Font size
WorksheetsKuiz Geografi - Proses dan kesan luluhawa
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Apakah maksud luluhawa?
Proses penyejukan yang membentuk batu-batuan di sesuatu tempat
Proses pemecahan, pereputan dan penguraian batuan di sesuatu tempat
Proses pemendapan yang menghasilkan ciri batuan unik di sesuatu tempat
Proses tekanan yang membentuk batuan baharu di sesuatu tempat
Apakah agen luluhawa ?
Air
Cahaya matahari
Cahaya bulan
Tindakan manusia dan haiwan
Perubahan suhu
Luluhawa merupakan peringkat permulaan dalam perubahan pandang darat (a) di bumi.
Pilih 3 jenis luluhawa.
Luluhawa Fizikal
Luluhawa Kimia
Luluhawa Biologi
Luluhawa Fros
Apakah maksud luluhawa fizikal ?
Proses pemecahan dan penyapaian batuan besar kepada serpihan kecil tanpa mengubah kandungan kimia batuan tersebut
Proses pemecahan dan penguraian batuan apabila batuan bertindak dengan air, oksigen, asid organik dan karbon dioksida
Proses pemecahan dan penguraian batuan akibat tindakan tumbuhan, haiwan dan manusia sama ada secara fizikal ataua kimia
Apakah maksud luluhawa biologi ?
Proses pemecahan dan penyapaian batuan besar kepada serpihan kecil tanpa mengubah kandungan kimia batuan tersebut
Proses pemecahan dan penguraian batuan apabila batuan bertindak dengan air, oksigen, asid organik dan karbon dioksida
Proses pemecahan dan penguraian batuan akibat tindakan tumbuhan, haiwan dan manusia sama ada secara fizikal ataua kimia
Proses luluhawa mengambil masa yang panjang untuk terurai, apakah faktor-faktor luluhawa
Masa
Iklim
Biotik
Jenis haiwan
Batuan yang keras mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap luluhawa. Apakah contoh batu yang tidak mudah terluluhawa ?
Batu granit
Batu kapur
Batu gipsum
Batu dolomit
Gambar yang ditunjukkan merupakan batu yang terluluhawa akibat terdedah dengan agen luluhawa seperti sinaran matahari dan air. Situasi ini menunjukkan batu tersebut kaya dengan mineral ...
Besi
Magnesium
Kalsium
Aurum
Luluhawa fizikal lebih aktif di ...
kawasan tropika lembab
kawasan bersalji
kawasan gurun
Batuan di kawasan gurun mengalami proses luluhawa yang aktif. Hal ini disebabkan oleh ...
Suhu yang ekstrem
Proses kembang kecut
Suhu yang tinggi pada waktu siang dan suhu yang rendah panda waktu malam
Suhu yang tinggi pada setiap masa
Gambar berikut merupakan keadaan batuan terluluhawa yang berlaku di Simpang Mengayau, Sabah. Pilih ciri-ciri proses luluhawa yang bersesuaian dengan gambar yang ditunjukkan
Proses ini berlaku di kawasan tropika lembab
Mengalami proses basah kering
Semasa hujan batuan akan mengembang
Semasa hujan batuan akan mengecut
Tindakan ibun atau fros merupakan proses luluhawa fizikal. Pilih penyataan yang benar ...
Proses ini berlaku di kawasan yang sejuk
Proses ini berlaku di kawasan sederhana panas
Proses ini berlaku akibat daripada air yang membeku dalam batuan dan mengakibatkan batuan mengalami keretakan dari semasa ke semasa
Proses ini mengalami penguraian akibat sinaran matahari yang ekstrem
Larutan merupakan proses luluhawa kimia. Proses ini berlaku apabila ...
Air hujan melarutkan mineral dalam batuan
Air hujan menghakis batuan hingga terluluhawa
Air hujan menguraikan batuan yang mempunyai struktur yang lemah
Pengkarbonan terjadi apabila asid karbonik (air hujan + CO2) bertindak balas dengan batu kapur. Apakah mineral yang terhasil daripada luluhawa kimia ini.
Kalsum sulfat
Kalsium bikarbonat
Kalsium nitrat
Sodium bikarbonat
Pengoksidaan merupakan salah satu proses luluhawa kimia. Hal ini berlaku akibat tindak balas udara dan Ferum (Fe) di dalam batuan. Pilih mineral yang terhasil daripada proses ini ...
Ferum Oksida
Ferum Dioksida
Ferum Karbonik
Ferum Hidroksida
Aktiviti manusia merupakan agen dalam proses luluhawa. Pilih aktiviti manusia yang mengakibatkan luluhawa biologi ...
Pembinaan terowong
Pembinaan jalan raya
Pengkuarian
Penanaman kelapa sawit
Tindakan akar tumbuhan merupakan proses luluhawa biologi. Bagaimanakan proses ini berlaku ?
Akar tumbuhan masuk ke dalam tanah dan membesar
Akar tumbuhan menjalar masuk ke dalam rekahan batuan
Akar tumbuhan menjalar di atas permukaan tanah
Gambar berikut menunjukkan kesan tindakan luluhawa. Apakah proses-proses luluhawa yang berlaku berdasarkan gambar berikut.
Suhu yang ekstrem
Proses kembang kecut
Proses pemecahan dan penyapaian berbutir
Proses tindakan ibun / fros
Di kawasan tropika lembab, luluhawa kimia sering berlaku kerana jumlah hujan yang tinggi. Apakah pandang darat fizikal yang terbentuk daripada situasi ini.
Ciri pandang darat kars
Ciri pandang darat gurun
Ciri pandang darat pantai
