wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Fizik Kertas 1 PPSA Tingkatan 4

Total questions: 70

Worksheet time: 44mins

Name
Class
Date
1.

Apakah inferens yang bersesuaian berdasarkan pemerhatian anda?

a)

Panjang wayar penyambung bergantung pada kecerahan mentol

b)

Kecerahan mentol bergantung pada panjang wayar penyambung

c)

Semakin bertambah Panjang wayar penyambung, semakin berkurang kecerahan mentol

d)

Semakin berkurang kecerahan mentol, semakin bertambah panjang wayar penyambung

2.

Dia mengalami kesukaran untuk menggerakkan troli itu. Apakah konsep fizik yang terlibat?

a)

Impuls

b)

Inersia

c)

Momentum

d)

Gerakan linear

3.

Antara analisis graf berikut, yang mana adalah benar?

a)

Nilai g adalah berkadar terus dengan jarak dari pusat Bumi bagi kedudukan r < R.

b)

Nilai g adalah berkadar terus dengan jarak dari pusat Bumi bagi kedudukan r > R.

c)

Nilai g adalah berkadar songsang dengan kuasa dua jarak dari pusat Bumi bagi kedudukan r < R.

d)

Nilai g adalah berkadar terus dengan kuasa dua jarak dari pusat Bumi bagi kedudukan r ≥ R.

4.

Apakah yang berlaku pada u apabila v bertambah?

a)

Bertambah

b)

Berkurang

c)

Tidak berubah

5.

Mengapa atlit tersebut harus membengkokkan kakinya?

a)

Untuk mengurangkan impuls

b)

Untuk mengurangkan daya impuls

c)

Untuk menambah masa ketika di udara

d)

Untuk mendapat jarak paling maksimum

6.

Pemboleh ubah manakah yang betul?

a)

Pembolehubah dimalarkan

b)

Pembolehubah dimanipulasi

c)

Pembolehubah bergerakbalas

7.

Prinsip fizik yang diaplikasikan adalah ...

a)

konsep inersia

b)

keseimbangan daya

c)

prinsip keabadian tenaga

d)

prinsip keabadian momentum

8.

Tafsiran graf yang manakah yang menunjukkan hubungan antara aktiviti pereputan bahan radioaktif dengan masa pereputan?

a)

Aktiviti pereputan bahan radioaktif bertambah dengan masa pereputan.

b)

Aktiviti pereputan bahan radioaktif berkadar terus dengan masa pereputan.

c)

Aktiviti pereputan bahan radioaktif berkurang dengan masa pereputan.

d)

Aktiviti pereputan bahan radioaktif berkurang secara linear dengan masa pereputan.

9.

Hukum manakah merumuskan pernyataan di atas?

a)

Hukum Kepler Pertama

b)

Hukum Kepler Kedua

c)

Hukum Kepler Ketiga

10.

Pernyataan manakah yang betul mengenai inersia?

a)

Inersia bergantung pada saiz objek.

b)

Objek yang mudah bergerak sukar dihentikan.

c)

Objek dengan jisim kecil lebih mudah bergerak.

d)

Objek yang sukar bergerak mudah dihentikan.

11.

Antara berikut yang manakah adalah benar tentang situasi ini?

a)

I Kedua-duanya mempunyai berat yang sama

b)

II Kedua-duanya mengalami daya graviti

c)

III Kedua-duanya mempunyai pecutan yang sama

d)

IV Kedua-duanya bebas daripada rintangan udara

12.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan magnitude daya impuls pada tangan ketika menangkap bola itu?

a)

Kecil

b)

Kecil

c)

Besar

d)

Besar

13.

Antara berikut yang manakah kesemuanya kuantiti asas?

a)

Jisim, panjang, pecutan, masa, arus elektrik

b)

Jisim, panjang, pecutan, suhu, keamatan berluminositi

c)

Jisim, panjang, arus elektrik, suhu termodinamik, keamatan berluminositi

d)

Jisim, suhu, keamatan berluminositi, kuantiti bahan, ketumpatan

14.

Antara berikut pernyataan manakah yang betul?

a)

I. Semakin besar jisim, semakin besar pecutan

b)

II. Semakin besar jisim, semakin kecil pecutan

c)

III. Semakin kecil jisim, semakin kecil pecutan

d)

IV. Semakin kecil jisim, semakin besar pecutan

15.

Berapakah daya memusat yang bertindak ke atas satelit itu?

a)

0.34 N

b)

339.00 N

c)

1 645.00 N

d)

2 363.00 N

16.

Daya F akan berkurang sekiranya F will decrease if

a)

m1 bertambah

b)

m2 bertambah

c)

r bertambah

d)

r berkurang

17.

Manakah antara kuantiti skalar dan vektor berikut dipadankan dengan betul ?

a)

Kerja

b)

Separuh hayat

c)

Tenaga keupayaan kenyal

d)

Berat

18.

Apakah akan terjadi kepada pelajar perempuan itu apabila pelajar lelaki melepaskan pegangan tangannya?

a)

Pegun

b)

Bergerak ke P

c)

Bergerak ke Q

d)

Tenaga keupayaan pelajar itu

19.

Hukum X menyatakan bahawa kadar perubahan momentum berkadar terus dengan daya dan bertindak pada arah tindakan daya.

a)

Hukum Gerakan Newton Kedua

b)

Hukum Gerakan Newton Pertama

c)

Hukum Kegravitian Semesta

d)

Hukum Gerakan Newton Ketiga

20.

Antara berikut yang manakah menunjukkan persamaan yang betul?

a)

푃= 푛 푚 푄+푚

b)

푃= 푚 푛 푄+푚

c)

푃=− 푛 푚 푄+푚

d)

푃=− 푚 푛 푄+푚

21.

Di antara berikut yang manakah benar mengenai satelit geo pegun?

a)

I, II dan III sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

IV sahaja

d)

I, II, III dan IV sahaja

22.

Pernyataan di atas adalah merujuk kepada

a)

Hukum Kegravitian Semesta

b)

Hukum Kepler Pertama

c)

Hukum Kepler Kedua

d)

Hukum Kepler Ketiga

23.

Diberi rumus bagi pengayunan bandul ringkas adalah where T = tempoh, l= Panjang dan g = pecutan kerana gravity. Antara yang berikut, manakah adalah benar?

a)

T berkadar terus dengan l

b)

T berkadar songsang dengan g

c)

Graf T melawan l mewakili graf garis lurus

d)

Graf T2 melawan l mewakili graf garis lurus

24.

Antara pernyataan berikut yang manakah menerangkan situasi ini?

a)

Air terpancut keluar dengan kelajuan tinggi, menghasilkan momentum yang tinggi ke depan.

b)

Air terpancut keluar dengan kelajuan tinggi, menghasilkan inersia yang tinggi ke depan.

c)

Air terpancut keluar dengan kelajuan tinggi, menghasilkan tekanan yang tinggi ke depan.

d)

Air terpancut keluar dengan kelajuan tinggi, menghasilkan daya impuls yang tinggi ke depan.

25.

Rajah 4 menunjukkan sebiji bola dilontar ke atas dengan halaju awalnya adalah 20 m s-1. Tentukan ketinggian maksimum dicapai oleh bola itu (Diberi g = 9.81 m s-2 dan rintangan udara diabaikan)

a)

20.39 m

b)

25.00 m

c)

40.77 m

d)

200.00 m

26.

Berapakah sesaran objek itu selepas 7s?

a)

80 m

b)

40 m

c)

30 m

d)

20 m

27.

Apakah prinsip fizik yang terlibat dalam situasi ini?

a)

Prinsip graviti

b)

Prinsip gerakan linear

c)

Prinsip keabadian momentum

d)

Prinsip ketumpatan

28.

Apakah yang berlaku apabila jarak antara dua objek berkurang?

a)

Daya graviti antara objek berkurang

b)

Daya graviti antara objek bertambah

c)

Daya graviti antara objek kekal

d)

Daya graviti antara objek menjadi songsang

29.

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan graf tersebut?

a)

Halaju objek meningkat secara linear

b)

Halaju objek berkurang secara linear

c)

Halaju objek kekal sepanjang masa

d)

Halaju objek berubah secara tidak menentu

30.

Apakah maksud Haba Pendam?

a)

Jumlah tenaga haba yang diserap semasa penukaran fasa.

b)

Jumlah tenaga haba yang dibebaskan semasa penukaran fasa.

c)

Kedua-dua seperti di atas.

31.

Terdapat dua jenis haba pendam tentu iaitu ...

a)

Haba Pendam Tentu Pelakuran & Pendidihan

b)

Haba Pendam Tentu Pendidihan & Pengewapan

c)

Haba Pendam Tentu Pelakuran & Pengewapan

32.

Apabila tenaga kinetik bahan meningkat, ...... meningkat.

a)

Suhu

b)

Haba

c)

Haba Pendam tentu

33.

Formula untuk Haba Pendam Tentu ialah ..

a)

Q=mc θ\theta  

b)

Q=mL

34.

Nyatakan satu sebab suhu tidak meningkat walaupun haba dibekalkan.

a)

Haba yang dibekalkan digunakan untuk memecahkan ikatan antara molekul.

b)

Haba yang dibekalkan digunakan untuk melemahkan ikatan antara molekul.

c)

Haba yang dibekalkan digunakan untuk menguatkan ikatan antara molekul.

35.

Antara berikut, yang manakah akan menambahkan kepekaan termometer ini?

a)

Gunakan tiub kapilari yang lebih panjang

b)

Gunakan bebuli kaca yang berdinding lebih tebal

c)

Gunakan batang kaca berdinding tebal

d)

Gunakan kapilari berdiameter lebih kecil

36.

Dua objek berada dalam keadaan keseimbangan terma apabila

a)

terdapat sejumlah haba mengalir antara kedua-dua objek tersebut

b)

suhu kedua-dua objek berlainan

c)

kedua-dua objek mempunyai jumlah haba yang sama

d)

pengaliran haba bersih antara kedua-dua objek adalah sifar

37.

Rajah menunjukkan kotak 1 berada dalam keseimbangan terma dengan kotak 2 dan kotak 2 berada dalam keseimbangan terma dengan kotak 3.


jika suhu bagi setiap kotak adalah θ1, θ2, dan θ3, kenyataan manakah yang benar?

a)

θ1 = θ3

b)

θ1 > θ3

c)

θ1 < θ3

d)

θ1 < θ2 < θ3

38.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang skala suhu, Kelvin?

a)

Air mendidih pada suhu 273 K

b)

Ia merupakan unit S.I. bagi suhu

c)

Suhu mutlak adalah 0 apabila air dibekukan

39.

Antara berikut, yang manakah benar mengenai unit S.I. haba dan suhu?

a)

haba - Darjah Celcius | suhu - Joule

b)

haba - Joule | suhu - Darjah Celcius

c)

haba - Darjah Celcius | suhu - Kelvin

d)

haba - Joule | suhu - Kelvin

e)

haba - Darjah Celcius | suhu - Kelvin

40.

Rajah menunjukkan bongkah L dan M yang diperbuat daripada bahan bezbeza berada dalam keseimbangan terma.


Antara pernyataan berikut, yang manakah adakah benar?

a)

Muatan haba tentu L = Muatan haba tentu M

b)

Kadar pemindahan haba bersih adalah sama

c)

Kadar pemindahan haba bersih adalah sifar

d)

Suhu L lebih tinggi daripada suhu M

41.

Apakah konsep yang menerangkan situasi tersebut?

a)

Keseimbangan terma

b)

Haba pendam tentu pengewapan

c)

Hukum Boyles

d)

Hukum Charles

42.

Ais digunakan untuk mengekalkan kesegaran ikan kerana

a)

ikan menyerap kuantiti haba yang banyak daripada ais

b)

ais mempunyai suhu yang lebih rendah daripada ikan

c)

ais berupaya menyerap kuantiti haba yang banyak daripada ikan ketika ais cair

43.

_________tercapai apabila dua objek yang bersentuhan dengan suhu yang berbeza mencapai suhu yang sama.

a)

Keseimbangan terma

b)

Keseimbangan suhu

c)

Keseimbangan haba

d)

Keseimbangan tenaga

44.

Logam X direndam dalam air mendidih selama 10 minit.

Logam X itu kemudiannya dipindahkan ke dalam minyak dengan suhu awal 30 oC. Apakah suhu akhir minyak itu?

a)

Kurang daripada 30 oC

b)

Lebih daripada 30 oC

c)

Lebih daripada 100 oC

d)

Di antara 30 oC dan 100 oC

45.

Sepotong kek diletakkan di dalam sebuah peti sejuk. Suhu awal kek dan peti sejuk masing-masing adalah 27oC dan 3oC. Pernyataan manakah betul apabila keseimbangan terma tercapai?

a)

Suhu kek lebih tinggi daripada suhu peti sejuk

b)

Pengaliran haba bersih antara kek dan peti sejuk adalah sifar

c)

Pengaliran haba bersih adalah dari kek ke peti sejuk

d)

Suhu kek lebih rendah daripada suhu peti sejuk

46.

Sifat termometri ialah sifat fizikal bahan yang

a)

berubah dengan suhu

b)

bertambah dengan suhu

c)

berkurang dengan suhu

d)

sama dengan suhu

47.

Sebuah tin aluminium berjisim 20g mengandungi minuman pada suhu 25'C. Apabila dimasukkan ke dalam peti sejuk, suhunya turun ke 4'C. Berapakah kuantiti haba yang telah dikeluarkan daripada tin itu ? (muatan haba tentu aluminium = 900 JkgC)

a)

72 J

b)

378 J

c)

3600 J

d)

378000 J

48.

Antara berikut yang manakah akan mempengaruhi kedua-dua takat didih air dan takat beku air ?

a)

Jisim

b)

Isi padu

c)

Tekanan

d)

Luas permukaan

49.

Dalam satu eksperimen, didapati air mendidih pada suhu 97'C. Antara sebab-sebab berikut, yang manakah paling mungkin menyebabkan air mendidih pada suhu tersebut ?

a)

Sedikit garam telah dilarutkan ke dalam air

b)

Air dipanaskan dengan api yang besar dan kuat

c)

Air dipanaskan dalam periuk tekanan

d)

Tekanan pada air kurang daripada satu atmosfera

50.

Antara berikut yang manakah dapat menambah kadar penyejatan air ?

a)

Memanaskan air

b)

Melarutkan garam ke dalam air

c)

Menambahkan tekanan pada permukaan air

d)

Menambahkan ais ke dalam air

51.
Penyejatan air membawa kesan penyejukan sebab
a)
Jisim air semakin berkurang
b)
Bilangan molekul air semakin kurang
c)
molekul bertenaga tinggi hilang daripada air itu
d)
haba mengalir keluar daripada air itu
52.
Sebuah kelalang mengandungi udara pada tekanan 150 kPa dan suhu 27'C. Kelalang itu kemudian direndam ke dalam air panas pada suhu 87'C. Berapakah tekanan baru udara di dalam kelalang itu ?
a)
47 kPa
b)
125 kPa
c)
180 kPa
d)
210 kPa
53.
Udara di dalam sebiji belon berisipadu 0.50m berada pada tekanan 100 kPa dan suhu 35'C. Perubahan cuaca menyebabkan tekanan dan suhu udara itu masing-masing berubah ke 90 kPa dan 24'C. Berapakah isi padu baru belon itu ?
a)
0.52 m3
b)
0.54 m3
c)
0.56 m3
d)
0.58 m3
54.
Antara berikut yang manakah ialah ciri termometer merkuri dalam kaca yang peka ?
a)
Tiub rerambut dengan diameter yang lebih besar
b)
Saiz bebuli yang lebih besar
c)
Kaca bebuli yang lebih nipis
d)
Batang kaca dengan dinding yang lebih nipis
55.
Semasa air mendidih, suhu air tidak bertambah walaupun haba terus dibekalkan. Haba yang dibekalkan itu
a)
dipindah ke molekul air sebagai tenaga kinetik
b)
melakukan kerja memutuskan ikatan antara molekul air
c)
mengekalkan suhu stim lebih tinggi daripada suhu air
d)
meleraikan molekul air
56.
Antara proses berikut yang manakah melibatkan penyerapan haba pendam ? 
a)
kondensasi dan pendidihan
b)
peleburan dan pendidihan
c)
pengewapan dan pembekuan
d)
pembekuan dan kondensasi
57.
Apakah alat yang digunakan untuk menyukat suhu?
a)
Stetoskop
b)
Ammeter
c)
Mikroskop
d)
Termometer
58.

Hukum Kegravitian Semesta Newton menyatakan daya graviti antara dua jasad adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim kedua-dua jasad dan ........................... dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua jasad tersebut.

a)

berkadar terus

b)

berkadar songsang

c)

bertambah secara linear

d)

berkurang secara linear

59.

Rumus Hukum Kegravitian Semesta Newton ialah ...

a)

F = Gm1m2r2F\ =\ \frac{Gm_1m_2}{r^2}

b)

F = mvmutF\ =\ \frac{mv-mu}{t}

c)

F = mv2rF\ =\ \frac{mv^2}{r}

d)

F = Gm1m2rF\ =\ \frac{Gm_1m_2}{r}

60.

Semakin bertambah jisim jasad, semakin ............ daya graviti.

a)

bertambah

b)

berkurang

61.

Semakin bertambah jarak di antara dua jasad, semakin .................. daya graviti.

a)

bertambah

b)

berkurang

62.

Diberi jisim Fakhrul dan jisim Fahmi masing-masing ialah 70 kg dan 60 kg. Mereka duduk pada jarak 5 m. Hitung daya graviti bertindak di antara Fakhrul dan Fahmi.

a)

1.12 N1.12\ N

b)

5.60 × 108 N5.60\ \times\ 10^{-8}\ N

c)

1.12 × 108 N1.12\ \times\ 10^8\ N

d)

1.12 × 108 N1.12\ \times\ 10^{-8}\ N

63.

Sebuah satelit berjisim 380 kg mengorbit Bumi dengan jarak 45 000 km diukur dari pusat Bumi. Hitung daya graviti pada satelit itu. [Jisim Bumi =  5.97 × 1024 kg5.97\ \times\ 10^{24}\ kg  ]

a)

1.12 × 1018 N1.12\ \times\ 10^{18}\ N  

b)

3.36 × 1012 N3.36\ \times\ 10^{12}\ N  

c)

74.72 N74.72\ N  

d)

7.472 × 107 N7.472\ \times\ 10^{7\ }N  

64.

Nyatakan jenis kuantiti bagi daya graviti.

a)

Kuantiti vektor dan kuantiti asas

b)

Kuantiti vektor dan kuantiti terbitan

c)

Kuantiti skalar dan kuantiti asas

d)

Kuantiti skalar dan kuantiti terbitan

65.

Diberi objek A dan objek B mengalami daya tarikan graviti 1.35 x 10-8 N. Jarak antara objek A dan B ialah 4 m. Berapakah jisim objek A jika jisim objek B ialah 67 kg?

a)

48.33 kg

b)

12.08 kg

c)

4.83 x 10-21 kg

d)

2.17 x 10-17 kg

66.

daya memusat berlaku pada:

a)

objek yang memutar pada paksinya sendiri

b)

objek yang bergerak dalam lintasan membulat

c)

objek yang bergerak secara tangen pada lintasan melengkung

d)

objek yang bergerak secara rawak

67.

di dalam formula g= GM/r^2 apakah maksud r?

a)

Jarak pusat bumi ke permukaan bumi

b)

Jarak pusat bumi ke langit

c)

Jarak pusat bumi ke ketinggian objek

d)

Jarak bumi dari matahari

68.

Yang manakah antara berikut adalah tidak benar:

a)

Hukum Kepler 1: berkaitan dengan orbit elips

b)

Hukum Kepler 2: berkaitan dengan luas yg dicakupi oleh garis sambungan planet dengan Matahari dalam selang masa tertentu.

c)

Hukum Kepler 3: menyatakan bahawa tempoh orbit planet berkadar terus dengan jejari planet.

d)

Hukum Newton 3: magnitud daya tindak balas adalah bersamaan dengan magnitud daya yg bertindak, tetapi pada arah berlawanan.

69.

Hukum Kepler Ketiga menyatakan bahawa

a)

Kuasa dua tempoh planet adalah berkadar songsang dengan kuasa tiga jejari orbitnya

b)

Kuasa tiga tempoh planet adalah berkadar terus dengan kuasa dua jejari orbitnya

c)

Kuasa dua tempoh planet adalah berkadar terus dengan kuasa tiga jejari orbitnya

70.

Halaju lepas ialah

a)

halaju maksimum yang diperlukan oleh sebuah objek untuk melepaskan diri sepenuhnya dari tarikan graviti suatu planet

b)

halaju minimum yang diperlukan oleh sebuah objek untuk melepaskan diri sepenuhnya dari tarikan graviti suatu planet

c)

halaju minimum yang diperlukan oleh sebuah objek untuk melepaskan diri sepenuhnya dari tarikan graviti Bumi