Muhammad SAW.

a)

Abu Bakar As Siddiq

b)

Umar al Khattab

c)

Uthman bin Affan

d)

Ali bin Abi talib

7.

"Kumpulan yang diasaskan oleh Wasil bin 'Atok setelah berlaku perbezaan pendapat antara beliau dengan guru beliau Hassan al Basri tentang kedudukan pelaku dosa besar"

  1. 7. Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Muktazilah

b)

Syiah

c)

Khawarij

d)

Ahli Sunnah

8.
  1. 8. Antara prinsip Muktazilah yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah ialah

a)

Menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan sehingga disamakan dengan Rasulullah SAW

b)

Meyakini perkara-perkara ghaib seperti diwahyukan dalam Al Quran dan As Sunnah

c)

Menafikan sifat ma'ani pada zat Allah SWT iaitu at Tauhid

d)

Wajib keluar menentang khalifah atau pemerintah yang tidak adil

9.
  1. 9. Ketika Ahli Sunnah wal Jamaah berpandangan bahawa semua orang beriman dapat melihat Allah SWT pada hari akhirat kelat, Muktazilah menyatakan

a)

hanya orang yang suci dari dosa besar yang dapat melihat Allah SWT pada hari akhirat kelak

b)
Muktazilah setuju dengan pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah
c)

semua orang beriman dapat melihat Allah SWT pada hari akhirat kelak tanpa syarat

d)

adalah mustahil kita dapat melihat Allah SWT kerana Allah SWT tidak menyerupai makhluk

10.
  1. * Asas penerimaan sesuatu amalan

  2. * Mengelak umat Islam terjebak dengan ajaran sesat

  3. 10. Pernyataan di atas adalah menerangkan mengenai ........ akidah Ahli sunnah wal Jamaah.

a)

Ciri

b)

akibat

c)

kaedah

d)

kepentingan