Font size
WorksheetsPemahaman 2
Total questions: 2
Worksheet time: 34mins
Aku sejenis organ terpenting dalam tubuh manusia. Aku berwarna putih kekuningan. Aku terletak di dalam kepala manusia dan dilindungi oleh tengkorak yang sangat keras.
Komponenku terdiri daripada rantaian otak besar, otak kecil serta saraf tunjang. Beratku hanya 5% daripada keseluruhan berat tubuh manusia. Begitupun, aku mampu menyimpan lebih 15 trilian maklumat dalam tubuhku. Fikirkan, yang mana lebih hebat; aku atau komputer.
Fungsi penciptaanku mudah; untuk berfikir. Aku juga dicipta untuk menyelesaikan masalah kehidupan manusia. Selain itu, aku digunakan untuk menyimpan pelbagai memori sepanjang kehidupan manusia. Malangnya, kebanyakan manusia kurang arif dalam hal ini. Tahukah kalian, manusia biasa hanya menggunakan satu hinggal lima peratus daripada kemampuanku? Bayangkan kalau dapat digunakan lebih daripada itu.
Oh ya, sebagai organ tubuh, aku memerlukan makanan. Makananku tidak banyak; oksigen, glukosa dan garam mineral. Kalian tahu, aku paling benci akan arak, dadah dan minuman bergas. Soal mahal dan membazirkan wang, aku tidak kisah. Akan tetapi, bahan tersebut boleh menumpulkan malah memusnahkan kemampuanku untuk menimbang baik buruknya sesuatu perkara.
Sebenarnya, belum ramai lagi manusia yang tahu tentang fungsi otak kanan dan otak kiriku. Kalau hendak tahu, otak kiriku merangsang kecerdasan akademik seperti kecerdasan bahasa dan logi matematik. Otak kananku pula merangsang aktiviti santai seperti muzik dan pergerakan tubuh. Bayangkan jika kedua-dua belah otakku digunakan, manusia akan menjadi lebih cemerlang.
Seperti makhluk lain, aku juga sering dijadikan bahan kiasan. Jika tidak, tidak muncullah simpulan bahasa seperti otak kancil, otak cair dan otak minyak; tanda bijaksana. Akan tetapi, aku juga dijadikan kiasan negatif seperti otak udang, otak kapur dan otak ayam yang menggambarkan kebodohan seseorang.
Sehingga kini pun, sedikit sangat maklumat tentang diriku yang diketahui manusia. Justeru, kuharap lebih banyak kajian tentang diriku demi kecemerlangan manusia juga.
Apakah fungsi utama otak manusia?
Menyimpan pelbagai memori.
Berfikir menyelesaikan masalah.
Melakukan tugas harian manusia.
Merangsang kecerdasan seseorang.
Pernyataan berikut benar tentang otak kita.
Otak melindungi tengkorak daripada kerosakan.
Otak kanan merangsang kecerdasan akademik.
Otak bersambung dengan saraf tunjang.
Otak kiri merangsang aktiviti santai.
Pengarang menyarankan agar perkara-perkara berikut kita lakukan kecuali _____.
menggunakan otak untuk berfikir
menjadikan otak sebagai bahan kiasan
melakukan lebih banyak kajian tentang otak
menggunakan kedua-dua belah otak untuk belajar
Mengapakah otak "tidak gemar" akan arak, dadah mahupun minuman bergas?
Harganya mahal.
Merosakkan tubuh badan.
Membazirkan wang ringgit.
Menyebabkan manusia hilang pertimbangan.
Hadirin,
Mengimbas kembali sejarah sekolah ini, teringat saya akan kata pantun lama, "Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang". Buktinya telah terpampang di ruang mata kita.
Ketika kami bersekolah di sini suku abad dahulu, bangunannya hanya satu blok setingkat. Binaannya daripada kayu beratap asbestos; tiada kipas. Kini, kalian lihatlah sendiri arus pemodenan abad ke-21 ini. Di tapak lama ini, bangunannya gah berturap simen, beratap genting; tiga blok tiga tingkat. Sekarang sudah ada pendingin hawa dan komputer. Dahulu, melihat pun tidak pernah apatah lagi hendak menggunakannya. Begitupun, bangunannya tetap ceria seperti dahulu. Demikian juga Taman Sains yang masih kekal hingga kini.
Kalau dahulu, hendak mengadakan majlis pun terpaksa membuka penghadang kelas untuk dijadikan dewan. Tidak seperti sekarang, semuanya boleh dimainkan dalam dewan serba guna yang tersergam indah ini. Tambahan pula, fizikalnya begitu selesa; lengkap dengan pentas, pendingin hawa serta alat siar raya yang canggih.
Uniknya, sekolah ini masih mempertahankan kecemerlangannya sejak dahulu hingga kini. Saya amat berbangga dengan keadaan ini. Bukan itu sahaja, sekolah ini juga cemerlang dalam sukan dan permainan sejak dahulu. Justeru, tidak hairanlah jika sekolah ini terpilih antara Sekolah Berprestasi Tinggi peringkat kebangsaan.
Sekolah ini juga telah melahirkan ramai cerdik pandai serta tokoh dalam pelbagai bidang. Buktinya, yang berada di hadapan saya kini sebahagiannya merupakan ahli korporat serta profesional selain tokoh dalam bidang pentadbiran. Saya difahamkan, beberapa orang pelajar sulung sekolah ini juga turut berada bersama kita di sini. Syukur, ini semua berkat pengajaran guru-guru di sekolah ini. Terima kasih, cikgu.
Akhirnya, selaku bekas pelajar, marilah kita bersama-sama menabur bakti kepada sekolah ini agar tetap berada di persada kecemerlangan selamanya. Justeru, dengan ini, saya merasmikan mesyuarat penubuhan Persatuan Alumni Sk Seri Andalas. Terima kasih.
Tujuan utama sesi ucapan di atas diajukan untuk ____.
menceritakan keperitan persekolahan zaman dahulu
merakamkan penghargaan terhadap jasa guru
merasmikan penubuhan Persatuan Alumni sekolah
menerangkan kecanggihan persekolahan zaman kini
Perubahan yang paling ketara seperti dinyatakan pengucap dalam petikan di atas terletak pada ____.
umur sekolah yang menjangkau suku abad
penggunaan komputer dalam pembelajaran
kemampuan pelajarnya menghadapi cabaran
keadaan fizikal dan kemudahan di sekolahnya
Penulis menyatakan bahawa harapannya hampir menjadi kenyataan kerana _____.
sentiasa cemerlang dalam akademik
telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi
sangat terkenal dalam bidang sukan dan permainan
melahirkan ramai cerdik pandai dalam pelbagai bidang
Pernyataan paling menyakinkan tentang pengucap dalam petikan di atas ialah beliau _____
mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat
pelajar sulung yang pernah belajar di sekolah ini
salah seorang guru yang bertugas di sekolah ini
penduduk yang menetap di kawasan ini
