Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANDA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1. Petani memasang _________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.

a)

A. kisi-kisi

b)

B. orang-orang

c)

C. tupai-tupai

d)

D. layang-layang

2.

2. Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.

a)

A. riuh-rendah

b)

B. gelap-gelita

c)

C. porak-peranda

d)

D. terang-benderang

3.

3. Ayah menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.

a)

A. dedaun

b)

B. kekabu

c)

C. bebola

d)

D. bebiri

4.

4. Zana menangis ________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas.

a)

A. tercungap-cungap

b)

B. teresak-esak

c)

C. terbahak-bahak

d)

D. tersipu-sipu

5.

5. Baju Ahmad ________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.

a)

A. comot-momot

b)

B. koyak-rabak

c)

C. serba-serbih

d)

D. compang-camping

6.

6. Muka Aliyah menjadi ________ apabila diusik oleh rakan-rakannya.

a)

A. kebiru-biruan

b)

B. kemalu-maluan

c)

C. keanak-anakan

d)

D. kemerah-merahan

7.

7. Bantal yang berisi ________ amat lembut sekali.

a)

A. dedaun

b)

B. kekabu

c)

C. bebola

d)

D. jejari

8.

8. Pendapat pemuda itu telah ditolak _______ oleh majikannya.

a)

A. semua-semua

b)

B. betul-betul

c)

C. mentah-mentah

d)

D. senang-senang

9.

9. Saya suka ________ di pasar raya Mydin.

a)

A. berulang-alik

b)

B. berjalan-jalan

c)

C. bersiar-siar

d)

D. membeli-belah

10.

10. Adik memeluk pinggang ayahnya _______ ketika membonceng motosikal ayahnya.

a)

A. erat-erat

b)

B. dekat-dekat

c)

C. betul-betul

d)

D. diam-diam

11.

11. Pembalakan haruslah dijalankan secara terancang supaya _________ tidak kelihatan gondol.

a)

A. rumput-rampai

b)

B. semak-samun

c)

C. bukit-bukau

d)

D. kuih-muih

12.

12. Puan Kumari menggunakan _______ yang diimport khas dari India untuk melazatkan masakannya.

a)

A. beras-petas

b)

B. rempah-ratus

c)

C. kuih-muih

d)

D. sayur-mayur

13.

13. Mereka ketawa ________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.

a)

A. teresak-esak

b)

B. terkebil-kebil

c)

C. terbahak-bahak

d)

D. tergelak-gelak

14.

14. Keadaan menjadi _____ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.

a)

A. haru-biru

b)

B. keluh-kesah

c)

C. kusut-masai

d)

D. tunggang-langgang

15.

15. Sereena membalut hadiah itu _______.

a)

A. kemas-kemas

b)

B. ketat-ketat

c)

C. kuat-kuat

d)

D. erat-erat

16.

16. Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.

a)

A. lemah-longlai

b)

B. lemah-gemalai

c)

C. cirit-birit

d)

D. hiruk-pikuk

17.

17. Ada sebuah busut _____ di bawah pokok ketapang itu.

a)

A. jentik-jentik

b)

B. pijat-pijat

c)

C. anai-anai

d)

D. kura-kura

18.

18. Keluarga Encik Zain seronok _______ di kawasan air terjun yang popular itu.

a)

A. ulang-alik

b)

B. lalu-lalang

c)

C. mundar-mandir

d)

D. mandi-manda

19.

19. Polis telah ______ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai emas kelmarin

a)

A. bertukar-tukar

b)

B. berbalas-balas

c)

C. berhujah-hujah

d)

D. berganti-ganti

20.

20. Badan peserta - peserta Program Latihan Khidmat Negara _________ kerana meredah belukar.

a)

A. koyak-rabak

b)

B. comot-momot

c)

C. calar-balar

d)

D. pucat-lesi