wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SAINS TINGKATAN 2 : BAB 2 : EKOSISTEM

Total questions: 20

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Pilih padanan yang betul.

a)

Habitat - Komponen bukan hidup seperti air, udara dan tanah.

b)

Spesies - Sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dan boleh saling membiak dan menghasilkan anak.

c)

Populasi - Beberapa komuniti yang tinggal bersama-sama dalam satu habitat saling berinteraksi antara satu sama lain.

d)

Komuniti - Sekumpulan organisma yang sama spesies dan hidup di habitat yang sama.

2.

Nyatakan maksud ekosistem.

a)

Sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dan boleh saling membiak dan menghasilkan anak.

b)

Sekumpulan organisma yang sama spesies dan hidup di habitat yang sama.

c)

Beberapa populasi organisma yang berbeza dan hidup bersama dalam satu habitat dan saling berinteraksi antara satu sama lain.

d)

Bebapa komuniti yang tinggal bersama-sama dalam satu habitat saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk segala komponen bukan hidup seperti air, udara dan tanah.

3.

Berikut adalah komponen-komponen bukan hidup dalam persekitaran KECUALI …

a)

Air

b)

Udara

c)

Tumbuhan

d)

Tanah

4.

Apakah penerangan yang sesuai untuk kawasan tundra?

a)

Mengalami musim sejuk yang singkat dan musim panas yang panjang

b)

Mengalami musim sejuk yang panjang dan musim panas yang singkat

c)

Menerima taburan hujan yang tinggi dan limpahan cahaya matahari sepanjang tahun

d)

Mengalami cuaca panas dan kering yang melampau.

5.

Pernyataan di bawah adalah mengenai interaksi antara organisma.

Berlaku apabila dua atau lebih organisma berlainan spesies,
hidup bersama-sama dan berinteraksi antara satu sama lain.

a)

Simbiosis

b)

Mutualisme

c)

Komensalisme

d)

Parasitisme

6.

Pernyataan di bawah adalah mengenai interaksi antara organisma.

Interaksi yang memberi manfaat kepada kedua-dua organisma.

a)

Simbiosis

b)

Mutualisme

c)

Komensalisme

d)

Parasitisme

7.

Pernyataan di bawah adalah mengenai interaksi antara organisma.

Interaksi yang memberi manfaat kepada satu organisma sahaja tanpa memudaratkan atau menguntungkan organisma yang satu lagi.

a)

Simbiosis

b)

Mutualisme

c)

Komensalisme

d)

Parasitisme

8.

Rajah menunjukkan paku-pakis langsuir pada pokok perumah.

Jenis interaksi yang ditunjukkan oleh kedua-dua organisma ini ialah ………..

a)

Simbiosis

b)

Mutualisme

c)

Komensalisme

d)

Parasitisme

9.

Pernyataan di bawah adalah mengenai interaksi antara organisma.

Interaksi yang memberi menguntungkan satu organisma sahaja dan memudaratkan atau merugikan organisma yang satu lagi.

a)

Simbiosis

b)

Mutualisme

c)

Komensalisme

d)

Parasitisme

10.

Rajah menunjukkan burung tiung dan kerbau.

Jenis interaksi yang ditunjukkan oleh kedua-dua organisma ini ialah ………..

a)

Simbiosis

b)

Mutualisme

c)

Komensalisme

d)

Parasitisme

11.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan interaksi mutualisme.

I. Ikan badut dan buran

II. Cacing pita dan usus kecil manusia

III. Liken : Kulat dan alga

IV. Ikan remora dan ikan jerung

a)

I dan II

b)

I, III dan IV

c)

I dan III

d)

I, II, III dan IV

12.

Rajah menunjukkan kutu yang hidup pada badan manusia atau haiwan.
Jenis interaksi yang ditunjukkan oleh kedua-dua organisma ini ialah ………..

a)

Simbiosis

b)

Mutualisme

c)

Komensalisme

d)

Parasitisme

13.

Rajah menunjukkan satu organisma X yang hidup di dalam usus manusia.

Di antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK benar?

a)

Jenis interaksi yang ditunjukkan ialah parasitisme.

b)

Organisma X dikenali sebagai parasit.

c)

Organisma X menyerap nutrien daripada usus manusia

d)

Usus manusia iaitu perumah mendapat keuntungan.

14.

Jenis interaksi yang ditunjukkan oleh kedua-dua organisma ini ialah ………..

a)

Persaingan

b)

Mangsa-pemangsa

c)

Simbiosis

d)

Parasitisme

15.

Rajah menunjukkan persaingan antara organisma.
Antara berikut, yang manakah BUKAN punca persaingan yang berlakuantara singa dan harimau bintang.

a)

Makanan

b)

Pasangan

c)

Ruang

d)

Cahaya

16.

Kaedah yang menggunakan organisma iaitu pemangsa semula jadi, parasit atau patogen untuk mengurangkan bilangan haiwan perosak di sesuatu kawasan dikenali sebagai ….

a)

Kaedah semula jadi

b)

Kaedah kimia

c)

Kaedah biologi

d)

Kaedah asli

17.

Antara yang berikut, yang manakah contoh kawalan biologi.

I. Burung hantu dipelihara di ladang kelapa sawit untuk mengawal populasi tikus.

II. Bacillus thuringiensis digunakan untuk mengawal serangga perosak iaitu kumbang tanduk di ladang kelapa sawit.

III. Ikan gapi merupakan pemangsa kepada jentik-jentik di dalam kolam.

IV. Itik diternak di sawah untuk makan perosak iaitu siput dan serangga

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

I dan III

d)

I, II, III dan IV

18.

Antara yang berikut, yang manakah BENAR tentang kawalan biologi.

I. Lebih mesra alam kerana tidak menggunakan pestisid

II. Lebih mahal

III. Menjejaskan kesihatan

IV. Mengambil masa yang lebih lama untuk tunjukkan kesan

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

II dan III

d)

I dan IV

19.

Apakah organisma yang boleh digunakan untuk mengawal populasi tikus di sawah padi?

a)

Ular

b)

Burung hantu

c)

Musang

d)

Burung helang

20.

Apakah yang anda dapat ramalkan terhadap populasi kuda belang di ekosistem savanna sekiranya bilangan singa berkurangan?

a)

Populasi kuda belang berkurang kerana kurang sumber makanan.

b)

Populasi kuda belang bertambah kerana pemangsa berkurang.