Font size
WorksheetsULANGKAJI SEJARAH TINGKATAN 5
Total questions: 100
Worksheet time: 57mins
Kedaulatan diiktirafkan sebagai ________________ dan _______________ sesebuah negara yang bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara.
kekuasaan
kebebasan
kewibawaan
keamanan
Kedaulatan ialah supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi.
Bahasa Yunani
Bahasa Arab
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Kedaulatan ialah sovereignty yang bermaksud negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan
Bahasa Yunani
Bahasa Arab
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Berasal daripada kata daulah yang bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan.
Bahasa Yunani
Bahasa Arab
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.
Kedaulatan negara kita terletak pada kekuasaan Raja-raja Melayu yang merupakan pemerintah tertinggi yang diperkukuh oleh taat setia rakyat
KEDAULATAN ANTARABANGSA
KEDAULATAN TRADISIONAL
KEDAULATAN MODEN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.
Dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis
KEDAULATAN ANTARABANGSA
KEDAULATAN TRADISIONAL
KEDAULATAN MODEN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Namakan jenis kedaulatan berdasarkan maklumat yang diberikan.
Badan kehakiman diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang
KEDAULATAN ANTARABANGSA
KEDAULATAN TRADISIONAL
KEDAULATAN MODEN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Apakah bentuk pemerintahan negara kita?
Raja Berperlembagaan
Raja berkuasa mutlak
Sistem presiden
Demokrasi Berparlimen
Apakah institusi yang bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem perundangan negara kita?
Badan Kehakiman
Institusi Parlimen
Badan Pelaksana
Institusi Tadbir Negara
Apakah tujuan pengenalan Rukun Negara?
menjalinkan hubungan diplomatik
memahami budaya kaum lain
meningkatkan semangat perpaduan
menjadikan negara maju
Bagaimanakah negara kita mampu melahirkan generasi yang mahir dan mempunyai ilmu pengetahuan?
Melalui perpaduan kaum
Melalui sistem pendidikan
Melalui kemakmuran ekonomi
Melalui kewibawaan pemimpin
Mengapakah kerjasama antara pemerintah dan rakyat penting bagi sesebuah negara?
Dapat memastikan kedaulatan negara dipertahankan
Dapat meningkatkan kemajuan negara
Dapat memupuk semangat cintakan negara
Dapat mengukuhkan pertahanan negara
Semua di atas
Tandakan 4 langkah mempertahankan kedaulatan negara.
Mengekalkan perpaduan kaum
Memupuk semangat cintakan negara
Menambahkan sumber pendapatan
Mengukuhkan pertahanan
Mewujudkan kestabilan politik
Tandakan SATU peranan pemerintah dan SATU peranan rakyat dalam mengukuhkan pertahanan negara.
Pemerintah - Menganggotai pasukan keselamatan
Pemerintah - Menggubal dasar dan undang-undang
Rakyat - Mengadakan perjanjian pertahanan
Rakyat - Mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar
Apakah jawatan utama bagi ketua negara di Malaysia? (Buku teks m.s 8)
Raja
Menteri Besar
Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Antara peristiwa berikut yang manakah yang telah mencetuskan kedaulatan moden?
Kemerdekaan Amerika
Perang Dunia Kedua
Revolusi Perancis
Penubuhan Liga Bangsa
Apakah kepentingan penubuhan institusi Istana Kehakiman?
Menjamin keadilan
Memperkuat pertahanan
Mengukuhkan perpaduan
Memantapkan pentadbiran
Ciri negara berdaulat;
- Pemerintahan
- Perundangan
- Rakyat
- X
Apakah X?
Pilihan raya
Parlimen
Bendera
Sempadan
Apakah institusi yang menggubal sistem perundangan negara?
Apakah peranan rakyat dalam memupuk semangat patriotisme...
Menghormati lambang negara
Menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan
Memberikan pengiktirafan kepada rakyat
Menghargai tokoh pelbagai kaum
Perlembagaan persekutuan yang diamalkan pada hari berasaskan nilai tradisi Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah nilai tradisi tersebut ? m/s 22
I Raja sebagai pemerintah.
II Pembesar menggubal undang-undang.
III Pembesar dilindungi undang-undang.
IV Raja menentukan undang-undang.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah asas kepada pembentukan perlembagaan? m/s 22
Nilai tradisi Kesultanan Melayu
Nilai undang-undang Inggeris
Undang-undang Kedah
Undang-undang Johor
Undang-undang bertulis di negeri-negeri Melayu lain dipengaruhi oleh undang-undang Laut Melaka dan ___________________
Hukum Kanun Pahang
Undang-undang Johor
Hukum Kanun Melaka
Undang-undang 99 Perak
Sebelum kjedatangan barat, negara kita sudah mempunyai undang – undang dan adat.
Apakah kepentingan undang-undang tersebut ? m/s 22
Melindungi kepentingan rakyat.
Menghadkan kebebasan rakyat
Menjaga kepentingan raja
Panduan pemerintahan negara
Apakah undang-undang bertulis yang terdapat di negara kita sebelum kedatangan British? m/s 22
I Undang-undang Sivil
II Undang-undang Jenayah
III Undang-undang Johor
IV Undang-undang Laut Melaka
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
British telah memperkenalkan undang-undang di Negeri-negeri Selat (NNS) yang dikenali ........... m/s 23
Charter of Justice
The Common Law
Application of Laws
Semua di atas
Pernyataan di bawah berkaitan dengan penubuhan Majlis di Sabah. m/s 24
X - memberikan kuasa kepada Gabenor untuk membuat undang-undang.
Apakah X ?
Majlis Kerja
Majlis Negeri
Majlis Tertinggi
Majlis Undangan
X
Diberikan kuasa membuat undang-undang oleh perlembagaan sarawak. m/s 24
Apakah X ?
Majlis Undangan
Majlis Tertinggi
Majlis Negeri
Majlis Kerja
Ahli Parlimen berkuasa penuh membentuk dan meminda undang-undang negara. m/s 25
Mengapakah perlembagaan perlu dipinda ?
Melindungi kepentingan raja
Menegakkan kedaulatan negeri
Melincinkan urusan pentadbiran
Mengelakkan persengketaan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah titik penting pembentukan sebuah Persekutuan. m/s 26
Apakah kandungan dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948 ?
I Memelihara kepentingan British
II Kuasa raja-raja melayu
III Kewarganegaraan
IV Menjamin Kedudukan imigran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah perkara yang menjadi terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957 ? m/s 26
Kepentingan agama islam
Kerakyatan diperketatkan
Kerajaan bercorak demokrasi
Kedudukan raja-raja melayu
Mengapakah Perlembagaan penting pada setiap negara?
Mendapat sokongan rakyat
Menjadi teras pemerintahan
Membentuk ideologi negara
Membina status masyarakat
Mengapakah British memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-Negeri Selat?
Melindungi penduduk daripada penindasan
Memperkukuhkan kedudukan Raja-raja Melayu
Mengawal kegiatan politik masyarakat tempatan
Meningkatkan kerjasama dengan pembesar
Apakah sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Sistem Monarki
Demokrasi Berparlimen
Raja Berperlembagaan
Sistem Republik
Pembentukan undang-undang di negeri Melayu dimulai oleh
Negeri-negeri Selat
Majlis Negeri Sarawak
Majlis Negeri Johor
Majlis Negeri Perak
Undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu digubal oleh
Parlimen
Majlis Negeri
Majlis Persekutuan
Majlis Undangan Negeri
Undang-undang di Negeri-negeri Selat digubal oleh
Parlimen
Majlis Negeri
Majlis Persekutuan
Majlis Undangan Negeri
Undang-undang di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu digubal oleh
Parlimen
Majlis Negeri
Majlis Persekutuan
Majlis Undangan Negeri
Model manakah yang disesuaikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Model Manchester
Model Westminster
Model of Great Britain
Model of International Laws
17. Semua perkara berkaitan dengan Singapura dimansuhkan dalam Perlembagaan Malaysia. Berikut yang manakah bukan perkaraa-perkara berkenaan?
Agama
imigresen
kewangan
pertahanan
1. Pemerintahan beraja berkembang sejajar dengan peredaran masa seiring dengan konsep Demokrasi Berparlimen dalam pemerintahan negara kita pada hari ini dan telah mengiktiraf X. (BT ms 38)
Apakah X?
A. Gabenor
B. Residen
C. Raja Berpelembagaan
D. Raja berkuasa mutlak
Gambar menunjukkan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mempelihatkan pemerintahan beraja yang berwibawa. Pada masa itu raja berkuasa mutlak di mana (BT ms 38)
I. Berkuasa terhadap pentadbiran
II. Berkuasa terhadap kehakiman
III. Berkuasa menasihati negara luar
IV. Berkuasa merampas kerajaan lain
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
3. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka diperkukuhkan dengan konsep Islam . Hal ini menjadikan raja sebagai (BT ms 38)
Ketua pedagang
Ketua agama Islam
Ketua penghulu
Ketua perbendaharaan
Secara tradisinya Raja-raja Melayu dianggap sebagai (BT ms 38)
I. Sumber undang-undang
II. Penulis undang-undang
III. Ketua bendahari
IV. Ketua kerajaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
British telah menggunakan teknik X untuk meluaskan pengaruhnya di negeri Melayu.
Apakah X ? (BT ms 39)
Pecah perintah
Mengawini anak raja
Menggunakan tentera
Perjanjian
Di negeri-negeri Melayu Bersekutu British telah melantik X untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri. (BT ms 39)
Apakah X?
Menteri Besar
Bendahara
Pegawai
Residen
British juga berminat untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Justeru itu, British telah meletakkan________ di negeri tersebut. (BT ms 39)
Penasihat British
Askar British
Gabenor British
Residen
Apakah tujuan negeri-negeri Melayu mengubal Undang-undang Tubuh negeri. (BT ms 39)
Untuk tunjuk kehebatan
Meluaskan pengaruh
Menghalang pengaruh British
Kekuasaan
Semasa Malayan Union Majlis Sultan-sultan hanya berkuasa ke atas (BT ms 43)
Perbendaharaan
Undangan-undang berkaitan agama Islam
Pentadbiran
Peperangan
Berdasarkan peruntukan Perlembagaan persekutuan, Majlis Raja-raja mempunyai kuasa dan fungsi dalam sistem Raja Berpelembagaan. (BT ms 44-45)
Antara fungsi tersebut adalah
I. Bersetuju atau tidak setuju sebarang undang-undang
II. Memperkenankan perubahan persempadanan
III. Menentukan sistem kewangan
IV. Mentakbir negara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Raja Berpelembagaan merupakan sebahgian daripada pentadbiran negara. Apakah gelaran raja di peringkat Persekutuan (BT ms46)
Yang Amat Mulia
Yang amat Berkuasa
Yang di Pertuan Agong
Yang Amat Terutama
Apakah kedudukan baginda seperti termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan persekutuan. (BT ms 47 )
Ketua Hakim
Ketua SPRM
Ketua anak negeri
Ketua Utama Negara
3. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam pemerintahan dan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri.
Antara Kuasa Eksekutif baginda adalah (BT ms48)
Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri
Melantik Menteri Besar
Melantik Adun
Melantik Ketua SPRM
Sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi, kita sewajarnaya memahami kepentingan pilihanraya. Apakah kepentingan pilihanraya (BT ms 50)?
Untuk memilih pemimpin yang berwibawa
Untuk kebaikan pemimpin
Untuk memuaskan hati raja
Untuk kehebatan negara
Sistem Raja Berpelembagaan dan Dewan Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan negara ini. Hal ini kerana__________ dalam hal ekonomi, politik dan dasar negara. ( BT ms 56)
Raja berkuasa mutlak
Raja bertanggungjawab
Raja berkecuali
Raja berwibawa
Bagaimanakah taraf Negeri-negeri Melayu semasa kedatangan British pada abad ke-19?
Pertuanan
Taklukan
Naungan
Berdaulat
- Residen
- Penasihat
Berikut ialah dua jawatan yang diperkenalkan dalam struktur pemerintahan Negeri-negeri melayu selepas kedatangan British?
mengapakah British berbuat demikian?
Menstabilkan kerajaan
Memodenkan pentadbiran
Memudahkan penjajahan
Menggugat kedaulatan
British juga berminat untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Justeru itu, British telah meletakkan________ di negeri tersebut. (BT ms 39)
Penasihat British
Askar British
Gabenor British
Residen
Berdasarkan peruntukan Perlembagaan persekutuan, Majlis Raja-raja mempunyai kuasa dan fungsi dalam sistem Raja Berpelembagaan. (BT ms 44-45)
Antara fungsi tersebut adalah
I. Bersetuju atau tidak setuju sebarang undang-undang
II. Memperkenankan perubahan persempadanan
III. Menentukan sistem kewangan
IV. Mentakbir negara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi, kita sewajarnaya memahami kepentingan pilihanraya. Apakah kepentingan pilihanraya (BT ms 50)?
Untuk memilih pemimpin yang berwibawa
Untuk kebaikan pemimpin
Untuk memuaskan hati raja
Untuk kehebatan negara
Apakah yang dimaksudkan dengan persekutuan?
A Penyatuan beberapa buah negeri dan membentuk Persekutuan
B Gabungan antara negeri yang berdaulat dan membentuk Persekutuan
C Gabungan empat buah negeri Melayu berdasarkan Perjanjian Persekutuan1895
D Penerusan tradisi sejarah
Yamtuan Besar Seri Menanti, Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1898. Siapakah Residen pertama bagi negeri tersebut?
A J.W.W. Birch
B J.P. Rodger
C Martin Lister
D J.G. Davidson
Pada tahun 1946, British telah menyatukan pentadbiran semua negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka untuk membentuk sebuah kerajaan berbentuk kesatuan yang dinamakan
A Kerajaan Pusat
B Malayan Union
C Negeri-negeri Selat
D Kesatuan Melayu Raya
Pada 16 September 1963, berdasarkan Perjanjian Malaysia, lahirlah sebuah Persekutuan yang terdiri daripada
A 11 buah negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
B 11 buah negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei
C 11 buah negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Indonesia
D 11 buah negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura
Berikut adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan
Hal Ehwal Luar Negeri
Keselamatan Dalam Negeri
X
Apakah X?
A Hiburan awam
B Perhutanan
C Pelajaran
D Perancangan Bandar
Perkara-perkara yang terkandung dalam Senarai Negeri adalah
I Tanah
II Pelajaran
III Perubatan dan kesihatan
IV Hari kelepasan negeri
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Mengapakah peruntukan tambahan diberikan dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama bagi Sarawak dan Sabah?
A Mengawal kerakyatan
B Menentukan Hari Kelepasan Negeri
C Mentadbir mengikut perlembagaan
D Menyesuaikan kemasukan negeri dalam Persekutuan Malaysia
Kerajaan Tempatan merupakan perantara antara Kerajaan Negeri dengan rakyat dan berperanan
A Memberikan bantuan kewangan
B Mengeratkan perpaduan kaum
C Memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat
D Meningkatkan taraf hidup rakyat
Pada tahun 1956, Kerajaan Persekutuan menubuhkan Federal Land Development Authority (FELDA) atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan.
Apakah matlamat penubuhan FELDA?
A Menggalakkan pelaburan modal asing
B Mengurus dan menyalurkan bantuan kewangan kepada kerajaan negeri
C Menstabilkan harga mentah pasaran
D Merangsang penglibatan sektor swasta dalam bidang pertanian
Pembangunan Koridor Wilayah merupakan perancangan strategic jangka Panjang yang memberikan tumpuan kepada pembangunan di negeri dan wilayah yang
A Kurang pesat
B Maju
C Membangun
D Bertaraf bandaraya
Kerajaan Persekutuan mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri di Semenanjung Malaysia antara tahun 1972 hingga 1978 dan dinamakan sebagai
A PERHILITAN
B RISDA
C PERHUTANAN
D FAMA
Berikut merupakan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pemuliharaan khazanah negara
I Pembangunan tanah
II Pengurusan taman negara
III Pengurusan taman laut
IV Pembangunan Wilayah
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Bagi memulihara khazanah laut, Kerajaan Persekutuan membentuk dasar berkaitan dengan taman laut manakala Kerajaan Negeri berkuasa terhadap
A Pembersihan taman
B Pembangunan taman
C Pembangunan pulau
D Pembersihan pulau
Berikut adalah kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk kesejahteraan rakyat
Program Kerajaan Persekutuan
Perbadanan Perumahan 1 Malaysia
Rumah Mesra Rakyat
Perumahan Kerajaan Negeri
Rumah Selangorku (Selangor)
Rumah Mampu Milik Johor (Johor)
Mengapakah kerjasama tersebut dilakukan?
A Mengatasi masalah setinggan di bandar
B Meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar
C Menyelesaikan masalah perumahan golongan miskin
D Membantu golongan pertengahan memiliki kediaman
Struktur organisasi berikut berkaitan dengan pentadbiran Kawasan Keselamatan Khas di Sabah
Pengerusi Jawatankuasa Pemantau ESSCOM
Perdana Menteri Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa Pemantau ESSZONE
Ketua Menteri Sabah
Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM | Komander ESSCOM
Mengapakah pentadbiran tersebut diperkenalkan?
A Mewujudkan Majlis Keselamatan Negara
B Menghapuskan ancaman pengganas komunis
C Melaksanakan Pembangunan Koridor Wilayah
D Meningkatkan kerjasama bagi menjamin keselamatan
Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan menyatakan sekiranya undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka
A Undang-undang Persekutuan mengatasi undang-undang Negeri
B Undang-undang Negeri mengatasi undang-undang Persekutuan
C Memilih undang-undang yang lebih sesuai untuk digunapakai
D Menggubal satu undang-undang baru
Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri adalah dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Apakah tujuan mesyuarat tersebut diadakan?
A Menyelaras pentadbiran Kerajaan Persekutuan
B Membincangkan pelaksanaan sesuatu dasar yang diputuskan oleh kerajaan
C Mengadakan perundingan dengan Kerajaan Persekutuan
D Membentuk dasar kerajaan
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan penubuhan Majlis Negara untuk menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Antaranya ialah
A Majlis Keselamatan Negara
B Majlis Air Negara
C Majlis Kewangan Negara
D Majlis Perumahan Negara
Jawatan Setiausaha Persekutuan bagi Sarawak dan Sabah diwujudkan pada tahun1963 yang bertujuan untuk
A Mengeratkan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
B Mengukuhkan sistem persekutuan
C Menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
D Melaksanakan sesuatu dasar yang diputuskan oleh kerajaan
Pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat mewujudkan
A Penguasaan oleh Kerajaan Persekutuan
B Kerjasama untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang
C Kebergantungan Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan
D Kekuatan Kerajaan Negeri dalam bidang di bawah kuasanya
Pegawai British telah mengemukakan idea penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara. Apakah matlamat penyatuan wilayah tersebut?
Memupuk perpaduan
Melakukan imperialisme
Memudahkan pentadbiran
Melaksanakan pembaharuan
Cadangan menggabungkan Sarawak, Sabah, negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat pada tahun 1887.
Lord Brassey
Gerald Templer
Dato' Onn Jaafar
Sir Malcolm MacDonald
Siapakah yang mencadangkan penyatuan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu atas kepentingan ekonomi?
Lord Brassey
Sir Malcolm MacDonald
Tunku Abdul Rahman
Sir Geofroy Tory
Golongan nasionalis Tanah Melayu telah memperjuangkan konsep Melayu Raya pada tahun 1938. Mengapakah konsep tersebut gagal dilaksanakan?
Tidak memberikan manfaat kepada Indonesia
Indonesia tidak berminat bergabung dengan Tanah Melayu
Pengisytiharan kemerdekaan Indonesia tanpa Tanah Melayu
Pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu dan Indonesia
DUA sebab Singapura dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia.
Menamatkan ancaman komunis
Mengukuhkan keselamatan dan pertahanan
Mengelakkan campur tangan asing
Memenuhi desakan penduduk tempatan
Antara berikut merupakan kepentingan pembentukan Malaysia KECUALI
Membendung ancaman komunis
Merealisasikan rancangan dekolonisasi
Mempercepat pelbagai bidang pembangunan
Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri
Apakah kesan penubuhan Parti Perikatan Sarawak?
Menamatkan pemerintahan keluarga Brooke
Meneruskan sistem politik tradisional
Merealisasikan pembentukan Malaysia
Menjayakan pengasasan Persekutuan Borneo
Pertubuhan yang diasaskan oleh pemimpin Borneo untuk mencabar rancangan pembentukan Malaysia.
Parti Rakyat
Sabah Alliance
Barisan Bersatu
Parti Demokratik
Apakah syarat yang ditetapkan oleh rakyat Brunei sebagai persetujuan menyertai Malaysia?
Memperoleh kuasa imigresen
Menjamin peluang pentadbiran
Menerima bantuan ketenteraan
Mencapai kemerdekaan dahulu
Mengapakah Filipina menentang pembentukan Malaysia?
Menuntut hak terhadap Sabah
Mempunyai agenda politik tersendiri
Menganggapnya satu penjajahan baru
Menghalang pembentukan Kalimantan Utara
Mengapakah Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak dan Brunei pada Julai 1961?
Menerangkan rancangan pembentukan Malaysia
Meninjau kemajuan di kawasan tersebut
Mendapatkan pandangan rakyat
Merangka perlembagaan baru
Apakah tujuan referendum Singapura diadakan pada bulan Ogos 1962 hingga September 1962?
Menyatakan bentuk pilihan menyertai Malaysia
Memberi kefahaman kepada penduduk tempatan
Menerima pelbagai memorandum daripada rakyat
Mengetahui reaksi penduduk terhadap penyatuan
Apakah kesan rundingan antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British di London?
Pembentukan Suruhanjaya Cobbold
Lawatan PBB ke Sarawak dan Sabah
Referendum dilaksanakan di Singapura
Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan
Pasangan manakah yang BETUL tentang ahli Jawatankuasa Antara Kerajaan?
Lord Lansdowne => Pengerusi
Tun Hussein Onn => Timbalan Pengerusi
Donald Stephens => Setiausaha Kewangan Sabah
Koo Siak Chiew => Peguam Negeri Sarawak
Mengapakah Tuntutan 20 Perkara dikemukakan oleh pemimpin Sabah dan Sarawak?
Memajukan ekonomi negeri
Menjamin kebebasan asasi
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Melindungi hak dan kepentingan rakyat
Apakah kuasa autonomi yang diberikan kepada Sarawak dan Sabah selepas pembentukan Malaysia?
Imigresen
Pertahanan
Kebajikan sosial
Hal ehwal luar negara
Mengapakah berlaku perubahan tarikh pembentukan Malaysia dari 31 Ogos 1963 kepada 16 September 1963?
Bantahan daripada rakyat Brunei
Laporan PBB tidak dapat disiapkan
Tuntutan 20 Perkara ditolak kerajaan
Kabinet Menteri lambat bermesyuarat
Siapakah yang mengumumkan Pengisytiharan Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah?
Tun Abdul Razak Hussein
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee
Datu Mustapha Datu Harun
Apakah DUA tindakan Indonesia yang menunjukkan penentangan mereka terhadap pembentukan Malaysia?
Melancarkan konfrontasi terhadap Tanah Melayu
Menyebarluaskan ideologi komunisme
Mengadakan sekatan ekonomi terhadap Malaysia
Tentera Indonesia melancarkan serangan gerila di Sarawak
DUA tindakan Kementerian Luar Negeri menamatkan konfrontasi Indonesia.
Mematahkan kempen propaganda
Mendapatkan sokongan negara luar
Membatalkan perjanjian persahabatan
Meminta bantuan ketenteraan dari ASEAN
