wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LOGIK, METAFIZIK, INSAN

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Metafizik secara etimologi ialah

a)

Alam cakerawala yang dicerap secara empirikal

b)

Di sebalik alam zahir atau melangkaui alam nyata

2.

Logik termasuk dalam kategori ilmu falsafah

a)

ontologi

b)

epistimologi

c)

Aksiologi

3.

Metafizik termasuk dalam kategori ilmu falsafah

a)

ontologi

b)

Epistimologi

c)

Aksiologi

4.

Apakah keterangan logik deduktif

a)

Premis umum kepada kesimpulan yang khusus

b)

Premis khusus kepada kesimpulan yang umum

5.

Berikut adalah contoh premis 1 logik deduktif, KECUALI:

a)

Semua manusia akan mati

b)

Zul suka makan nasi Kandar

6.

Setiap kali musim perayaan, jualan tiket bas meningkat dengan mendadak. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa musim perayaan ramai orang balik kampung menaiki kenderaan awam. Apakah jenis pemikiran logik di atas

a)

Deduktif

b)

Induktif

c)

Huristik

7.

Ilmu berkaitan eksperimen saintifik di dalam makmal juga dikenali sebagai ilmu

a)

ilham

b)

naqli

c)

empirikal

8.

Dalam situasi hujan lebat, Amin cuba menggunakan pendekatan logik "trial and error" untuk mencari jalan pintas supaya dapat sampai ke destinasi dengan cepat. Pendekatan logik apakah yang digunakan oleh Amin?

a)

Deduktif

b)

Induktif

c)

Abduksi

9.

Dah 3 hari David tak mandi kerana ketiadaan air dirumahnya. Berikut kesimpulan yang logik dengan situasi David, KECUALI:

a)

Rumah David jauh dari sumber air

b)

Rumah David berdekatan dengan air terjun

c)

David tidak membayar bil air

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan logik klasik

a)

Sama maksud dengan logik deduktif

b)

Kaedah berfikir dari khusus ke umum

11.

Berikut adalah BENAR berkaitan maksud insan, KECUALI:

a)

Lupa

b)

Lemah lembut

c)

Kekal

12.

Apakah tahap "alaqah" dalam kejadian manusia menurut al-quran

a)

Darah beku

b)

Daging yang dimamah

c)

Tulang belulang

13.

Apakah keistimewaan penciptaan manusia di muka bumi ini?

a)

Menjadi khalifah

b)

makhluk hidup yang indah

14.

Insan sejahtera ialah insan yang seimbang dari aspek (JERI) iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektualnya. Apakah yang benar mengenai emosi manusia yang seimbang?

a)

Mempunyai kekuatan fizikal yang sihat

b)

Tenang dan matang dalam tindakan

c)

Melakukan sesuatu dengan bijaksana

d)

Sentiasa patuh kepada agama

15.

Apakah maksud Agnotisme dalam sistem kepercayaan dan ketuhanan

a)

Tidak percaya kepada kewujudan Tuhan

b)

Tidak pasti tentang hakikat kewujudan Tuhan

c)

Percaya pada Tuhan yang Esa

d)

Percaya pada banyak Tuhan

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan logik induktif?

a)

Proses berfikir dari umum kepada khusus

b)

Proses berfikir dari khusus kepada umum

c)

Proses berfikir secara rawak

17.

Apakah perbezaan antara logik deduktif dan logik induktif?

a)

Logik deduktif berasaskan fakta, manakala logik induktif berasaskan hipotesis

b)

Logik deduktif berasaskan hipotesis, manakala logik induktif berasaskan fakta

c)

Logik deduktif dan logik induktif adalah sama

18.

Apakah yang dimaksudkan dengan logik falasi?

a)

Proses berfikir dari umum kepada khusus

b)

Proses berfikir dari khusus kepada umum

c)

Proses berfikir dengan logik yang salah

19.

Apakah maksud "teisme" dalam sistem kepercayaan dan ketuhanan'

a)

Percaya pada banyak Tuhan

b)

Tidak percaya kepada Tuhan

c)

Percaya adanya Tuhan

d)

Tidak pasti kewujudan Tuhan

20.

Apakah maksud "monoteisme" dalam sistem kepercayaan dan ketuhanan'

a)

Percaya pada banyak Tuhan

b)

Tidak percaya kepada Tuhan

c)

Percaya hanya pada Tuhan yang Satu

d)

Tidak pasti kewujudan Tuhan

21.

Apakah maksud "politeisme" dalam sistem kepercayaan dan ketuhanan'

a)

Percaya pada banyak Tuhan

b)

Tidak percaya kepada Tuhan

c)

Percaya hanya pada Tuhan yang Satu

d)

Tidak pasti kewujudan Tuhan

22.

Apakah maksud "agnosteisme" dalam sistem kepercayaan dan ketuhanan'

a)

Percaya pada banyak Tuhan

b)

Tidak percaya kepada Tuhan

c)

Percaya hanya pada Tuhan yang Satu

d)

Tidak pasti kewujudan Tuhan

23.

Apakah maksud "ateisme" dalam sistem kepercayaan dan ketuhanan'

a)

Percaya pada banyak Tuhan

b)

Tidak percaya kepada Tuhan

c)

Percaya hanya pada Tuhan yang Satu

d)

Tidak pasti kewujudan Tuhan

24.

Apakah pemikiran falsafah agama Buddha?

a)

Mempercayai Tuhan Brahma yang menciptakan segala-galanya

b)

Kehidupan ini penuh dengan penderitaan (dukkha) kerana manusia tidak memahami realiti sebenar kehidupan

25.

Apakah kepercayaan dan pemikiran falsafah agama Hindu?

a)

Percaya kepada Rasul akhir zaman iaitu nabi Muhammad SAW

b)

Segala tindakan di dunia mesti didasari dengan "dharma" atau kebenaran

26.

Apakah kepercayaan dan pemikiran falsafah konfusianisme?

a)

Mempercayai manusia agong mestilah mempunyai sifat yang penuh kasih sayang

b)

Mempercayai bahawa manusia terbelenggu dengan dosa warisan yang menghalang seseorang masuk ke syurga

27.

Apakah persamaan antara agama Hindu dan Buddha mengenai matlamat penciptaan insan?

a)

Usaha untuk melepaskan diri dari kitaran kelahiran semula "reinkarnasi"

b)

Manusia akan kekal hidup di dalam syurga selepas mati

28.

Apakah persamaan antara agama Islam dan Kristian mengenai penciptaan manusia?

a)

Manusia berasal usul dari penciptaan nabi Adam dari tanah

b)

Manusia terbelenggu dengan dosa warisan yang dilakukan oleh nabi Adam AS

29.

Apakah matlamat utama penciptaan manusia menurut falsafah Konfusianisme?

a)

Untuk mencapai kedamaian sosial dan etika

b)

Untuk mencapai moksha

30.

Apakah persamaan antara agama Islam dan Kristian mengenai konsep kehidupan selepas mati?

a)

Percaya kepada syafaat nabi Muhammad SAW

b)

Percaya kepada syurga dan neraka sebagai balasan akhir selepas kematian

c)

Percaya kepada kehidupan semula reinkarnasi