WorksheetsPemahaman 10
Total questions: 2
Worksheet time: 34mins
Kuala Lumpur City Centre (KLCC), terletak di suatu kawasan yang menjadi tarikan pengunjung dari dalam negara dan luar negeri. Keindahan KLCC bukan sahaja terletak pada seni binanya yang unik tetapi juga pada persekitarannya yang indah.
KLCC turut menawarkan kemudahan rekreasi secara percuma kepada warga kota untuk meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga tanpa perlu mengeluarkan banyak belanja. Di KLCC terdapat sebuah taman rekreasi yang luas. Seperti taman-taman lain di Bandar Raya Kuala Lumpur, Taman KLCC menjanjikan kepuasan kepada para pengunjungnya. Taman ini sesuai untuk seisi keluarga bersantai. Keindahan taman diserikan dengan landskap yang menarik serta memberikan suasana yang redup dan damai.
Di taman KLCC terdapat sebuah taman permainan untuk kanak-kanak bersuka ria. Ruang taman permainan yang luas ini turut dilengkapi alat-alat permainan yang selamat seperti buaian, gelongsor, jongkang-jongket dan lain-lain. Di sini kanak-kanak bebas menggunakan pelbagai permainan. Ibu bapa tidak perlu berasa risau kerana semua alat permainan ini dibuat daripada plastik yang selamat. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ibu bapa sering membawa anak-anak mereka bermain di Taman KLCC pada setiap hujung minggu.
Bersebelahan dengan taman permainan kanak-kanak ini pula dibina sebuah kolam mandi untuk anak-anak bawah umur 12 tahun. Struktur kolam mandi ini pula berbentuk landai seperti pinggir pantai serta dilengkapi dengan air terjun dan air pancuran untuk membilas badan. Walaupun paras airnya tidak begitu dalam, tetapi kolam mandi ini senantiasa diawasi oleh pengawal keselamatan.
Selain itu, trek joging, Taman Simfoni dan pusat beli-belah Suria KLCC turut dibina untuk kemudahan orang ramai. Ternyatalah kemudahan yang disediakan ini mampu memberikan kepuasan kepada warga kota yang inginkan pusat perkelahan yang berdekatan dan selamat.
Kata bersantai dalam petikan ini sama ertinya dengan kata
berselera.
beriadah.
bermain.
berseronok.
Mengapakah ibu bapa tidak perlu risau akan keselamatan ketika anak-anak mereka bermain?
Anak-anak mereka diawasi oleh pengawal keselamatan.
Terdapat pelbagai piihan alat permainan.
Ruang taman permainan itu sangat luas.
Alat-alat permainan itu dibuat daripada bahan yang tidak berbahaya.
Tujuan pengawa keselamatan mengawasi kolam mandi adalah untuk
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
memastikan kanak-kanak bermain dengan riang.
menjaga kebersihan kolam mandi.
menghalang orang dewasa mandi-mandi di situ.
Semua kemudahan yang berikut disediakan kepada pengunjung di Taman KLCC, kecuali
trek joging.
kolam mandi.
pusat kesihatan.
pusat beli-belah.
Rizal menjadi anak yatim piatu setelah ibu bapanya ditimpa kemalangan. semenjak itu, Rizal tinggal bersama dengan neneknya. Nenek Rizal menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Kini, Rizal sudah berumur 12 tahun. Namun, neneknya masih bekerja keras untuk mencari rezeki bagi menyara Rizal. Rizal pergi ke sekolah dengan menunggang basikal bersama-sama rakan-rakan sekampung. Nenek akan menyediakan sarapan untuk Rizal sebelum dia pergi ke sekolah seperti nasi goreng atau lempeng kelapa kegemarannya.
Pada suatu hari, nenek Rizal demam teruk. Rizal tidak sampai hati untuk meninggalkan neneknya seorang diri di rumah. Namun, nenek mendesak Rizal pergi ke sekolah kerana pelajaran sangat penting.
Semasa sedang belajar, Rizal dipanggil ke pejabat oleh guru kelasnya secara tiba-tiba. Rizal berasa amat terkejut kerana jirannya, Pak Haikal turut berada di situ semasa dia sampai di pejabat. Pak Haikal membawa Rizal pulang ke rumah dengan motosikal. Rizal dapat mengagak sesuatu yang buruk telah berlaku pada neneknya.
Sesampainya di rumah, Rizal mendapati neneknya telah meninggal duni. Rizal sangat sedih kerana dia tidak ada tempat mengadu lagi. Rizal menangis teresak-esak.
Bagaimanakah Rizal pergi ke sekolah?
Menaiki bas sekolah.
Menunggang basikal.
Membonceng motosikal.
Berjalan kaki.
Apakah makanan kegemaran Rizal?
Lepat pisang
Lempeng kelapa
Mi goreng
Nasi lemak
Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.
Guru kelas membawa Rizal pulang ke rumah dengan motosikal.
Rizal amat disayangi oleh neneknya.
Pak Haikal ialah jiran Rizal.
Rizal belajar dalam tahun enam ketika neneknya meninggal dunia.
Rangkai kata anak yatim dalam petikan bermaksud _____.
anak yang kematian bapa
anak yang disayangi
anak yang kematian ibu
anak yang kematian ibu bapa
