WorksheetsUlang Kaji 3
Total questions: 2
Worksheet time: 49mins
Zhafree pelajar semester dua, berusia 20 tahun telah berjaya menjadi juara dalam kejohanan 'Formula Futur' di Itali baru-baru ini. Beliau sangat seronok kerana dapat mengharumkan nama Malaysia ke peringkat dunia.
Beliau dapat tunjuk ajar daripada Syed Abdul Hamid. Setiap hari dari jam 4.00 hingga 6.30 petang, Zhafree akan menjalani latihan di Kuala Ibai. Walaupun sibuk dengan latiha, Zhafree tidak pernah melupakan pelajarannya.
Zhafree bukan sahaja berjaya dalam bidang sukan bot laju tetapi juga beliau adalah salah seorang pelajar yang cemerlang di kolejnya.
Apakah kejayaan Zhafree?
Menjadi pelajar kesayangan Syed Abdul Hamid.
Menjadi juara di dalam kejohanan 'Formula Future'.
Menjadi pelajar terbaik di dunia.
Menjadi pelajar terbaik di kolejnya.
Di manakah kejohanan itu berlangsung?
Kuala Ibai
Malaysia
Kampung
Itali
Berapakah umur Zhafree?
Tujuh tahun
Sembilan belas tahun
Dua puluh tahun
Dua tahun
Berapakah jumlah masa Zhafree berlatih dalam sehari?
Dua jam setengah
Satu jam
Empat jam
Dua jam
Siapakah jurulatih Zhafree?
Syed Abdul Hamid
Syed
Syed Halim
Abdul Hamid
Menemui sahabatku Aina yang berada di Gurun, Kedah semoga sihat hendaknya.
Saudari,
Terima kasih saya ucapkan kerana mengirim surat kepada saya. Surat saudari telah saya terima seminggu yang lalu. Saya amat tertarik mendengar cerita percutian saudari di Pulau Pangkor.
Pada cuti semester yang lalu, kolej saya telah mengadakan lawatan ke Terengganu. Saya dan rakan-rakan berpeluang menyertai lawatan tersebut. Kami berada di sana selama empat hari tiga malam. Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak kolej.
Semasa berada di sana, banyak tempat yang kami lawati seperti Rantau Abang, Air Terjun Sekayu dan Masjid Negeri. Kami juga berpeluang melihat perusahaan membuat batik dan tembaga.
Sebelum pulang, kami sempat membeli cenderamata sebagai buah tangan untuk keluarga. Saya berasa seronok dapat melawat Terengganu.
Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan. Salam daripada saya khas untuk saudari sekeluarga.
Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Fatin Azura
Di manakah Aina tinggal?
Sungai Petani
Terengganu
Johor Bahru
Gurun
Bilakah Fatin Azura menerima surat Aina?
Seminggu yang lalu
Empat hari yang lalu
Sebulan yang lalu
Semalam
Perkataan menginap dalam petikan bermaksud ....
sewa
tinggal
berehat
berkumpul
Berikut merupakan tempat yang dilawati oleh rombonga tersebut kecuali
Batu Rakit
Air Terjun Sekayu
Tempat perusahaan batik
Rantau Abang
Apakah yang dibawa pulang oleh penulis dari Terengganu?
Keropok lekor
Cenderamata
Telur penyu
Kain batik
