Font size
WorksheetsUlang Kaji 2
Total questions: 2
Worksheet time: 46mins
Menemui Saudara Syafik yang kini berada di Tuaran, Sabah. Semoga saudara dalam keadaan sihat sejahtera.
Saudara,
Surat saudara bertarikh 20 Mei 2024 telah saya terima. Terima kasih saya ucapkan, Namun begitu, saya memohon maaf kerana kelewatan membalas surat saudara. Sebenarnya sudah lama saya menerima surat saudara, iaitu lima hari selepas surat itu ditulis. Pada minggu itu, saya terlalu sibuk dengan kerja kursus. Kemudian, saya terlibat dengan program motivasi yang dijalankan di pusat rekreasi Pantai Morib, Sepang, Selangor.
Motivasi yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling kolej saya merupakan satu daripada pelbagai usaha pihak kolej untuk menarik minat dan memberi galakan kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh agar mencapai kecemerlangan dalam akademik. Seramai 130 orang pelajar dan 18 orang pensyarah terlibat dengan program tersebut.
Saya sungguh tertarik dengan Kempen Menabung Syiling Lima Sen yang dilancarkan oleh kolej saudara. Bukan itu sahaja, langkah pihak kolej saudara yang menggalakkan pelajar membawa bekalan makanan ke kolej juga telah menyebabkan saya terdorong untuk berbuat demikian. Langkah itu patut kita teladani kerana dapat melatih kita mengamalkan cara hidup berjimat-cermat.
Untuk pengetahuan saudara, kampung saya telah dikunjungi oleh 25 orang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka menjalankan Projek Khidmat Masyarakat selama dua minggu. Saya rasa bertuah kerana mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman semasa terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan. Ini menambahkan semangat saya untuk mengikut jejak langkah mereka ke menara gading. Program tersebut berakhir pada 25 Mei 2024.
Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk tatapan saudara. Sehingga kita berjumpa lagi. Salam mesra kepada saudara keluarga.
Sahabatmu,
Amirul
Apakah aktiviti yang dijalankan di kolej Syafik?
Program Khidmat Masyarakat
Program Motivasi UPSR
Kempen Menabung
Kempen Menabung Syiling Lima Sen
Mengapakah Amirul memohon maaf daripada sahabatnya itu?
Agak lambat membalas surat Syafik.
Tidak bertanya khabar tentang rakannya itu.
Terlalu lama menyimpan surat Syafik.
Tidak membalas surat Syafik.
Semua pernyataan berikut adalah benar tentang isi surat tersebut kecuali
Amirul menyokong Program Khidmat Masyarakat.
Amirul menyokong langkah berjimat cermat membawa bekalan ke kolej.
Amirul bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Semua peserta menaiki bas semasa mengikuti program motivasi.
Dalam petikan, menara gading bermaksud ____.
madrasah
maktab
universiti
sekolah
Terdapat tiga jenis pencemaran alam sekitar. Pencemaran itu ialah pencemaran air, pencemaran udara dan pencemaran bunyi.
Pencemaran air berlaku disebabkan pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Air sungai akan menjadi kotor dan beracun. Hidupan sungai seperti ikan dan tumbuh-tumbuhan akan mati.
Pencemaran udara pula berlaku disebabkan oleh pelepasan asap kenderaan dan kilang. Asap yang dikeluarkan ini mengandungi racun. Kesannya, boleh membahayakan kesihatan kita.
Pencemaran bunyi berlaku daripada kilang dan kenderaan. Bunyi yang kuat boleh menjejaskan pendengaran kita.
Apakah yang menyebabkan pencemaran air?
Pembuangan sampah sarap.
Asap daripada kenderaan.
Asap daripada kilang.
Bunyi kenderaan.
Yang berikut adalah jenis-jenis pencemaran, kecuali
pencemaran manusia
pencemaran air
pencemaran udara
pencemaran bunyi
Apakah yang akan berlaku jika sungai tercemar?
Kenderaan akan rosak.
Ikan akan mati.
Telinga akan pekak.
Pernafasan akan terganggu.
Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan sungai?
Kerana sungai sedikit.
Supaya ikan mati.
Supaya sungai terpelihara.
Agar pokok hidup subur.
