wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu Tahun 5

Total questions: 134

Worksheet time: 1hrs 8mins

Name
Class
Date
1.

Kempen ______ yang dijalankan oleh kerajaan mendapat sambutan hangat.

a)

antibodi

b)

antibiotik

c)

antidadah

d)

antibakteria

2.

Sukan ____ itu akan dianjurkan oleh Singapura pada bulan Disember nanti.

a)

dwifungsi

b)

dwimusim

c)

dwibahasa

d)

dwitahunan

3.

_____ buku itu mengulas sedikit pandangan penulis tentang sukan di Malaysia.

a)

Prakata

b)

Prabayar

c)

Prasyarat

d)

Pratonton

4.

______ yang bertugas sepanjang penerbangan ini melayan penumpang dengan mesra.

a)

Pramugari

b)

Prasarjana

c)

Pramugara

d)

Prasiswazah

5.

Sekolah antarabangsa itu mempunyai ______ yang serba lengkap.

a)

prauniversiti

b)

prasangka

c)

prasejarah

d)

prasarana

6.

______ persatuan silat sedang memberi nasihat yang berguna kepada anak didiknya.

a)

Maharani

b)

Maharaja

c)

Mahaguru

d)

Mahahakim

7.

Tindakan _____ akan dikenakan kepada kakitangan yang melanggar peraturan syarikat.

a)

tatalaku

b)

tatatertib

c)

tatarakyat

d)

tatanegara

8.

____ itu membuat laporan lintas langsung dari Stadium Bukit Jalil Semasa Perlawanan Badminton Terbuka Malaysia diadakan.

a)

Wartawan

b)

Jutawan

c)

Dermawan

d)

Hartawan

9.

Persembahan nyanyian oleh _____ yang terkenal itu menghiburkan hati para penonton.

a)

biduanita

b)

sukarelawati

c)

angkasawati

d)

olahragawati

10.

Emak menyapu sedikit cecair _____ pada luka di kaki adik.

a)

antibodi

b)

antijenayah

c)

antidadah

d)

antiseptik

11.

Masalah penggunaan bahasa Melayu di negara ini telah dibahaskan oleh para _____ .

a)

wartawan

b)

cendekiawan

c)

jutawan

d)

sukarelawan

12.

“Jangan selalu _____ buruk terhadap orang lain,” nasihat emak kepada kami.

a)

Prasarana

b)

Prasejarah

c)

Prasangka

d)

Prasyarat

13.

Mesin pencetak _____ itu sangat berguna di pejabat.

a)

dwibahasa

b)

dwitahunan

c)

dwimingguan

d)

dwifungsi

14.

Latihan ____ yang diberi oleh Cikgu Mazira sungguh susah.

a)

tatabahasa

b)

tatacara

c)

tatasusila

d)

tatanegara

15.

______ P. Ramlee pernah memenangi banyak anugerah dalam dunia perfileman.

a)

Seniwati

b)

Seniwan

c)

Peragawan

d)

Peragawati

16.

Manakah antara berikut bukan penanda wacana?

a)

Walaubagaimanapun

b)

Akhirnya

c)

Sementelahan itu

d)

Pada masa itu

17.

Alamat penulis dalam surat tidak rasmi ditulis di bahagian?

a)

atas kanan

b)

atas kiri

c)

bawah kanan

d)

bawah kiri

18.

Cikgu Adam membawa murid-muridnya ke pesta pantun daerah Jelebu.


Pilih ayat yang sudah diperbetul.

a)

Cikgu Adam membawa murid-muridnya ke pesta pantun daerah jelebu.

b)

Cikgu Adam membawa murid-muridnya ke pesta Pantun Daerah Jelebu.

c)

Cikgu Adam membawa murid-muridnya ke Pesta Pantun Daerah Jelebu.

d)

Cikgu Adam membawa murid-murid ke Pesta Pantun Daerah Jelebu.

19.

1.Ayah membawa kami bercuti di kampung.

2.Ayah membawa kami bercuti ke kampung.

Pilih ayat yang betul.

a)

1

b)

2

20.

Apakah kata panggilan yang digunakan untuk bapa dalam surat tidak rasmi?

a)

bapaku

b)

bapakku

c)

abahku

d)

ayahandaku

21.

Leman suka membantu rakan-rakannya apabila diperlukan. Leman seorang yang....

a)

panjang tangan

b)

tangan panjang

c)

ringan tulang

d)

tangan besar

22.

Lengkapkan ayat dengan aktiviti yang sesuai.

1. Aiman sedang (a)   longkang di halaman rumah.

23.

Lengkapkan ayat dengan aktiviti yang sesuai.

2. Danial (a)   daun-daun kering yang bertaburan di atas rumput.

24.

Lengkapkan ayat dengan aktiviti yang sesuai.

4. Pak Jo dan Mak Nab (a)   pasu bunga bersama-sama.

25.

Lengkapkan ayat dengan aktiviti yang sesuai.

5. Alisa dan Rina (a)   tanah ke dalam pasu sambil berbual-bual.

26.

Pilih jawapan yang sesuai berdasarkan pernyataan yang diberikan.


1. ___________________ apabila tiba di rumah.

a)

Makan bersama

b)

Menyiapkan latihan

c)

Memasukkan pakaian

d)

Memberi salam

27.

Pilih jawapan yang sesuai berdasarkan pernyataan yang diberikan.


4. ___________________ keluarga untuk mengeratkan hubungan silaturahim.

a)

Memberi salam

b)

Makan bersama

c)

Sembahyang berjemaah

28.

Pilih jawapan yang sesuai berdasarkan pernyataan yang diberikan.


1. ___________________ apabila tiba di rumah.

a)

Makan bersama

b)

Menyiapkan latihan

c)

Memasukkan pakaian

d)

Memberi salam

29.

Berdasarkan gambar, pilih dua perkataan yang sesuai dan lengkapkan ayat di bawah.

5. Paksu Aiman ________________ keindahan pantai yang bersih itu sambil ___________________ gambar pemandangan.

a)

menghirup

b)

menikmati

c)

mengetip

d)

merakamkan

30.

“Kamu perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai _______ kamu sebagai seorang juruterbang,”kata Encik Ali kepada anaknya.

a)

wawasan

b)

gagasan

c)

cita-cita

d)

hobi

31.

________ untuk membina tempat pelupusan sampah di situ mendapat bantahan daripada penduduk kampung.

a)

Cadangan

b)

Pendapat

c)

Suruhan

d)

Gesaan

32.

Puan Jalina memberikan _______ wajah pemuda yang mencerobohi rumahnya malam tadi.

a)

gambaran

b)

bayangan

c)

kenangan

d)

lukisan

33.

Setiap orang murid diberi peluang untuk menyatakan _______ masing-masing.

a)

pendapat

b)

dorongan

c)

hebahan

d)

arahan

34.

Pengunjung hotel terpesona dengan _______ manis penyambut tetamu itu.

a)

pandangan

b)

senyuman

c)

jelingan

d)

pujian

35.

Hasil ______ yang diperoleh melalui jualan amal ini akan diserahkan kepada penyelia rumah kebajikan itu.

a)

huluran

b)

kutipan

c)

hantaran

d)

sumbangan

36.

_______ biasiswa ini terbuka kepada murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

a)

Sokongan

b)

Imbuhan

c)

Tawaran

d)

Huluran

37.

Kakak menceritakan ______ pahit manis semasa mengikuti kursus jururawat.

a)

lukisan

b)

harapan

c)

gambaran

d)

kenangan

38.

Pelamin dan bilik pengantin memang cantik dan indah dengan _______ yang menarik.

a)

ukiran

b)

hiasan

c)

tenunan

d)

anyaman

39.

Amir segera memberitahu ayahnya apabila ternampak akan ________ orang terhendap - hendap di belakang rumah jirannya.

a)

biasan

b)

lakaran

c)

imbauan

d)

bayangan

40.

Kereta-kereta yang rosak dihantar ke __________ untuk di baiki.

a)

zoo

b)

kilang

c)

klinik

d)

bengkel

41.

Sazali seperti kerana suka mengasingkan diri.

a)

alim kucing

b)

Abu Nawas

c)

kera sumbang

d)

bodoh sepat

42.

Orang yang sukar menghilangkan tabiatnya yang suka mencuri.

a)

panjang tangan

b)

tangan terbuka

c)

ringan tangan

d)

lepas tangan

43.

Ahli kaji purba itu menemui tiga keris di dalam gua itu.

a)

pucuk

b)

bilah

c)

batang

d)

bentuk

44.

Encik Hasyim mendermakan buah pinggangnya kepada adiknya.

a)

berbesar hati

b)

berkecil hati

c)

berlebih hati

d)

bermurah hati

45.

Pekerja-pekerja di hotel itu menyiapkan pentas khas untuk majlis

a)

bermandi peluh

b)

bertegang urat

c)

berputih tulang

d)

berpatah arang

46.

Setelah begitu lama berada di rumah Salmah, kami pun .

a)

minta diri

b)

minta nyawa

c)

minta hati

d)

minta kasih

47.

Budak yang itu tidak mahu menurut nasihat ayahnya

a)

kepala angin

b)

kepala batu

c)

besar kepala

d)

barat kepala

48.

Encik Hasyim mendermakan buah pinggangnya kepada adiknya.

a)

berbesar hati

b)

berkecil hati

c)

berlebih hati

d)

bermurah hati

49.

Sazali seperti kerana suka mengasingkan diri.

a)

alim kucing

b)

Abu Nawas

c)

kera sumbang

d)

bodoh sepat

50.

Penduduk kampung mula marah dengan peraih-peraih ikan itu yang bersikap seperti .

a)

lintah darat

b)

hidung tinggi

c)

telinga kuali

d)

muka tembok

51.

Orang yang gelojoh ialah orang yang .

a)

makan darah

b)

buruk makan

c)

makan suap

d)

makan diri

52.

“Cakap perlahan sedikit, dia tu , nanti ketahuinya rahsia ini,” bisik Sandra kepada Dewi.

a)

telinga nipis

b)

lintah darat

c)

telinga lintah

d)

pekak badak

53.

Orang yang sukar menghilangkan tabiatnya yang suka mencuri.

a)

panjang tangan

b)

tangan terbuka

c)

ringan tangan

d)

lepas tangan

54.

Masyarakat memandang rendah akan penagih dadah. Mereka dianggap sebagai .

a)

kutu embun

b)

buang diri

c)

bawa nasib

d)

kucing kurap

55.

Mereka apabila mendengar cerita Ani yang terjatuh ke dalam sungai sewaktu belajar menaiki basikal.

a)

geli hati

b)

curi hati

c)

makan hati

d)

iri hati

56.

Dari Amin, saya tahu bahawa dia mempunyai masalah.

a)

rupa muka

b)

air mata

c)

air muka

d)

alis mata

57.

Ayah mahu mengusahakan tanah sawahnya yang telah lama terbiar.

a)

bulat suara

b)

bulat mata

c)

bulat rasa

d)

bulat kata

58.

Lelaki yang telah ditangkap polis kerana dipercayai mendera anak dan isterinya.

a)

kaki rayau

b)

kaki botol

c)

kaki joli

d)

kaki makan

59.

Ayah apabila mendapat tahu abang terlibat sama dalam kejadian pecah rumah itu.

a)

naik hairan

b)

naik kasihan

c)

naik angin

d)

naik hantu

60.

Cikgu Jamilah memasukkan bunga ros ke dalam pasu bunga.

a)

serumpun

b)

sejambak

c)

seuntai

d)

segugus

61.

Di tebing sungai itu ada ____________ buluh.

a)

serawan

b)

sepokok

c)

seruas

d)

serumpun

62.

Ahli kaji purba itu menemui tiga keris di dalam gua itu.

a)

pucuk

b)

bilah

c)

batang

d)

bentuk

63.

bom dijumpai tertanam di tapak pembinaan itu.

a)

Sebiji

b)

Sebutir

c)

Seketul

d)

Sebuah

64.

Datuk saya bukan sahaja pemurah_________ baik hati kerana sering membantu orang-orang miskin di kampung

a)

lantaran

b)

malahan

c)

manakala

d)

walaupun

65.

Ayah menempah _____________ untuk kami sekeluarga semasa bercuti di Melaka.

a)

rumah sakit

b)

rumah tangga

c)

rumah terbuka

d)

rumah tumpangan

66.

Rina membelek-belek beberapa __________ majalah yang ingin dibelinya di kedai itu.

a)

biji

b)

keping

c)

lembar

d)

naskhah

67.

Jam itu tergantung ___________ dinding.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

di

68.

Ali menggaru-garu kakinya yang gatal kerana digigit ______________.

a)

kunang-kunang

b)

labah-labah

c)

pijat-pijat

d)

labi-labi

69.

Ah Meng dan kawannya sedang mengepam bola-bola yang ___________ di dalam stor sukan.

a)

kecut

b)

kemik

c)

kendur

d)

kempis

70.

Penyambut tetamu itu _____________ senyuman yang manis kepada pelanggan yang datang.

a)

berukir

b)

terukir

c)

diukirkan

d)

mengukirkan

71.

Puan Maimun __________________ sebuah dulang yang berisi beberapa gelas minuman untuk tetamu yang datang.

a)

mengelek

b)

menatang

c)

menjinjing

d)

mengusung

72.

Sultan Perak akan membuat lawatan rasmi ke Filipina. ______________ akan berada di sana selama seminggu.

a)

Baginda

b)

Beta

c)

Beliau

d)

Patik

73.

Kita hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai. Peribahasa yang sesuai ialah __________________.

a)

alah biasa tegal biasa

b)

bagai tikus membaiki labu

c)

alang-alang mandi biar basah

d)

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

74.

Semasa ekspedisi berbasikal itu, mereka ___________ berkayuh sepanjang 10 kilometer.

a)

berhempas-pulas

b)

bersimpang-siur

c)

berlintang-pukang

d)

bertunggang-langgang

75.

Semua yang hadir bekerja seperti __________ untuk memastikan taman tersebut bersih.

a)

lidah biawak

b)

lipas kudung

c)

kera sumbang

d)

ayam tambatan

76.

Kesan ____________ merupakan kesan yang berkait rapat dengan pencemaran udara.

a)

rumah api

b)

rumah hijau

c)

rumah asap

d)

rumah atap

77.

Semua murid diarahkan supaya berkumpul di padang _____ murid tahun enam.

a)

serta

b)

tetapi

c)

kecuali

d)

manakala

78.

Cikgu Haikal menasihai kami agar tidak ____________ di dalam hutan seorang diri.

a)

berlegar-legar

b)

berputar-putar

c)

menyorok-nyorok

d)

merayau-rayau

79.

Pak Abu menjual se__________ pisang yang baru dipetiknya dari kebun pagi tadi kepada Hamdan.

a)

tandan

b)

buah

c)

bekas

d)

batang

80.

Apakah yang akan dilakukan oleh Sultan Ahmad Shah apabila sudah berada di atas singgahsana?

a)

bertitah

b)

bersantap

c)

berangkat

d)

bersemayam

81.

Pada musim panas, orang ramai dinasihati agar memakai pakaian yang longgar. Pilih perkataan antonim bagi longgar.

a)

kecil

b)

sendat

c)

labuh

d)

panjang

82.

Cikgu Sarah menegur Zainab supaya memperbaiki tulisannya yang _______________ itu

a)

berat tangan

b)

lipas kudung

c)

cakar ayam

d)

simpang siur

83.

Zakuan satu-satunya _________ Puan Lily yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan keseluruhan keluarganya itu.

a)

anak emas

b)

darah daging

c)

buah hati

d)

tali barut

84.

Zakuan satu-satunya _________ Puan Lily yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan keseluruhan keluarganya itu.

a)

anak emas

b)

darah daging

c)

buah hati

d)

tali barut

85.

Cikgu Sarah menegur Zainab supaya memperbaiki tulisannya yang _______________ itu

a)

berat tangan

b)

lipas kudung

c)

cakar ayam

d)

simpang siur

86.

Bapa saya sedang _____________ rambut.

a)

A. menggunting

b)

B. memijak

c)

C. mengerinting

d)

D. menocang

87.

Ah Seng sedang _____________ di biliknya.

a)

A. disyarah

b)

B. berehat

c)

C. melari

d)

D. disembunyi

88.

Ayah dan ibu sedang ______________ di halaman.

a)

A. disyarah

b)

B. berbual

c)

C. bersukan

d)

D. disenam

89.

Lada di dalam mesin pengisar itu masih belum ________________ lagi.

a)

A. berkisar

b)

B. bermesin

c)

C. bertumbuk

d)

D. bercanai

90.

Semak-samun di belakang rumahnya telah _______________

a)

A. bertebang

b)

B. bertebas

c)

C. bersemak

d)

D. bercabut

91.

Emak pergi ke rumah Mak Cik Yam untuk _____________

a)

A. berurut

b)

B. menuntut

c)

C. menurut

d)

D. diurut

92.

Pasukan pengawal itu _______________ menjalankan tugas.

a)

A. berganti-ganti

b)

B. bergilir-gilir

c)

C. bertukar-tukar

d)

D. berjalan-jalan

93.

Orang yang ingin maju perlu ____________ dan ______________ mulia.

a)

A lulusan .... berbudi

b)

B. kelulusan .... budi

c)

C. lulus .... berbudi

d)

D. berkelulusan .... berbudi

94.

Cita-citanya yang sedang _____________ selama ini, masih belum tercapai lagi.

a)

A. terbuku

b)

B. terpendam

c)

C. tersirat

d)

D. terserlah

95.

Orang yang _____________, rezekinya akan dilipatgandakan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa.

a)

A. penyayang

b)

B. penyabar

c)

C. pemurah

d)

D. pendiam

96.

Masyarakat mesti memberikan _______ yang baik kepada para pelancong.

a)

A. pujian

b)

B. layanan

c)

C. teguran

d)

D. senyuman

97.

Dia terpaksa meninggalkan kampung halaman disebabkan _______keluarganya.

a)

A. ingatan

b)

B. perkenan

c)

C. permintaan

d)

D. desakan

98.

Sampah-sarap yang tidak diangkat oleh pihak berkenaan telah menimbulkan _____________ daripada orang ramai.

a)

A. perubahan

b)

B. rungutan

c)

C. teriakan

d)

D. reaksi

99.

Binaan itu memerlukan perbelanjaan ______________ RM300,000.

a)

A. agakan

b)

B. anggaran

c)

C. sehingga

d)

D. andaian

100.

Sebuah ___________ diperlukan untuk menapis larutan tersebut.

a)

A. pengukus

b)

B. tapisan

c)

C. penapisan

d)

D. kukusan

101.

Para penonton telah memberi ______________ yang bergemuruh setelah dia mengakhiri ucapannya.

a)

A. teriakan

b)

B. tepukan

c)

C. sorakan

d)

D. pekikan

102.

Derma ini merupakan ______________ daripada Syarikat Setia Budi.

a)

A. sumbangan

b)

B. dermawan

c)

C. berian

d)

D. bantuan

103.

Adik meminta emak _______________ kancing bajunya yang telah tanggal.

a)

A. lekatkan

b)

B. tampalkan

c)

C. jahitkan

d)

D. sematkan

104.

Segala __________ rakan-rakannya tidak dihiraukan, malahan dijadikannya sebagai satu ____ untuk terus mencuba.

a)

A. pujian .... halangan

b)

B. rungutan .... dorongan

c)

C. umpatan .... dorongan

d)

D. sindiran .... kemenangan

105.

Harga ______ sabun mandi lebih murah daripada harga _____ akhbar.

a)

sebiji ... sebuah

b)

sebuku ... senaskhah

c)

sekotak ... segulung

d)

segelung ... selonggok

106.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Encik Ram berasal daripada Teluk Intan.

b)

Encik Ram berasal dari Teluk Intan.

107.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Jangan bersandar pada dinding yang baru dicat itu.

b)

Jangan bersandar di dinding yang baru dicat itu.

108.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Sungguh cantik kereta itu.

b)

Benar cantik van itu.

109.

Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya___________________

a)

rambang mata

b)

tajam akal

c)

otak udang

d)

tanda mata

110.

Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.

a)

mulut tempayan

b)

banyak mulut

c)

pembasuh mulut

d)

mulut murai

111.

Hanis mendapat _____________________ selepas menyertai perrtandingan itu.

a)

durian runtuh

b)

batu api

c)

mata duitan

d)

gaji buta

112.

Nasihat yang diberikan oleh ayah kepada along bagai _____________ kerana along tidak ingin menuruti kata-kata ayah.

a)

kacang lupakan kulit

b)

mencurahkan air ke daun keladi

c)

kaca jatuh ke batu

d)

tikus membaiki labu

113.
Ismail _______ pada pagi ini kerana bangun lewat.
a)
mandi kerbau
b)
makan angin
c)
telinga lintah
d)
mandi peluh
114.

Terdapat kesalahan pada ayat di bawah :


Semua guru-guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.


Manakah ayat yang paling tepat ?

a)

Semua orang guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.

b)

Semua guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.

c)

Semua orang guru-guru diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat.

d)

Semua orang-orang diminta untuk berkumpul di dalam bilik mesyuarat guru.

115.

Pilih ayat yang betul.


i. Rezza ialah adik kandung saya.

ii. Minum arak ialah salah di sisi agama.

iii. Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam.

iv. Masjid adalah rumah ibadah bagi umat Islam.

a)

ii dan iii

b)

i dan iii

c)

i, ii dan iii

d)

i, ii, dan iv

116.
Penjodoh bilangan bagi gambar
a)
biji
b)
ulas
c)
sikat
d)
tandan
117.

Penjodoh bilangan bagi payung..

a)

batang

b)

bilah

c)

kaki

d)

buah

118.

Penjodoh bilangan bagi rantai....

a)

biji

b)

buah

c)

kalung

d)

utas

119.

Penjodoh bilangan bagi gambar...

a)

kuntum

b)

jambak

c)

batang

d)

biji

120.

Penjodoh bilangan bagi cincin...

a)

bentuk

b)

utas

c)

buah

d)

biji

121.

Penjodoh bilangan bagi benang....

a)

buah

b)

biji

c)

lembar

d)

batang

122.

Penjodoh bilangan bagi gambar...

a)

kelompok

b)

baris

c)

kumpulan

d)

angkatan

123.

Kakak memakai____________ baju kurung yang cantik.

a)

sehelai

b)

lembar

c)

sepasang

d)

gulung

124.

Siti memasukkan se___________ garam ke dalam gulai yang dimasaknya.

a)

genggam

b)

cubit

c)

senduk

d)

sudu

125.

Adnan makan se _________ roti dan minum se _________ susu panas.

a)

buku....jag

b)

keping......gelas

c)

keping.........cawan

d)

potong....gelas

126.

Ayah membeli se_________ pisang di pasar.

a)

gugus

b)

sikat

c)

biji

d)

tandan

127.

Aini menghadiahi Cikgu Suzzana se___________ bunga.

a)

ketul

b)

cucuk

c)

jambak

d)

ikat

128.

Ibu menyiang beberapa ____________ ikan di dapur.

a)

ketul

b)

kawan

c)

biji

d)

ekor

129.
Setiap peserta akan menerima se ___________ sijil penyertaan.
a)
helai
b)
lembar
c)
keping
d)
gulung
130.
Farah menghadiahi se ____________ bunga kepada gurunya sempena Hari Guru.
a)
utas
b)
gugus
c)
jambak
d)
ulas
131.
Pak Tam sedang membakar beberapa ________ sate ayam.
a)
batang
b)
cucuk
c)
biji
d)
ketul
132.
Encik Razif sempat minum beberapa ____________ air kopi sebelum pergi ke pejabat.
a)
gelas
b)
titis
c)
teguk
d)
suap
133.

Cikgu Roshimah memakai __________ baju kurung yang cantik.

a)

sepasang

b)

sehelai

c)

sekeping

134.

Qi Wen telah makan beberapa __________ biskut semasa waktu rehat.

a)

buah

b)

helai

c)

keping