Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 1 SEMESTER 1 BAB 1 - BAB 4

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah peralatan perlindungan diri yang dapat melindungi hidung dan mulut daripada terhidu bahan kimia yang sengit?

a)

Gogal

b)

Baju Makmal

c)

Topeng muka

d)

Sarung tangan

2.

Peralatan ini digunakan untuk menjalankan eksperimen yang menggunakan bahan yang mudah meruap, mudah terbakar, beracun dan menghakis. Maklumat tersebut merujuk kepada

a)

kabinet aliran laminar

b)

kebuk wasap

c)

penyiram kecemasan

d)

pembilas mata

3.

Antara berikut, yang manakah merupakan bahan sisa kategori C?

a)

haiwan uji kaji

b)

jarum

c)

darah

d)

medium kultur

4.

Warna label hitam adalah untuk alat pemadam kebakaran

a)

buih

b)

air

c)

serbuk kering

d)

karbon dioksida

5.

Antara berikut, yang manakah merupakan contoh jenis kebakaran kelas A?

a)

melibatkan kerosin

b)

melibatkan minyak masak

c)

melibatkan peralatan elektrik

d)

melibatkan kayu

6.

Antara berikut, yang manakah berkaitan CPR adalah tidak benar?

a)

Tidak memerlukan peralatan

b)

Dilakukan untuk mengembalikan denyutan jantung dan pernafasan

c)

Hanya boleh dilakukan oleh paramedik

d)

Melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut mangsa

7.

Antara berikut, yang manakah bukan punca keadaan seseorang yang memerlukan CPR?

a)

Tercekik

b)

Lemas

c)

Panahan petir

d)

Renjatan elektrik

8.

Antara situasi berikut, yang manakah memerlukan Heimlich Manoeuvre?

a)

lemas

b)

Renjatan elektrik

c)

Seseorang kelihatan memegang leher dengan kedua-dua tangan

d)

Kulit, bibir dan kuku kelihatan kebiruan dan kehitaman

9.

Susun kaedah CPR dengan betul.

I Tekanan dada

II Peiksa respons mangsa

III Buka saluran pernafasan

IV Hembusan mulut

a)

II, III, IV, I

b)

II, III, I, IV

c)

II, I, III, IV

d)

II, IV, III, I

10.

Dimanakah anda perlu meletakkan genggaman tangan anda apabila melakukan Heimlich Manoeuvre?

a)

Di atas peparu

b)

Di antara pusat dengan rusuk

c)

Di atas jantung

d)

Di atas pusat

11.

Digunakan untuk mengukur suhu badan tanpa bersentuhan dengan badan. Maklumat ini merujuk kepada

a)

termometer klinik

b)

termometer inframerah

c)

termometer makmal

d)

termometer rektal

12.

Antara berikut, yang manakah merupakan faktor yang menyebabkan suhu badan melebihi normal?

I Senaman berat

II Strok haba

III Jangkitan virus

IV Cuaca sejuk

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

13.

Apakah maksud titik nadi?

a)

Pengukuran bilangan denyutan jantung per minit

b)

Darjah kepanasan dan kesejukan sesuatu bahan

c)

Tempat pada badan untuk merasai denyutan nadi

d)

Tekanan yang dikenakan oleh darah pada dinding salur darah

14.

Apakah alat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah?

a)

termometer

b)

stetoskop

c)

sfigmomanometer

d)

manometer

15.

Kyle mempunyai berat 65kg dan ketinggian 183cm. Apakah kategori BMInya?

a)

kurang daripada 18.5

b)

antara 18.5 hingga 24.9

c)

antara 25.0 hingga 29.9

d)

lebih daripada 30.0

16.

Antara berikut, yang manakah bukan isu sosiosaintifik yang berkaitan dengan alam sekitar?

a)

pembuangan sisa secara terancang

b)

pencemaran udara

c)

penebangan hutan

d)

pemanasan global

17.

Penebangan hutan boleh menyebabkan yang berikut, kecuali

a)

pengurangan tahap karbon dioksida

b)

kehilangan habitat

c)

hakisan tanah

d)

kepupusan flora dan fauna

18.

Antara berikut, yang manakah dapat mengurangkan pencemaran air?

a)

penanaman semula hutan

b)

menggunakan kawalan biologi

c)

merawat air sisa sebelum dialirkan ke sungai

d)

membuang sampah ke dalam parit

19.

Berikut merupakan kesan pembalakan hutan secara besar-besaran kecuali

a)

tanah runtuh

b)

banjir kilat

c)

pemanasan global

d)

hujan asid

20.

Gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global ialah

a)

oksigen

b)

karbon dioksida

c)

nitrogen

d)

sulfur dioksida