wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

INSPIRE BUMBLEBEE B1 T4 SEJARAH

Total questions: 40

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah kuasa dan pengaruh seorang raja terhadap sesebuah wilayah ditentukan dalam sistem politik Melayu tradisional?

a)

Persamaan budaya

b)

Kesetiaan rakyat

c)

Kegiatan ekonomi

d)

Prinsip kepercayaan

2.

Bagaimanakah sumber pendapatan dan kewangan Kesultanan Melayu Melaka diperoleh?

(Pilih dua jawapan yang tepat)

a)

Kegiatan perdagangan

b)

Pembayaran ufti

c)

Aktiviti pertanian

d)

Sistem serah

3.

Apakah dua faktor yang menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebuah kerajaan Melayu yang terkenal?

a)

Dinaungi kerajaan berhampiran

b)

Pemerintah mempunyai wawasan

c)

Berada di laluan yang strategik

d)

Mendapat bantuan dari luar

4.

Apakah tugas Bendahara pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengetuai pentadbiran

b)

Menguruskan kewangan

c)

Menjaga keselamatan kota

d)

Mengutip cukai perdagangan

5.

Rakyat akan meminum air tadahan Inskripsi Telaga Batu dalam upacara persetiaan rakyat kepada pemerintah kerajaan Srivijaya.

Apakah tujuan upacara tersebut dilakukan?

a)

Meluaskan pengaruh

b)

Mengangkat sumpah

c)

Menunjukkan kesetiaan

d)

Melambangkan pemerintahan

6.

Laksamana berperanan dalam membantu kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah peranan laksamana?

a)

Menetapkan kadar cukai

b)

Menjadi penasihat sultan

c)

Mengawal keselamatan pedagang

d)

Menguruskan perbendaharaan kerajaan

7.
  1. Senarai berikut merupakan ciri negara bangsa dalam kerajaan Alam Melayu.

  2. Raja

    X

    Wilayah Pengaruh

    Rakyat

  3. Apakah X?

a)

Daulat

b)

Pembesar

c)

Undang-undang

d)

Lambang kebesaran

8.
  1. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pentadbiran yang sistematik.

  2. Apakah sistem pentadbiran tersebut?

a)

Pembesar Empat Lipatan

b)

Pemerintahan tempatan

c)

Raja Berperlembagaan

d)

Pentadbiran wilayah

9.

Apakah ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu?

a)

Lambang kebesaran

b)

Undang-undang

c)

Kedaulatan

d)

Kerajaan

10.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai undang-undang yang berasaskan syariah dan adat.

Apakah tujuan undang-undang tersebut?

a)

Mengukuhkan pengaruh

b)

Mengeratkan perpaduan

c)

Melaksanakan pentadbiran

d)

Meningkatkan pembangunan

11.

Raja di Kerajaan Alam Melayu mendapat penghormatan yang tinggi daripada rakyat. Mengapa?

a)

Merupakan tonggak utama kerajaan

b)

Menjadi perantara dengan pembesar

c)

Mengelakkan pencerobohan kuasa luar

d)

Memelihara kebajikan di Kawasan Pegangan

12.

Apakah peranan seorang pembesar dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mewujudkan perpaduan rakyat

b)

Menggubal undang-undang negara

c)

Menunjukkan taat setia kepada pemerintah

d)

Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat

13.

Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka berjaya meluaskan pengaruh

merangkumi keseluruhan Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera?

a)

Naungan

b)

Diplomatik

c)

Keagamaan

d)

Perdagangan

14.

Siapakah pemerintah yang memperkenankan Undang-Undang Laut Melaka?

a)

Sultan Muzaffar Shah

b)

Sultan Mahmud Shah

c)

Sultan Ahmad Shah

d)

Sultan Mansur Shah

15.
  1. DUA ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu terdiri daripada

a)

Kedaulatan

b)

Undang-undang

c)

Wilayah Pengaruh

d)

Lambang kebesaran

16.
  1. Pasangan pernyataan manakah yang betul tentang peranan pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Bendahara >> Ketua Turus Angkatan Tentera

b)

Syahbandar >> Menjaga Keselamatan kota Melaka

c)

Penghulu Bendahari >> Mengutip Cukai di Pelabuhan

d)

Laksamana>>Mengekalkan Keamanan di kawasan pentadbiran

17.

Maklumat berikut berkaitan Pembesar Berempat dalam Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah X?

a)

A Ketua turus angkatan tentera

b)

B Pengurus perbendaharaan

c)

C Pengawal peribadi raja

d)

D Ketua keselamatan kota

18.

Pentadbiran kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem pentadbiran

pusat dan jajahan. Sistem tersebut menggambarkan tentang

a)

A kepentingan sistem peperiksaan

b)

B kebijaksanaan pemerintah

c)

C keperluan tenaga asing

d)

D kekuatan ketenteraan

19.

Senarai berikut berkaitan ciri negara bangsa Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

·         Nobat

·         Regalia

·         Cap mohor

Apakah ciri tersebut?

a)

Lambang kebesaran

b)

Undang-undang

c)

Kedaulatan

d)

Kerajaan

20.

Rajah berikut berkaitan pembahagian masyarakat kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah peranan X?

a)

Mewujudkan perpaduan

b)

Menjaga kebajikan

c)

Menjadi perantara

d)

Menyumbang tenaga kerja

21.

Apakah yang dimaksudkan dongan kedaulatan bagi sesebuah negara?

a)

Kepatuhan undang-undang

b)

Kekuasaan tertinggi

c)

Ketinggian budaya

d)

Kekuatan bangsa

22.

Maklumat berikut menunjukkan hubungan yang terjalin antara Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan Dinasti Ming.


***Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar Laksamana Cheng Ho sebagai utusan bagi menjalinkan hubungan antara China dengan Melaka***


Apakah kesan hubungan tersebut kepada Melaka?

a)

Menggalakkan pelaburan asing

b)

Memajukan pendidikan

c)

Mendapat pengiktirafan

d)

Meluaskan wilayah

23.

Apakah yang dimaksudkan dengan Kawasan Pegangan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menentukan hak wilayah

b)

Memberi kuasa memerintah

c)

Menetapkan kawasan sempadan

d)

Mendapatkan kuasa perdagangan

24.

Rajah berikut merupakan sistem perundangan yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah X ?

a)

Undang-Undang Temenggung

b)

Hukum Kanun Jenayah

c)

Hukum Kanun Melaka

d)

Undang-Undang Adat

25.

Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Keselamatan kota Melaka terletak di bawah tanggungjawab

a)

Temenggung

b)

Syahbandar

c)

Laksamana

d)

Bendahara

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan Undang-Undang Laut Melaka.

Fasal 13.1 : Nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama 4 hari.

Mengapakah nakhoda diberi keistimewaan tersebut?

a)

Sebagai wakil kerajaan

b)

Khuatir berlaku penipuan

c)

Ibarat raja dalam pelayaran

d)

Penghormatan daripada pedagang

27.

Apakah yang diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka daripada kerajaan Srivijaya?

a)

Ciri-ciri negara bangsa

b)

Upacara pertabalan raja

c)

Penggunaan gelaran sultan

d)

Sistem pemerintahan demokrasi

28.

Maklumat berikut berkaitan Undang-undang Laut Melaka.

Mengapakah keistimewaan tersebut diperoleh nakhoda kapal?

a)

Dianggap wakil kerajaan

b)

Dikhuatiri berlaku penipuan

c)

Diibaratkan raja dalam pelayaran

d)

Dihormati pedagang di pelabuhan

29.

Gambar berikut menunjukkan Inskripsi Telaga Batu.

Mengapakah inskripsi tersebut penting kepada rakyat dalam kerajaan Srivijaya?

a)

Menceritakan penyebaran agama

b)

Menunjukkan kemahiran seni bina

c)

Membuktikan kesetiaan kepada raja

d)

Melambangkan keagungan pemerintah

30.

Temenggung merupakan salah seorang Pembesar Berempat dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah peranan Temenggung?

a)

Menjaga keselamatan kota

b)

Mengutip cukai pelabuhan

c)

Mengetuai angkatan tentera

d)

Menguruskan perbendaharaan

31.

Apakah yang diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka daripada kerajaan Srivijaya?

a)

Ciri-ciri negara bangsa

b)

Upacara pertabalan raja

c)

Penggunaan gelaran sultan

d)

Sistem pemerintahan demokrasi

32.

Maklumat berikut berkaitan Undang-undang Laut Melaka.


* Fasal 13.1 -->> Nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama 4 hari


Mengapakah keistimewaan tersebut diperoleh nakhoda kapal?

a)

Dianggap wakil kerajaan

b)

Dikhuatiri berlaku penipuan

c)

Diibaratkan raja dalam pelayaran

d)

Dihormati pedagang di pelabuhan

33.

Apakah kepentingan kedaulatan kepada pemerintah Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Pembesar menggubal undang-undang

b)

Pentadbiran pusat berjalan lancar

c)

Sistem percukaian yang mantap

d)

Sultan dapat mengawal rakyat

34.

Mengapakah rakyat Kesultanan Melayu Melaka tidak menderhaka kepada pemerintah?

a)

Takut ditimpa tulah

b)

Hilang taraf rakyat raja

c)

Bimbang dibuang negeri

d)

Dikenakan hukuman sebat

35.

Mengapakah urusan kekeluargaan diberi perhatian dalam Hukum Kanun Melaka?

a)

Meningkatkan taraf hidup

b)

Mengelakkan keruntuhan akhlak

c)

Menetapkan peranan ketua keluarga

d)

Menyelesaikan masalah dalam perkahwinan

36.

Konsep waadat yang mengaitkan pemerintah dan rakyat wujud dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

  1. Apakah kepentingan konsep tersebut?

a)
  1. Menghargai sumbangan rakyat

b)
  1. Menggerakkan jentera kerajaan

c)
  1. Mengelakkan rakyat menderhaka

d)
  1. Mengukuhkan kedudukan pemerintah

37.

Bagaimanakah rakyat menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menjadi pengayuh kapal perang

b)

Memperkenalkan undang-undang

c)

Mengutip hasil melalui sistem serah

             

d)

Menjaga keamanan kawasan pegangan

38.

Dalam Hukum Kanun Melaka, urusan kekeluargaan sangat diberi perhatian.

Apakah matlamat undang-undang kekeluargaan ini?

a)

Memastikan ketua keluarga memainkan peranannya

b)

Memastikan adat-adat pernikahan dipatuhi

c)

Memastikan keharmonian dalam keluarga

d)

Mengelakkan masalah keruntuhan akhlak

39.

Soalan berikut berkaitan dengan wilayah pengaruh dalam Kesultanan Melayu Melaka.

X ==> Diperoleh melalui peperangan dengan Pahang, Kelantan dan Rokan

Apakah X ?

a)

Wilayah naungan

b)

Wilayah taklukan

c)

Wilayah kedaulatan

d)

Wilayah persekutuan

40.

Pernyataan berikut berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

**Fasal 26 Hukum Kanun Melaka menetapkan bahawa pernikahan memerlukan empat orang saksi

Siapakah DUA orang yang tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan ?

a)

Wanita

b)

Hamba

c)

Adik lelaki

d)

Bapa saudara