NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH BAB 1 T4
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
1. Apakah ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu?
Kebudayaan
Kedaulatan
Lambang kebesaran
Wilayah pengaruh
2. Bagaimanakah kedudukan raja kerajaan Alam Melayu diperkukuhkan?
Dibantu oleh para pembesar
Ditaati oleh rakyat jelata
Dipengaruhi oleh kuasa asing
Disokong oleh golongan agama
3. Raja kerajaan Alam Melayu berikut dianggap sebagai pemerintah yang suci.
[Raja Champa]
Apakah gelaran yang dikaitkan dengan pemerintah tersebut?
Dewa Siva
Dewa Raja
Dewa Vish
Dewa Krishna
4. Manakah antara berikut merupakan kerajaan terawal di Alam Melayu?
Kerajaan Funan
Kerajaan Champa
Kerajaan Srivijaya
Kesultanan Melayu Melaka
5. Apakah gelaran yang digunakan oleh pemerintah Melaka selepas kedatangan Islam?
Dewa
Raja
Sultan
Maharaja
6. Berikut merupakan kesan hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan lain.
[Kesultanan Melayu Melaka berjaya menjadi sebuah empayar yang berkuasa di Alam Melayu.]
Bagaimanakah hal tersebut berlaku?
Melalui pengiktirafan
Menguasai bidang ekonomi
Memperoleh bantuan tentera
Menerima ufti dari negara luar
7. Bagaimanakah kemunculan sesebuah kerajaan berlaku pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
Penggubalan undang-undang
Kemunculan golongan pembesar
Kewujudan raja yang berdaulat
Pengiktirafan wilayah naungan
8. Berikut berkaitan wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka.
[Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera.]
Bagaimanakah wilayah tersebut diperoleh?
Naungan
Diplomatik
Keagamaan
Perdagangan
9. Antara berikut, manakah undang-undang yang dipengaruhi oleh undang-undang Kesultanan Melayu Melaka?
I. Hukum Kanun Melaka
II. Undang-undang Pahang
III. Undang-undang 99 Perak
IV. Undang-undang Laut Melaka
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
10. Maklumat berikut berkaitan lambang kebesaran Kesultanan Melayu Melaka.
- Lambang kebesaran adalah identiti sesebuah kerajaan
- Menjadi simbol kedaulatan sultan memerintah
Apakah lambang kebesaran tersebut?
Bendera
Cap mohor
Tengkolok
Bintang Darjah
11. Apakah peranan cap mohor dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Mengesahkan arahan sultan
Membezakan kedudukan sultan
Mengangkat kewibawaan sultan
Mengukuhkah kedaulatan sultan
12. Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
Sistem Pembesar Tempatan
Sistem Pembesar Empat Lipatan
Sistem Pentadbiran Melayu Melaka
Sistem Pembesar Enam Belas Lipatan
13. Apakah tugas utama Bendahara dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Melantik pembesar
Menjadi ketua pentadbir
Mengutip cukai di pelabuhan
Menguruskan kegiatan perdagangan
14. Sultan Melaka telah mengurniakan kawasan kepada Pembesar Berempat.
Apakah gelaran kawasan tersebut.
Kawasan jajahan
Kawasan kawalan
Kawasan pegangan
Kawasan anugerah
15. Kesultanan Melayu Melaka telah memperkenalkan pelbagai cukai. Apakah cukai tersebut?
I. Cukai tetap
II. Cukai diraja
III. Cukai hasil perniagaan
IV. Cukai perjalanan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
16. Siapakah yang memperkenankan Undang-Undang Laut Melaka?
Sultan Ahmad Shah
Sultan Mahmud Shah
Sultan Mansur Shah
Sultan Muzaffar Shah
17. Golongan rakyat merupakan elemen penting dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Pada pendapat anda, apakah peranan mereka?
Membina tempat tinggal pembesar
Mematuhi segala arahan pemerintah
C. Menyokong pemasyhuran seorang raja
C. Mengawal keselamatan perairan kerajaan
18. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum adat. Antara berikut manakah undang-undang tersebut?
I. Hukum Kanun Melaka
II. Undang-undang Pahang
III. Undang-undang 99 Perak
IV. Undang-undang Laut Melaka
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
19. Perkara-perkara berikut merupakan isi kandungan yang terdapat dalam Undang-undang Laut Melaka, kecuali
Peranan Nakhoda
Pelayaran
Percukaian
Kekeluargaan
20. Apakah yang dimaksudkan dengan waadat?
Pertahanan
Pentauliahan
Perjanjian
Pemerintahan
