Font size
WorksheetsUlang kaji 1
Total questions: 2
Worksheet time: 46mins
Chong Wei: Navin, mengapa awak termenung sahaja?
Navin: Chong Wei, terkejut saya. Sebenarnya, nenek saya sakit. Beliau diserang angin ahmar.
Chong Wei: Oh, itu rupanya! Awak jangan risau. Saya tahu bagaimana hendak membantu.
Navin: Betulkah Chong Wei? Awak jangan permainkan saya. Tapi, bagaimana dengan kos rawatan itu? Di mana saya hendak mencarinya?
Chong Wei: Saya tidak permainkan awak. Pernah awak dengar tentang rawatan akupuntur?
Navin: Akupuntur?
Chong Wei: Benar, akupuntur ialah sejenis rawatan tradisional di negara China kira-kira 2500 tahun dahulu. Rawatan ini amat popular dalamkalangan masyarakat Cina. Akupuntur boleh menyembuhkan selesema, gastrik, sakit kepala dan lain-lain lagi.
Navin: Oh, fahamlah saya. Tetapi keluarga saya miskin. Kami tidak mampu untuk membiayai rawatan sebegitu.
Chong Wei: Jangan bimbang. Datuk saya seorang tabib Cina yang mahir tentang rawatan akupuntur. Saya akan minta beliau membantu nenek kamu. Datuk saya bukan mata duitan. Beliau tentu akan menolong nenek kamu secara percuma.
Navin: Terima kasih, Chong Wei. Bilakah kita boleh berjumpa datuk kamu bagi menerangkan keadaan sebenar?
Chong Wei: Usah bimbang perkara itu. Biar saya sahaja jelaskan.Eh, loceng sudah berbunyi! Mari kita masuk ke kelas dahulu. Balik nanti, saya akan terus ke rumah datuk saya.
Navin: Baiklah. Mari kita ke kelas.
Di manakah perbualan ini berlangsung?
Rumah
Sekolah
Pejabat
Tepi jalan
Apakah penyakit yang dihidapi oleh nenek Navin?
Gastrik
Selesema
Sakit kepala
Angin ahmar
Pernyataan berikut terdapat dalam petikan, kecuali
Bapa Chong Wei seorang tabib Cina.
Akupuntur ialah sehenis rawatan tradisional.
Nenek Navin menghidap penyakit angin ahmar.
Chong Wei akan memberitahu datuknya selepas balik dari sekolah.
Berdasarkan petikan, apakah yang dimaksudkan dalam frasa membiayai rawatan sebegitu?
Merawat penyakit.
Bayar kos perubatan.
Mencari punca rawatan.
Cara menyembuh penyakit.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
Fenomena jerebu sering kali berlaku di Malaysia. Biasanya, jerebu berpunca daripada pembakaran secara terbuka dan asap daripada kilang serta kenderaan. Fenomena ini memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan manusia. Hal ini demikian kerana jerebu mengandungi beberapa jenis gas yang menjejaskan kesihatan kita seperti karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida.
Gas-gas tersebut beracun dan tidak berwarna. Apabila kita terdedah kepada gas-gas tersebut, kita akan mengalami sesak nafas dan sakit dada. Selain itu, mata juga terasa pedih dan berair. Malahan, kita akan batuk-batuk dan terasa gatal-gatal pada bahagian kerongkong.
Kualiti udara akibat jerebu dapat dinbilai melalui Indeks Pencemaran Udara (IPU). Terdapat beberapa bacaan yang dapat dijadikan panduan untuk mengetahui status kualiti udara. Sekiranya nilai IPU dari 0 hingga 50, status kualiti adalah baik. Jika nilai IPU dari 51 hingga 100 pula, kualiti udara berada pada tahap sederhana.
Manakala nilai IPU dari 101 hingga 200 dan 201 hingga 300 masing-masing menunjukkan tahap yang tidak sihat dan sangat tidak sihat. Status kualiti udara tahap bahaya pula dapat dikesan jika nilai IPU adalah antara 310 hingga 500.
Dalam situasi ini, orang ramai hendaklah sentiasa memakai penutup hidung apabila keluar dari rumah. Di samping itu, mereka dinasihatkan supaya sentiasa minum air yang banyak. Hal ini demikian kerana keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan bahaya kepada masyarakat terutama sekali kepada golongan kanak-kanak, orang tua, pesakit asma, radang paru-paru, jantung dan bronkitis serta perokok.
Apakah faktor utama terjadinya jerebu?
Pembebasan gas-gas beracun di udara.
Asap daripada rokok, kilang dan kenderaan.
Pembakaran secara terbuka dan asap daripada rokok.
Pembakaran secara terbuka, asap daripada kilang dan kenderaan.
Pendedahan kepada fenomena jerebu akan menyebabkan ....
sesak nafas, mata berair dan batuk-batuk.
sakit dada, hidung berair dan batuk-batuk.
mata pedih, sakit dada dan gatal-gatal di bahagian mata.
batuk-batuk, sesak nafas dan gatal-gatal di bahagian hidung.
Bagaimanakah kita hendak melindungi diri daripada bahaya fenomena jerebu?
Sentiasa minum air dengan kerap.
Tidak menghidu gas-gas beracun.
Memakai penutup hidung apabila keluar dari rumah.
Mengelakkan diri daripada golongan yang berisiko tinggi.
Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
Nilai IPU dari 201 hingga 300 menunjukkan kualiti air yang tidak sihat.
Orang ramai yang minum air dengan banyak tidak akan terdedah kepada bahaya jerebu.
Gas karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida ialah gas tidak beracun.
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan bahaya kepada pesakit asma.
