WorksheetsSEJARAH T5 K1 PPT Set 3
Total questions: 40
Worksheet time: 45mins
Maklumat berikut antara ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah X? (T4B1)
Hubungan luar
Kesejahteraan sosial
Lambang kebesaran
Kewibawaan pemerintah
Bagaimanakah rakyat menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka? (T4B1)
Menjadi pengayuh kapal perang
Memperkenalkan undang-undang
Mengutip hasil melalui sistem serah
Menjaga keamanan kawasan pegangan
Mengapakah Mikado Meiji menekankan pemodenan mengikut model Barat ketika melancarkan gerakan pemulihan Jepun? (T4B2)
Membentuk satu blok ekonomi
Menaikkan taraf hidup penduduk
Memupuk semangat cinta akan negara
Mendapatkan penghormatan negara luar
Operasi kod "D-Day" telah dilaksanakan oleh tentera Bersekutu pada bulan
Jun 1944. Apakah kejayaan operasi tersebut terhadap tentera Bersekutu? (T4B3)
Menguasai Eropah Barat
Meluaskan pengaruh golongan tentera
Melaksanakan dasar baharu ketenteraan
Membebaskan Perancis dari penaklukan Jerman
Tokoh berikut terlibat dalam kegiatan anti-Jepun di Tanah Melayu.
Bagaimanakah tokoh tersebut melakukan penentangan terhadap tentera Jepun? (T4B3)
Menubuhkan persatuan sekerja
Menyertai pasukan keselamatan
Membekalkan makanan dan senjata
Menyebarkan risalah dan propaganda
DUA cara Raja-raja Melayu menyuarakan penentangan terhadap Malayan Union ialah... (T4B4)
Menganjurkan Kongres Melayu
Menghantar surat bantahan ke London
Membawa kes ke Mahkamah Tinggi England
Membuat perjanjian dengan British
Pada 26 Jun 1946, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan British untuk menyerahkan Sabah. Mengapakah SBUB bertindak sedemikian? (T4B4)
Menyelesaikan kemelut politik
Memenuhi kepentingan British
Memajukan penduduk tempatan
Mengalami masalah pewarisan takhta
PUTERA-AMCJA mencadangkan Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apakah kandungan perlembagaan tersebut?
(T4B5)
Raja berkuasa mutlak
Kewarganegaraan yang sama
Sultan menjadi ahli Majlis Raja-Raja
Tanah Melayu dan Singapura dipisahkan
Majlis Perundangan Persekutuan diketuai Oleh Pesuruhjaya Tinggi.
Apakah DUA bidang kuasa majlis tersebut? (T4B5)
Kewangan
Kehakiman
Komunikasi
Kewarganegaraan
Apakah ideologi yang diperjuangkan oleh komunis? (T4B6)
Melaksanakan undang-undang yang tegas
Melindungi nasib golongan pertengahan
Menjadikan ekonomi milik negara
Menjaga kepentingan majikan
Mengapakah pertubuhan berikut diharamkan di bawah Undang-undang Darurat?
* Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
*Ikatan Pembela Tanah Air (PETA) (T4B6)
Menentang Jepun
Berfahaman radikal
Menyokong pentadbiran British
Berusaha menuntut kemerdekaan
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) telah mencadangkan penubuhan sebuah agensi untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu.
Apakah agensi tersebut? (T4B7)
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Maklumat berikut berkaitan usaha ke arah mencapai kemerdekaan.
- Persidangan Kebangsaan
- Konvensyen Kebangsaan Penubuhan Parti Perikatan
Bagaimanakah usaha tersebut dapat dijayakan? (T4B7)
Mengadakan Pilihan Raya Persekutuan
Mewujudkan pendidikan kebangsaan
Mengadakan kerjasama politik
Memperkenalkan Sistem Ahli
Apakah DUA kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955? (T4B8)
Sistem Ahli telah dimansuhkan
Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri
Pesuruhjaya Tinggi British tidak mempunyai kuasa
Pegawai British mewakili Majlis Negeri
Antara berikut, manakah DUA inti pati yang terdapat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957? (T4B9)
Perpaduan
Kewarganegaraan
Kedudukan agama Islam
Penubuhan parti politik
Tokoh berikut memberikan komitmen yang tinggi dalam menghadapi cabaran politik setelah Kerajaan Persekutuan mencapai kemerdekaan.
* Tunku Abdul Rahman
* Dato' Abdul Razak Hussein
Apakah cabaran tersebut? (T4B9)
Menggunakan kepakaran luar
Melantik wakil diplomat asing
Melahirkan kakitangan profesional
Menggantikan jawatan pegawai Eropah
Apakah yang menjadi panduan asas sistem perundangan negara kita? (T5B1 BTms9)
Mahkamah Atasan
Badan perundangan
Yang di-Pertuan Agong
Perlembagaan Persekutuan
Antara berikut, apakah DUA peranan rakyat bagi mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi di negara kita? (T5B1 BTms12)
Memupuk kerjasama dengan semua kaum
Melaksanakan undang-undang negara secara berkesan
Memastikan agihan sumber kekayaan negara adil
Menyokong segala usaha dan dasar kerajaan
Majlis Undangan Negeri menggubal undang-undang bagi...(T5B2 BTms26)
Negeri-negeri Selat
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Persekutuan Tanah Melayu
Asas kepada demokrasi ialah Pilihan Raya Umum 1955.
Apakah tujuan pilihan raya diadakan? (T5B2 BTms29)
Memilih pemimpin
Meminda perlembagaan
Menganggotai Dewan Negara
Mengimbangi kuasa pemerintah
Antara berikut, apakah DUA kebebasan asasi berdasarkan Perlembagaan
Persekutuan? (T5B3 BTms51)
Kebebasan beragama
Kebebasan bersuara tanpa batasan
Hak memilih ketua negara
Hak berkenaan pendidikan
Bagaimanakah sistem Raja Berperlembagaan mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan negara? (T5B3 BTms56)
Meredakan pertikaian parti politik
Mengekalkan status quo orang Melayu
Memudahkan dasar kerajaan diluluskan
Mengukuhkan pemusatan kuasa
Nyatakan DUA sebab Kerajaan Persekutuan diberikan peruntukan kuasa yang besar? (T5B4 BTms68)
Menjamin kebebasan dan hak asasi rakyat
Memastikan kestabilan dan kemajuan negara
Membentuk Kerajaan Persekutuan yang kuat
Mewujudkan semak dan imbang dalam pentadbiran
Apakah peranan Majlis Negara yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan? (T5B4 BTms81)
Mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang
Kerajaan Negeri
Membincangkan pelaksanaan dasar yang diputuskan oleh kerajaan
Melaksanakan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
Menyelaras pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan
Pemimpin berikut telah mengadakan lawatan ke Tanah Melayu sebelum pembentukan Malaysia.
* Donald Stephens
* Temenggung Jugah Anak Barieng
Apakah tujuan lawatan tersebut? (T5B5 BT98)
Menjalin kerjasama kebudayaan
Meninjau kemajuan Tanah Melayu
Menyatakan persetujuan rakyat Sabah
Menyampaikan pandangan rakyat peribumi
Apakah pendekatan yang digunakan oleh Malaysia untuk menangani konfrontasi yang dilancarkan oleh Indonesia? (T5B5 BT107)
Mengadakan siri rundingan
Melancarkan serangan balas
Mengenakan sekatan ekonomi
Memutuskan hubungan diplomatik
Konsep waadat ialah perjanjian yang dilakukan oleh Demang Lebar Daun yang mewakili golongan diperintah dengan Sang Sapurba yang mewakili golongan pemerintah. Apakah kesan wujudnya hubungan tersebut (T4B1)
Keunggulan kerajaan
Keselamatan pemerintah
Kesejahteraan terjamin
Kewujudan undang-undang
Tokoh-tokoh berikut menunjukkan kesungguhan dalam menentang penjajah pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Apakah DUA persamaan perjuangan mereka? (T4B3)
Bersifat setempat
Bekerjasama dengan British
Menuntut kemerdekaan daripada British
Mendaulatkan wilayah masing-masing
Jadual berikut menunjukkan peningkatan harga barang di Tanah Melayu dari bulan Disember 1941 hingga bulan Ogos 1945.
Mengapakah berlakunya peningkatan tersebut? (T4B4)
Pasaran gelap
Wabak penyakit
Serangan British
Kepadatan penduduk
Mengapakah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946? (T4B5)
Membantah Malayan Union
Menolak Perlembagaan rakyat
Merangka perjanjian persekutuan
Membincangkan kemerdekaan persekutuan
British melaksanakan dasar dekolonisasi yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Piagam Atlantik.
Apakah yang anda faham dengan prinsip piagam tersebut? (T4B5)
Merangka kemerdekaan
Menyeragamkan pentadbiran
Menamatkan peluasan wilayah
Mengelak berlakunya peperangan
Rajah berikut merupakan pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh British untuk membanteras kegiatan komunis.
Apakah X? (T4B6)
Senoi Praaq
Polis Hutan
Auxiliary Police
Special Constable
Maklumat berikut berkaitan Undang-Undang Darurat.
Mengapakah British berbuat demikian? (T4B6)
Menjaga keamanan
Mengeratkan hubungan kaum
Mengisytiharkan pengampunan
Mengawal pergerakan penduduk
Maklumat berikut berkaitan isu yang diselesaikan melalui Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum.
Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum bukan Melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan
Bagaimanakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum menyelesaikan isu tersebut? (T4B7)
Mengkaji sistem pendidikan yang baharu
Memindahkan orang Melayu ke kawasan bandar
Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Mewujudkan kerjasama ekonomi antara orang Melayu dan orang Cina
Antara berikut, yang manakah merupakan DUA kaedah untuk mendapat kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu? (T4B9)
Penghijrahan
Perkahwinan
Permohonan
Penguatkuasaan undang-undang
Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) telah memberi tumpuan pada sektor luar bandar. Apakah tujuan penubuhan rancangan tersebut? (T4B10)
Memajukan tahap pendidikan
Merangsang pertumbuhan ekonomi
Mengeratkan hubungan antarabangsa
Meningkatkan mutu perkhidmatan
Maklumat berikut berkaitan asas pembentukan perlembagaan negara kita.
Apakah yang boleh dikaitkan dengan maklumat tersebut? (T5B2 BTms22)
Undang-undang Adat
Undang-undang Islam
Undang-undang Inggeris
Undang-undang Negeri Melayu
Maklumat berikut berkaitan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Melayu.
Apakah kepentingan undang-undang tersebut? (T5B3 BTms39)
Menstabilkan politik
Memajukan ekonomi
Mempertahankan adat istiadat
Mengekalkan kedaulatan negeri
Pilih pasangan yang betul berkaitan dengan pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. (T5B4 BTms69 & 70)
A
B
C
D
Indonesia telah mengisytiharkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia pada 20 Januari 1963. Mengapakah Indonesia bertindak sedemikian? (T5B5 BTms106)
Kehilangan jajahan
Kedaulatan terancam
Penindasan penduduk
Pengeksploitasian ekonomi
