Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulang Kaji 9

Total questions: 2

Worksheet time: 48mins

Name
Class
Date
1-4.

Pada hari Ahad yang lalu, Zakuan dan kawan-kawannya mahu bermain bola sepak di padang sekolah yang tidak jauh dari rumahnya. Mereka bermain bola sepak pada pukul 5.00 petang. Mereka meminta izin daripada pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal sebelum bermain bola sepak.

Semasa Zakuan dan kawan-kawannya menongkatkan basikal di garaj, mereka terdengar bunyi yang agak pelik. Bunyi itu kedengaran seperti orang sedang mengumpil sesuatu. Zakuan dan kawan-kawannya pergi ke arah bunyi tersebut dengan berhati-hati. Mereka berasa amat terkejut kerana ternampak dua lembaga sedang mengumpil peti sumbangan derma di dalam surau sekolah mereka.

Zakuan dan kawan-kawannya segera berpecah kepada dua kumpulan. Zakuan dan Azlan mencari pengawal keselamatan manakala Sulaiman dan Rafiq memerhatikan lembaga-lembaga tersebut. Tiba-tiba lembaga tersebut ternampak Zakuan dan Azlan yang sedang berjalan terhendap-hendap. Mereka segera mengejar Zakuan dan Azlan. Zakuan dan Azlan berlari sekuat hati ke arah pondok pengawal sambil menjeri meminta tolong.

Jeritan mereka berdua didengari oleh dua orang polis bermotosikal yang kebetulan meronda di situ. Polis-polis itu segera menghampiri Zakuan dan Azlan tetapi lembaga-lembaga tersebut pula membuka langkah seribu. Akhirnya, dua orang polis itu berjaya memberkas lembaga-lembaga tersebut dengan bantuan pengawal keselamatan. Zakuan dan kawan-kawannya bersyukur kerana peti sumbangan derma itu tidak sempat diumpil.

1.

Di manakah rumah Zakuan?

a)

Di tepi sekolah.

b)

Di hadapan sekolah.

c)

Di seberang sekolah.

d)

Tidak jauh daripada sekolah.

2.

Apakah yang sedang dilakukan oleh lembaga-lembaga tersebut?

a)

Sedang sembahyang.

b)

Sedang membersihkan surau.

c)

Sedang mengambil air.

d)

Sedang memecahkan peti sumbangan.

3.

Pada pendapat kamu, mengapakah Zakuan dan kawan-kawannya berpecah kepada dua kumpulan?

a)

Untuk memastikan lembaga-lembaga itu tertangkap.

b)

Untuk memerangkap lembaga-lembaga itu.

c)

Untuk membantu lembaga-lembaga itu.

d)

Untuk menakut-nakutkan lembaga-lembaga itu.

4.

Simpulan bahasa membuka langkah seribu dalam petikan bermaksud .....

a)

Berlari-lari anak

b)

Berlari setempat

c)

Berlari sekuat hati

d)

Berlari perlahan

5-9.

Cikgu Amir ketawa melihat hadiah yang diterima oleh Cikgu Yan. Cikgu Yan tidak menghiraukan lalu mengambil sepucuk surat yang terjatuh di atas bingkai gambar.

"Eh, tadi Cikgu Amir ketawa! Kenapa Cikgu Yan menangis pula?" Cikgu Arifin kehairanan lalu mencapai surat yang dibaca Cikgu Yan. Cikgu Arifin yang selesai membaca surat itu merenungi hadiah yang terletak bersebelahan dengan sehelai tudung sutera. "Oh, inilah hadiah yang paling murni! Hadiah yang ikhlas dan jujur. Lebih baik daripada hadiah yang mahal-mahal itu jika untuk bermuka-muka,"

Cikgu Halimah juga turut terharu apabila membaca surat itu. "Cikgu Yan...," kata Guru Besar. "Terimalah hadiah yang ikhlas dan jujur daripada murid cikgu tu. Saya rasa kita patut membantunya."

"Khairul murid yang baik, cikgu. Saya pernah melawat rumahnya. Dia memang miskin, tetapi ibunya sangat bertanggungjawab. Pakaian sekolahnya sentiasa bersih. Ayahnya pula urang sihat. Khairul tu, faham pula dengan keadaan hidupnya. Sepulang dari sekolah, dia ke kebun yang sekangkang kera di belakang rumah."

"Oh, kalau begitu dia patut mendapat bantuan dari sekolah kita!" kata Cikgu Halimah. "Saya ingin jadikan dia anak angkat saya, cikgu," Cikgu Halimah merenung Cikgu Yan sambil tersenyum. "Hmm, memang baik begitu! Sempena Hari Guru pada tahun ini sepatutnya ada sesuatu kebaikan yang kita lakukan," syor Cikgu Halimah.

"Kami juga akan menuruti jejek Cikgu Yan," ujar Cikgu Arifin.

"Cikgu Yan, maafkan saya kerana menyinggung perasaan cikgu tadi," kata Cikgu Amir. Cikgu Yan tersenyum sambil memandang terung dan kacang panjang yang diterimanya.

Hari itu, Cikgu Yan pulang dengan suatu tekad. Beliau akan membantu persekolahan Khairul.

5.

Apakah hadiah yang diberikan oleh Khairul kepada Cikgu Yan?

a)

Bingkai gambar

b)

Tudung sutera

c)

Kad ucapan

d)

Terung dan kacang panjang.

6.

Mengapakah Cikgu Yan menangis?

a)

Khairul menjadi anak angkat Cikgu Halimah.

b)

Terharu menerima hadiah daripada Khairul.

c)

Tersinggung dengan sikap Cikgu Arifin.

d)

Gembira akan keprihatinan Guru Besar.

7.

Khairul dan keluarganya menampung hidup dengan .....

a)

bantuan daripada Guru Besar dan pihak sekolah

b)

bantuan daripada keluarga angkatnya

c)

pendapatan ibunya sebagai pencuci pakaian

d)

hasil bercucuk tanam

8.

Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.

a)

Ayah Khairul sedang sakit.

b)

Cikgu Yan pernah melawat rumah Khairul.

c)

Guru Besar mengambil Khairul sebagai anak angkatnya.

d)

Cikgu Amir memohon maaf daripada Cikgu Yan.

9.

Maksud frasa suatu tekad dalam petikan ialah ....

a)

bercita-cita

b)

hanya satu keazaman

c)

berhasrat tinggi

d)

senang hati