WorksheetsPemahaman 5
Total questions: 2
Worksheet time: 34mins
Farhana akan bermain futsal dengan rakan-rakannya di gelanggang futsal berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Mereka memakai pakaian sukan yang sesuai untuk bermain futsal. Hal yang demikian kerana mereka dapat bermain futsal dengan selesa dan selamat.
Farhana dan rakan-rakannya memakai kasut yang bertapak rata untuk mengelakkan kecederaan pada kaki. Tambahan pula, kasut yang bertapak rata lebih kuat cengkamannya. Selain itu, mereka juga memakai pad kaki yang dapat melindungi tulang kering daripada cedera sekiranya terjatuh semasa bermain futsal.
Sebelum bermain futsal, Farhana dan rakan-rakannya melakukan aktiviti memanaskan badan. Aktiviti memanaskan badan ini bertujuan untuk meregangkan otot dan mengelakkan kekejangan otot semasa bermain futisal. Mereka juga minum air masak secukupnya untuk mengelakkan penghidratan.
Farhana selaku ketua pasukan berpesan kepada rakan-rakannya supaya tidak memegang, menolak atau menerjah pemain lawan ketika bermain futsal. Tindakan seperti itu boleh menyebabkan para pemain jatuh atau mengalami kecederaan. Dia meminta rakan-rakannya bermain dengan berhemat demi keselamatan semua pemain.
Farhana dan rakan-rakannya gemar bermain futsal kerana permainan ini dapat mencergaskan tubuh mereka. Melalui permainan ini juga, mereka dapat mengeratkan silaturahim antara mereka.
Farhana dan rakan-rakannya memakai kasut bertapak rata untuk _____.
bermain dengan selesa dan selamat
mengelakkan kecederaan pada kaki
menguatkan cengkaman
mengelakkan tulang kering cedera
Perkara yang perlu dilakukan sebelum bermain futsal adalah seperti di bawah, kecuali ______.
memakai pakaian sukan yang sesuai
memanaskan badan
mendengar pesanan ketua pasukan
minum air masak secukupnya
Pilih pernyataan yang benar tetang petikan.
Mereka bermain di gelanggang futsal.
Pemain boleh menerjah pemain lawan.
Farhana mendengar pesanan ketua pasukan.
Otot menjadi kejang apabila melakukan aktiviti memanaskan badan.
Rangkai kata mengeratkan silaturahim dalam petikan bermaksud _____.
merenggangkan perhubungan
merapatkan perhubungan
menguatkan persahabatan
meneguhkan ikatan
Hanis murid yang rajin dan bijak. Dia mempunyai impian untuk menjadi doktor. Oleh itu, dia sentiasa berusaha dengan gigih dan tidak cepat berputus asa. Dia mahu belajar hingga menara gading demi mencapai impiannya itu apabila dewasa kelak.
Pada masa senggang, Hanis rajin mengulang kaji pelajaran. Dia juga menyertai kumpulan belajar bersama rakan-rakannya di sekolah. Jika dia tidak memahami sesuatu subjek yang dipelajarinya, dia akan bertanya dan berbincang dengan gurunya. Usaha inilah yang meningkatkan prestasinya dalam pelajaran.
Kejayaan sepupunya dalam pelajaran dijadikan pendorong dan semangat untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan. Hanis bangga kerana sepupunya sering berkongsi tip-tip belajar secara berkesan dengannya.
Keluarga Hanis amat mengambil berat tentang Hanis. Semasa cuti persekolahan, ayah dan ibu gemar membawa Hanis bercuti ke tempat-tempat yang menarik. Percutian ini dapat merehatkan minda, memberikan pengalaman baharu dan meluaskan pengetahuan Hanis.
Hanis berasa sungguh gembira kerana keluarganya sangat memahaminya. Dia berjanji akan berusaha dengan tekun demi mencapai impiannya untuk menjadi doktor yang berkaliber.
Semangat Hanis untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh didorong oleh
rakan-rakan yang sering belajar bersamanya.
guru-guru yang banyak membantunya.
kejayaan sepupunya dalam pelajaran.
perhatian yang diberikan oleh ibu bapanya.
Perwatakan Hanis adalah seperti di bawah, kecuali
bijak.
tekun.
berdisiplin.
cepat berputus asa.
Selain merehatkan minda, percutian ke tempat-tempat yang menarik juga dapat
mengisi masa lapang Hanis.
memberikan kepuasan kepada Hanis.
memberikan pengalaman baharu dan meluaskan pengetahuan Hanis.
menunaikan impian Hanis untuk bergelar doktor.
Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
Hanis mahu melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti.
Hanis menyertai kumpulan belajar dengan gurunya.
Sepupunya ialah seorang doktor.
Hanis seorang yang pendiam dan pemalu.
