wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Peribahasa

Total questions: 10

Worksheet time: 2mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud peribahasa "bagai anjing dengan kucing"?

a)

Rapat seperti adik-beradik

b)

Suka bertengkar atau bergaduh

c)

Bekerjasama dengan baik

d)

Saling menyayangi

2.

Apakah maksud peribahasa "kaki bangku" ?

a)

Seorang yang pandai bersukan

b)

Seorang yang tidak pandai bermain bola

c)

Seorang yang malas bersukan

d)

Seorang yang rajin bersukan

3.

Apakah maksud peribahasa "buah hati"?

a)

Orang yang disayangi

b)

Orang yang dimusuhi

c)

Orang yang dibenci

d)

Orang yang tidak dikenali

4.

Apakah maksud peribahasa "hidung tinggi" ?

a)

Orang yang rendah hati

b)

Orang yang sombong atau angkuh

c)

Orang yang pemalu

d)

Orang yang kaya tetapi kedekut

5.

Apakah maksud peribahasa "melentur buluh biarlah dari rebungnya"?

a)

Mengajar orang dewasa

b)

Mengajar orang tua

c)

Mengajar sejak kecil

d)

Mengajar ketika sudah besar

6.

Apakah maksud peribahasa "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai"

a)

Jika takut kepada risiko, jangan dekati bahaya.

b)

Jika tidak suka air, jangan tinggal berhampiran pantai

c)

Jika suka cabaran, tinggal berhampiran pantai

d)

Jika takut gelap, jangan tinggal di hutan

7.

Apakah maksud peribahasa "kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu"?

a)

Berlagak pandai tetapi tidak tahu

b)

Berpura-pura rajin

c)

Berpura-pura anak orang kaya

d)

Bertanya sesuatu yang sudah diketahui

8.

Apakah maksud peribahasa "sediakan payung sebelum hujan"?

a)

Menyediakan sesuatu selepas berlaku

b)

Menyediakan sesuatu dengan tergesa-gesa

c)

Bersedia sebelum menghadapi sesuatu keadaan

d)

Mengabaikan persediaan awal

9.

Apakah maksud peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan"?

a)

Perkara yang berlaku dengan perlahan

b)

Perkara yang berlaku dengan cepat

c)

Perkara yang tidak berlaku langsung

d)

Perkara yang berlaku dengan susah payah

10.

Apakah maksud peribahasa "bagai katak di bawah tempurung"?

a)

Seorang yang tidak berani

b)

Seorang yang tidak berpengetahuan luas

c)

Seorang yang tidak sihat

d)

Seorang yang tidak berpendidikan