WorksheetsT4-B4-4.6 Teknologi hijau dan kehidupan
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah yang dimaksudkan dengan jejak kaki karbon?
Jumlah gas rumah hijau, iaitu karbon dioksida yang dibebaskan daripada aktiviti-aktiviti manusia
Impak positif terhadap kelestarian alam
Jumlah gas oksigen yang dibebaskan daripada aktiviti-aktiviti manusia
Jumlah gas karbon dioksida yang diserap daripada aktiviti-aktiviti manusia
Antara aktiviti manusia berikut, yang manakah akan meningkatkan jejak kaki karbon?
Pembakaran terbuka
Penggunaan bateri yang boleh dicas semula
Kitar semula produk
Penggunaan tenaga elektrik daripada stesen jana kuasa seperti stesen jana kuasa hidroelektrik yang menggunakan sumber tenaga boleh baharu
Manakah yang berikut ialah satu aplikasi bagi Teknologi Hijau?
Kenderaan elektrik
Guna bahan api fosil
Guna baja kimia untuk mnambahkan nutrien dalam tanah
Gunakan pestisid untuk mengawal populasi haiwan perosak
Antara berikut, yang manakah mengurangkan pembebasan karbon dioksida ke dalam atmosfera?
Penguraian organisma mati
Fotosintesis bagi tumbuhan
Respirasi bagi organisma hidup
Pembakaran bahan api fosil
Bahan buangan haiwan digunakan dalam Teknologi Hijau untuk menghasilkan satu bahan berguna X? Apakah X?
Bahan api biojisim
Detergen terbiodegradasi
Gas helium
Kertas
Bahan buangan tumbuhan digunakan dalam Teknologi Hijau untuk menghasilkan satu bahan berguna M? Apakah M?
Bahan api biojisim
Gas asli mampat
Biodiesel
Hidrogen
Antara pernyataan berikut, yang manakah berkaitan dengan plastic sebagai satu bahan pencemar yang dapat menjejaskan kelestarian alam sekitar?
Proses penguraian plastic menghasilkan gas rumah hijau
Plastik biasanya dimusnahkan dengan pembakaran yang menghasilkan gas toksik
Plastik tidak dapat diuraikan oleh mikroorganisma dalam tempoh beratus-ratus tahun
Plastik boleh menyebabkan kepupusan penyu kerana tersilap makan
Antara pernyataan berikut, yang manakah merupakan tujuan utama bangunan hijau?
Mengurangkan penggunaan air
Mengurankan bahan kayu dalam pembinaannya
Kitar semula air sisa untuk tanaman
Mengurangkan penggunaan tenaga untuk memanaskan (sewaktu musim sejuk) atau menyejukkan (sewaktu musim panas) ruang rumah
Kaji pernyataan di bawah.
“Walaupun hanya berbeza beberapa darjah sahaja, namun itu sudah pun sangat serius, tetapikita boleh menyesuaikan diri. Hakikatnya, proses pemanasan mungkin berlarutan dan menjadi tidak stabil. Kita mungkin akan hidup bagaikan berada di atas permukaan planet Zuhrah, diselubungi oleh awan dan suhu permukaan yang mencecah 400oC. Sudah terlambat jika kita menunggu sehingga kesan-kesan pemanasan global semakin nyata. Kita perlu bertindak segera untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida.”
- Profesor Stephen Hawking
Antara berikut, langkah manakah yang dapat dilakukan bagi menangani fenomena ini?
Penggunaan bahan api bio menggantikan bahan api fosil
Memasang pendingin hawa menggantikan kipas
Meningkatkan penggunaan kapal terbang sebagai medium pengangkutan
D
Meneroka lebih banyak hutan bagi membina empangan
Keratan akhbar menunjukkan suatu fenomena pemanasan global.
Antara berikut, yang manakah punca fenomena tersebut?
Pelepasan sisa kimia dan kumbahan ke sungai dan laut
Menanam semula pokok
Penghasilan gas karbon dioksida dan karbon monoksida yang tidak terkawal
Pembentukan hujan asid
