wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 3

Total questions: 25

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan penyataan benar tentang konsep insan dalam Islam KECUALI?

i. Insan berasal dari perkataan "nasia" bermaksud lupa atau jiwa

ii. Manusia dipertanggungjawabkan dengan dua peranan iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah

iii. Manusia pertama adalah Nabi Adam AS yang diciptakan daripada air mani

iv. Keturunan Nabi Adam AS telah diciptakan dari pencampuran air mani dan melalui pelbagai peringkat

a)

ii dan iii

b)

ii dan iv

c)

i, ii dan iii

d)

i, ii dan iv

2.

Manusia diciptakan daripada unsur?

a)

Air mani dan tanah

b)

Jasmani dan rohani

c)

Jasmani dan air mani

d)

Rohani dan tanah

3.

Manakah antara berikut merupakan peringkat kejadian manusia menurut Islam?

a)

Nutfah, 'Alaqah, Mudghah, 'Izham dan Lahm serta Nasy'ah Khalqan Akhar

b)

Nutfah, Mudghah, 'Alaqah, 'Izham dan Lahm dan Nasy'ah Khalqan Akhar

c)

Nutfah, 'Alaqah, Mudghah, Nasy'ah Khalqan Akhar 'Izham dan Lahm.

d)

Nutfah, 'Alaqah, Nasy'ah Khalqan Akhar, Mudghah serta Izham dan Lahm.

4.

Yang berikut merupakan tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah KECUALI?

a)

Mengabdikan diri kepada Allah SWT

b)

Bersuka-ria dengan hal-hal keduniaan

c)

Memelihara diri dan keluarga daripada azab neraka

d)

Melaksanakan amar makruf nahi mungkar

5.

Pilih kenyataan yang benar berkaitan dengan tugas manusia sebagai Khalifah.

i. Melaksanakan ibadah khusus

ii. Berbangga dengan kemewahan yang ada

iii. Memakmurkan alam

iv. Membina keluarga, masyarakat dan negara

a)

i, ii dan iii

b)

ii dan iii

c)

i, iii dan iv

d)

i, ii dan iii

6.

Berikut merupakan persiapan sebagai seorang Khalifah KECUALI?

a)

Rupa paras yang menawan

b)

Ilmu dan kepakaran

c)

Akidah yang mantap

d)

Kekuatan hubungan persaudaraan

7.

Terdapat istilah yang telah digunakan oleh Allah dalam al-Quran untuk merujuk kepada manusia. Kesemua istilah tersebut ada dibawah melainkan?

a)

al-Insan

b)

al-Nas

c)

al-Basyar

d)

Manusia

8.

Akal manusia dapat melakukan perkara seperti berikut kecuali

a)

Merekacipta sesuatu

b)

memikirkan perkara ghaib

c)

membezakan antara perkara buruk dan baik

d)

membezakan antara kebenaran dengan kebatilan.

9.

Perbezaan antara manusia dan makhluk Allah swt yang lain?

a)

Hawa nafsu

b)

pancaindera

c)

fizikal

d)

Akal fikiran

10.

Ketika usia berapa Allah tiupkan roh ke dalam jasad janin?

a)

4 bulan

b)

3 bulan

c)

2 1/2 bulan

d)

7 bulan

11.

Yang membezakan taraf manusia disisi Allah SWT

a)

Akal yang sempurna

b)

Berasal daripada tanah

c)

Keturunan nabi Adam a.s

d)

Ketakwaan kepada Allah SWT

12.

Apakah matlamat utama Allah menyebutkan bahawa manusia diciptakan daripada setitis air mani yang hina?

a)

Supaya dia sedar kedudukan dirinya dan tidak sombong

b)

Supaya dia tahu asal usul kejadiannya

c)

Supaya dia belajar sains dengan lebih tekun lagi

d)

Supaya dia dapat menggunakan hujah ini apabila berdebat

13.

Manusia mempunyai nafsu. Ada 3 tingkatan nafsu. Nafsu paling tinggi darjatnya adalah

a)

Nafsu Amarah

b)

Nafsu Lawwamah

c)

Nafsu Mutmainnah

d)

Nafsu Serakah

14.

Allah memberikan akal kepada manusia. Apakah antara fungsi akal menurut agama Islam?

a)

Digunakan untuk merencana hukum lain selain hukum Allah

b)

Digunakan untuk memastikan hukum Allah dilaksana dengan sempurna

c)

Digunakan untuk berfikir tentang pelbagai perkara misteri dan mistik alam ini.

d)

Digunakan untuk membezakan perkara yang baik dan buruk

15.

Pembinaan Peradaban Islam memerlukan ________ yang hanya benar-benar dapat dibangunkan menerusi pembangunan ________.

a)

1.Pembangunan Insan

2.Kerohanian

b)

1.Pembangunan Bangunan

2.Ekonomi

c)

1.Pembangunan Insan

2.Sukan

d)

1.Pembangunan Islam

2.Masjid

16.

Adakah pembangunan kebendaan juga diperlukan dalam pembangunan Insan. Mengapa?

a)

Ya. Ia penting kerana tanpanya manusia tidak boleh berbuat apa-apa.

b)

Tidak. Ia dipenuhi pelbagai tipudaya dan merupakan produk Barat

c)

Ya. Ia boleh dimanfaatkan selagi mana ia digunakan dengan betul.

d)

Tidak. Ia hanya akan menyebabkan manusia lalai dan ingkar kepada Allah

17.

Sistem pendidikan, perundangan, ekonomi, politik, sosial, kebudayaan,dan sebagainya disusun dan digerakkan bagi tujuan mencapai matlamat pembangunan insan. Kesemua sistem ini wujud dalam?

a)

Tamadun Islam

b)

Tamadun Barat

c)

Syariat Islam

d)

Akidah Islam

18.

Manusia hanya dapat membangunkan dirinya untuk mencapai matlamat penciptaan dirinya sebagai Hamba & Khalifah melalui perkara berikut KECUALI:

a)

Negara yang aman

b)

Ilmu yang benar

c)

Amal yang ikhlas

d)

Iman yang mantap

19.
manusia terdiri daripada:
a)
roh
b)
jasad
c)
roh dan jasad
d)
tanah
20.
yang manakah sifat jiwa?
a)
 al-Lawwaamah
b)
al-mutmainnah
c)
al-ammaarah bi as-suu'
d)
semua diatas
21.
kita perlu bermujahadah untuk mendapatkan jiwa ini
a)
al-mutmainnah
b)
al-Lawwaamah
c)
al-ammaarah bi as-suu'
22.

Apakah maksud al-Hurriyyah?

a)

Kebebasan tanpa batas dan tanpa had

b)

Kebebasan untuk memilih dalam ruang yang dibenarkan

c)

Tiada kongkongan dan paksaan dalam melakukan apa sahaja

d)

Keterbukaan untuk menerima apa sahaja

23.

Apakah yang dimaksudkan dengan al-Musawah?

a)

Manusia semuanya sama di sisi Allah

b)

Manusia adalah berbeza pangkat dan status

c)

Manusia adalah sama sahaja dengan haiwan

d)

Manusia semuanya sama di sisi manusia

24.

Prinsip al-Musawah menuntut setiap manusia tanpa mengira pangkat dan jawatan untuk...

a)

bertanggungjawab menurut kehendak isteri

b)

bertanggungjawab mentaati undang-undang Allah

c)

bertanggungjawab membasmi kemiskinan

d)

bertanggungjawab menjalani kehidupan

25.

Apakah tafsiran yang tepat tentang "TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA"

a)

Muslim bebas untuk solat atau tidak solat

b)

Manusia diberikan kebebasan untuk memeluk Islam atau tidak

c)

Muslim tidak boleh dipaksa untuk menutup aurat

d)

Manusia tidak boleh dipaksa untuk memeluk agama Kristian