wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UEC 2023

Total questions: 50

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud perkataan "prestasi " (baris 9) yang terdapat dalam petikan? (UEC 2023)

a)
pengajaran
b)
pencapaian
c)
pendidikan
d)
pemburuan
2.
Apakah tujuan penggunaan telefon pintar dalam masyarakat kita? (UEC 2023)
a)
menonton rancangan dalam Youtube
b)
lambang kekayaan seseorang individu
c)
memudahkan kita berkomunikasi antara satu sama lain
d)
mengambil gambar dan memuatnaikkannya ke laman sesawang
3.
Mengapakah penggunaan telefon pintar boleh menyebabkan prestasi pelajar merosot? (UEC 2023)
a)
pelajar-pelajar perlu menghubungi ibu bapa mereka
b)
sukar untuk menumpukan perhatian dalam pembelajaran
c)
pelajar-pelajar suka bersaing jenama telefon antara satu sama lain
d)
pelajar mungkin mencari peluang untuk mencuri telefon pintar kawan
4.
Antara pernyataan yang berikut, yang manakah tidak berkaitan dengan penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar yang terdapat dalam petikan? (UEC 2023)
a)
Segelintir pelajar akan timbul niat mencuri telefon pelajar-pelajar lain.
b)
Penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar di sekolah akan menimbulkan masalah disiplin.
c)
Pelajar kurang bersosial antara satu sama lain kerana tumpuan mereka lebih kepada telefon pintar mereka.
d)
Tumpuan pelajar mudah terganggu ketika mereka membalas mesej ataupun ketika membaca isi kandungan dalam telefon mereka.
5.
Pada pendapat anda, apakah nasihat yang diberikan oleh penulis pada akhir artikel ini? (UEC 2023)
a)
Pelajar boleh membawa telefon pintar ke sekolah.
b)
Penggunaan telefon pintar adalah dibenarkan apabila telefon awam di sekolah rosak.
c)
Guru-guru boleh menyimpan telefon pintar pelajar mereka supaya tidak dirampas oleh lembaga disiplin.
d)
Pihak ibu bapa dan sekolah harus mengambil tindakan supaya pelajar tidak membawa telefon pintar ke sekolah.
6.
Jelaskan maksud perkataan gelap (baris 2) yang terdapat dalam rangkap pertama. (UEC 2023 Pantun Empat Kerat)
a)
kelam
b)
samar
c)
hitam
d)
kabur
7.
Apakah rima akhir bagi puisi tersebut? (UEC 2023 Pantun Empat Kerat)
a)
a-a-a-a
b)
a-a-b-b
c)
a-b-a-b
d)
b-b-a-a
8.
Apakah kesan apabila masyarakat tidak bermuafakat? (UEC 2023 Pantun Empat Kerat)
a)
Masyarakat akan menjadi maju.
b)
Masyarakat akan hidup harmoni.
c)
Masyarakat akan bergaduh sesama sendiri.
d)
Masyarakat mempercayai antara satu sama lain.
9.
Antara yang berikut, yang manakah ialah unsur pengajaran puisi di atas? (UEC 2023 Pantun Empat Kerat)
a)
Kita hendaklah menghargai jasa jiran tetangga.
b)
Kita hendaklah selalu mematuhi pantang larang setiap kaum.
c)
Kita hendaklah sentiasa bersikap sopan santun kepada orang lain.
d)
Kita hendaklah mengamalkan semangat bekerjasama antara satu sama lain.
10.
Manakah pernyataan berikut benar tentang puisi di atas? (UEC 2023 Pantun Empat Kerat)
a)
Masyarakat mestilah meningkatkan ekonomi negara.
b)
Masyarakat mestilah meningkatkan taraf pendidikan.
c)
Masyarakat mestilah saling menghormati sesama jiran.
d)
Masyarakat mestilah menyambut hari jadi bersama-sama.
11.
Tuhanku, __________ memohon berkat daripada-Mu.
a)
aku
b)
saya
c)
patik
d)
beta
12.
Guru tingkatan kami terdiam sejenak sebelum ___________ menyambung nasihatnya kepada kami dengan nada yang sebak.
a)
ia
b)
dia
c)
beliau
d)
mereka
13.
_________ Puan Nani semuanya berkelulusan universiti di luar negara dalam bidang pendidikan.
a)
Anak
b)
Anakanda
c)
Anak tunggal
d)
Anak-anak
14.
Datuk menceritakan kisah hidupnya kepada kami dan pengisahannya itu disampaikan dengan penuh ___________.
a)
perasa
b)
rasakan
c)
perasan
d)
perasaan
15.
Mak Jenab merebus ubi itu sehingga ____________.
a)
liat
b)
empuk
c)
lembik
d)
lembut
16.
"Kami ingin ____________ cara-cara membuat batik dengan lebih mendalam lagi," kata Hazli kepada gurunya.
a)
mempelajari
b)
pengajaran
c)
dipelajari
d)
pembelajaran
17.
Znraidah kelihatan sungguh __________ sewaktu menggayakan baju kurung tenunan songket itu.
a)
rapi
b)
kemas
c)
tampan
d)
anggun
18.
Rashid tidak perah _________ pujukan rakannya yang sering mengajaknya menunggang basikal lajak kerana aktiviti itu sangat berbahaya.
a)
terpedaya
b)
termakan
c)
terikut
d)
terpujuk
19.
Juruacara majlis itu digemari oleh kebanyakan pasangan pengantin di Kuala Lumpur kerana celotehnya ___________ suasana.
a)
memanaskan
b)
menyejukkan
c)
menghangatkan
d)
membahangkan
20.
____________ pun tidak diizinkan masuk ke dalam dewan peperiksaan selagi loceng belum berbunyi.
a)
Mana-mana
b)
Siapa-siapa
c)
Bila-bila
d)
Apa-apa
21.
____________ pelajar memang tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas talian yang diadakan baru-baru ini kerana gangguan talian yang tidak stabil.
a)
Sesetengah
b)
Separuh
c)
Suku
d)
Para
22.
Walaupun saiz durian kampung itu agak besar, namun ___________ isi durian sahaja yang boleh dimakan.
a)
sepangsa
b)
sebaris
c)
sepapan
d)
sederet
23.
Yang manakah peribahasa yang berikut boleh dikaitkan dengan keadaan mengantuk?
a)
berat mata
b)
ringan tulang
c)
buruk siku
d)
kaki bangku
24.
Li Lie melihat pemandangan yang indah semasa menaiki ___________ di pusat peranginan Tanah Tinggi Genting Highlands.
a)
kereta kebal
b)
kereta kabel
c)
kereta tolak
d)
kereta gantung
25.
Antara yang berikut yang manakah ayat pasif?
a)
Buku itu sedang saya baca.
b)
Ibu membasuh pinggan mangkuk di dapur.
c)
Ali menangguhkan kerjanya sehingga hari esok.
d)
Kakak membancuh kopi dengan susu untuk ibu.
26.
Pesta buku merupakan acara tahunan Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan yang bertujuan (26) budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.
a)
bentuk
b)
dibentuk
c)
terbentuk
d)
membentuk
27.
Pesta ini telah menjadi tumpuan pengusaha buku dan pengunjung sejak (27) pada tahun 1990.
a)
lancar
b)
pelancar
c)
kelancaran
d)
dilancarkan
28.
Dalam pesta ini, buku-buku dari pelbagai bidang (28) oleh pengusaha-pengusaha buku di Malaysia.
a)
pamer
b)
pameran
c)
dipamerkan
d)
mempamerkan
29.
Usaha mereka ini telah (29) menarik bilangan pengunjung yang banyak.
a)
berjaya
b)
kejayaan
c)
dijayakan
d)
menjayakan
30.
Ibu bapa yang prihatin akan berkunjung ke pesta ini (30) anak mereka untuk memilih dan membeli buku-buku yang sesuai serta bermutu tinggi.
a)
kesamaan
b)
persamaan
c)
sama-sama
d)
bersama-sama
31.

Walaupun kempen antimerokok telah lama dijalankan sedangkan orang ramai masih merokok. Tiada kesalahan.

a)
Walaupun
b)
telah
c)
sedangkan
d)
Tiada kesalahan
32.

Cikgu Tan naik ke pentas untuk menerima hadiah sempena majlis persaraannya. Tiada kesalahan.

a)
pentas
b)
hadiah
c)
majlis
d)
Tiada kesalahan
33.

Golongan tua suka menikmati roti bakar, ayam telur separuh masak dan nasi lemak sebagai sarapan mereka. Tiada kesalahan.

a)
roti bakar
b)
ayam telur
c)
nasi lemak
d)
Tiada kesalahan
34.

Pegawai itu direman oleh pihak berkuasa kerana disyaki menggunakan kuasanya meluluskan projek pembangunan itu. Tiada kesalahan.

a)
direman
b)
menggunakan
c)
meluluskan
d)
Tiada kesalahan
35.

Datuk Harun pasti pergi ke majlis perasmian itu kerana dia merupakan jemputan kehormat. Tiada kesalahan.

a)
majlis
b)
dia
c)
jemputan
d)
Tiada kesalahan
36.

Pakar saintis itu telah kemukakan beberapa langkah untuk memastikan eksperimen itu berjaya dilakukan. Tiada kesalahan.

a)
kemukakan
b)
memastikan
c)
dilakukan
d)
Tiada kesalahan
37.

Jutawan itu menawarkan ganjaran wang tunai RM 1 juta kepada sesiapa yang dapat menyelamatkan nyawa anak tunggalnya. Tiada kesalahan.

a)
Jutawan
b)
ganjaran
c)
menyelamatkan
d)
Tiada kesalahan
38.

Pemberian duit raya kepada anak yatim-anak yatim itu merupakan sumbangan ikhlas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tiada kesalahan.

a)
duit raya
b)
anak yatim-anak yatim
c)
Jabatan Kebajikan Masyarakat
d)
Tiada kesalahan
39.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan yang dicetak tebal dengan betul, dan pastikan anda memilih cadangan jawapan yang paling tepat.
a)

Pokok manggis yang ditanam oleh nenek berbuah lebat.

b)

Semakin lebat penonton yang mengunjungi karival buah-buahan tempatan itu.

c)

Tukang gunting rambut menghabiskan masa sejam untuk menggunting rambut pelanggan yang lebat itu.

d)

Chui Mei dapat menyiapkan sehelai kain songket yang lebat corak emasnya dalam masa sepuluh hari sahaja.

40.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan yang dicetak tebal dengan betul, dan pastikan anda memilih cadangan jawapan yang paling tepat.
a)

Sukar sangat menyelesaikan kira-kira yang diberi oleh Cikgu Woon itu.

b)

Pokok hujan yang kira-kira condong ke jalan raya itu mesti ditebang.

c)

Jarak di antara hospital dengan rumah saya kira-kira lima kilometer.

d)

"Kira-kira dua puluh minit lagi mereka akan tiba" kata Safenah.

41.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan yang dicetak tebal dengan betul, dan pastikan anda memilih cadangan jawapan yang paling tepat.
a)

Amalan berpuasa menuntut kita agar menahan diri daripada mengumpat dan mengeji.

b)

Pekerja-pekerja di kilang perabot itu melancarkan mogok kerana menuntut kenaikan gaji.

c)

Kisah terharu yang disampaikan oleh Khadijah menuntut Mak Rina menerimanya sebagai anak angkat.

d)

Yang Yang menuntut ilmu wusyu dengan Encik Tan yang tinggal di rumah bersebelahan dengannya.

42.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan yang dicetak tebal dengan betul, dan pastikan anda memilih cadangan jawapan yang paling tepat.
a)

Golongan usahawan biasanya modal besar.

b)

Beberapa orang tauke telah modal resort itu.

c)

Kakak menggunakan wang simpanannya sebagai modal untuk menceburi bidang kecantikan.

d)

Ming Ming menghadapi masalah kewangan kerana modal perniagaannya telah habis digunakan.

43.

Wajah jejaka itu makin dipandang semakin kacak.

a)
semakin dipandang kacak
b)
semakin dipandang makin kacak
c)
semakin dipandang semakin kacak
d)
makin dipandang semakin kacak
44.

Pelbagai-bagai usaha dilakukan untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita.

a)
Pelbagai usaha
b)
Pelbagai usaha-usaha
c)
Pelbagai-bagai usaha-usaha
d)
Pelbagai-bagai usaha
45.

Siew Li dan Siew Ying sedang membincangkan tentang tajuk untuk membuat projek sejarah.

a)
membincang tajuk
b)
berbincang tentang tajuk
c)
berbincangkan tentang tajuk
d)
membincangkan tentang tajuk
46.

Rumah setinggan di tengah-tengah bangunan pencakar langit telah pihak bandaraya robohkan.

a)
pihak bandar raya robohkan
b)
dirobohkan oleh pihak bandaraya
c)
dirobohkan oleh pihak bandar raya
d)
pihak bandaraya robohkan
47.
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan pastikan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling tepat.
a)
Tin-tin itu ditanam oleh ibu supaya air tidak bertakung.
b)
Batu yang dibaling oleh Yi Duo itu terkena tingkap rumah Cikgu Teh.
c)
Bunga ros yang berwarna kuning itu kutanam di dalam pasu yang mahal.
d)
Kereta Encik Leong ditolak oleh mereka ke tepi kerana kehabisan minyak.
48.
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan pastikan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling tepat.
a)
"Wahai, lambat betul bas sekolah datang mengambilku!" Rungut Zamri.
b)
"Tolong siram semua bonsai di halaman rumah," kata kakak kepada adik.
c)
"Apa pandangan anda tentang isu kenaikan harga petrol?" Tanya pemberita itu.
d)
"Zheng An, jangan ganggu kawan kamu yang sedang belajar di dalam kelas!" Kata Cikgu Rohayu.
49.
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan pastikan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling tepat.
a)
Selain dari ikan sardin, emak membeli daging lembu juga.
b)
Tiba-tiba tergerak hatinya untuk menghubung dengan sahabat lamanya.
c)
Walaupun sibuk bekerja, Puan Lina tidak pernah mengabaikan anak-anaknya.
d)
Penduduk Kampung Pasoh gembira setelah mendapat ketua kampung yang baharu.
50.
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan pastikan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling tepat.
a)
Pisau yang tumpul itu ayah tajamkan untuk menyembelih burung puyuh.
b)
Kumar terlupa membeli sebotol Kicap Pekat Jalen yang dipesan oleh ibunya.
c)
Rumah usang itu penuh dengan sarang lelabah kerana sudah lama tidak dihuni.
d)
Pengetua telah menganugerahi sijil kecemerlangan kepada pelajar-pelajar yang terpilih.