wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pemahaman 1

Total questions: 2

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1-4.

Perigi Hang Tuah merupakan salah satu lokasi tarikan pelancong di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Lokasinya terletak lebih kurang 7 kilometer dari bandar Melaka iaitu di Kampung Duyong, Melaka. Perigi Hang Tuah ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah iaitu seorang pahlawan terkemuka di Nusantara pada zaman Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15. Hang Tuah yang dilahirkan di kampung itu dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya sendiri.

Pada asalnya, perigi ini adalah kecil sahaja tetapi lama-kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau. Airnya sentiasa jernih dianggap suci dan dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Sesetengah masyarakat tempatan mempercayai bahawa ada buaya putih yang tinggal di dalam perigi tersebut. Buaya putih tersebut ada kaitan dengan Hang Tuah yang dianggap keramat.

Selain itu, dikatakan juga dengan adanya perigi tersebut, mereka membuat kesimpulan bahawa Hang Tuah berasal dari Duyong, Sumatera Timur. Alasan yang digunakan oleh mereka ialah dikatakan terdapat sebuah perigi Hang Tuah juga di Duyong, Sumatera Timur. Kepercayaan tentang buaya putih dan keramat tersebut dianggap satu mitos sahaja. Umat Islam dilarang mempercayainya kerana dikhuatiri membawa kepada syirik.

1.

Kerja-kerja menggali Perigi Hang Tuah dilakukan oleh _____.

a)

Hang Tuah

b)

pahlawan Nusantara

c)

masyarakat tempatan

d)

pahlawan Sumatera Timur

2.

Kepercayaan sesetengah masyarakat setempat tentang perigi Hang Tuah seperti di bawah kecuali _____.

a)

didiami oleh Hang Tuah yang akan menjelma sebagai bunga putih pada waktu malam

b)

asal perigi pada mulanya kecil

c)

tidak dipercayai oleh orang Islam

d)

didiami oleh seekor buaya putih

3.

Apakah kepercayaan penduduk kampung terhadap air perigi itu?

a)

Airnya dianggap suci.

b)

Airnya boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.

c)

Airnya perlu dimasak dahulu.

d)

Airnya tidak boleh diambil dengan kuantiti yang banyak.

4.

Mengapakah umat Islam dilarang mempercayai mitos tersebut?

a)

Hanya kisah dongeng sahaja.

b)

Kisah sebenar.

c)

Kisah rekaan penduduk kampung.

d)

Dikhuatiri membawa kepada syirik.

5-8.

Ke hadapan nenda Rahmah yang berada di Kota Bharu, semoga sentiasa sihat dan sejahtera.

Nenda yang disayangi,

Cucunda di sini sihat tetapi agak sibuk dengan kelas serta program Bulan Kebangsaan yang akan dijalankan pada bulan Ogos nanti. Selain itu, cucunda juga akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Tujuan cucunda menghantar surat ini adalah untuk bertanyakan khabar nenda di sana.

Bagaimanakah keadaan nenda sekarang? Cucunda mendapat berita daripada adinda Aiman bahawa nenda baru keluar dari hospital. Cucunda berharap dan berdoa agar nenda sentiasa sihat seperti sedia kala. Nenda perlulah banyak berehet dan jangan lupa makan ubat. Cucunda di sini sentiasa merindui nenda di sana.

Bersama-sama surat ini cucunda sertakan enam keping foto cucunda bersama kawan-kawan cucunda dalam membuat perancangan untuk program Bulan Kebangsaan di universiti. Semoga bingkisan yang dikirimkan ini dapat mengubati kerinduan nenda terhadap cucunda.

Akhir kata, sampaikan salam cucunda kepada ayahanda, bonda, adinda Aiman dan kakaknda Siti.

Sekian, semoga berjumpa di lain lembaran. Sambutlah salam kerinduan daripada cucunda yang jauh di mata.

Cucunda,

Suraya

5.

Apakah nama nenda dalam petikan?

a)

Mariam

b)

Jamilah

c)

Fauziah

d)

Rahmah

6.

Cucunda tidak dapat menziarahi nenda ketika berada di hospital kerana _____.

a)

bercuti dengan keluarga di tempat yang jauh

b)

agak sibuk dengan kelas serta program Bulan Kebangsaan dan akan menghadapi peperiksaan

c)

tiada duit untuk pulang ke kampung

d)

tiada pengangkutan untuk pulang ke kampung

7.

Apakah tujuan cucunda menghantar surat kepada nenda?

a)

Untuk mengetahui khabar daripada nenda.

b)

Untuk memberi berita gembira kepada nenda.

c)

Untuk memberi nasihat kepada nenda.

d)

Untuk mengetahu khabar bonda dan ayahnda.

8.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

a)

Nenda baru keluar dari hospital.

b)

Suraya merupakan cucu kepada Rahmah.

c)

Cucunda sertakan lapan keping foto untuk tatapan nenda.

d)

Cucunda berharap dan berdoa agar nenda sentiasa sihat seperti sediakala.