wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Geo GoTurbo T4 Bab 8 Set 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Keadaan yang manakah menggalakkan gelongsoran tanah?

I Hujan lebat yang melembapkan tanah

II Cerun yang sangat curam

III Kadar tiupan angin

IV Suhu yang berubah-ubah antara siang dan malam

 

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Berdasarkan jadual yang diberikan, kombinasi manakah yang benar tentang jenis gerakan jisim berikut?

a)

I

b)

II

c)

III

d)

IV

3.

Bagaimanakah kegiatan manusia boleh menyebabkan berlakunya kejadian gerakan

jisim di Malaysia?

a)

Penanaman padi di tanah pamah

b)

Perikanan akuakultur di pinggir laut

c)

Perlombongan petroleum di luar pantai

d)

Pembinaan jalan di kawasan tanah tinggi

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti yang mempengaruhi gerakan jisim.

🔵  Pemecahan batuan menggunakan bahan letupan.

 

Apakah jenis aktiviti tersebut?

a)

Pertanian

b)

Pengkuarian

c)

Pembalakan

d)

Pembinaan jalan raya

5.

Antara berikut apakah usaha-usaha yang dapat mengurangkan gerakan jisim dibahagian permukaan cerun yang terdedah?

I Memotong cerun

II Kuatkuasa undang-undang

III Rangka konkrit tetulang

IV Menanam tanaman tutup bumi

 

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Foto 1 menunjukkan tentang gerakan jisim.

Apakah kaedah yang sesuai untuk mengurangkan kesan gerakan jisim seperti dalam Foto 1 di atas?

a)

Membina terowong

b)

Memotong cerun secara tegak

c)

Memasang pagar keselamatan

d)

Membina rangka konkrit tetulang

7.

Foto 2 menunjukkan tentang satu fenomena alam.

Apakah kesan fenomena alam dalam Foto 2 terhadap alam sekitar?

 

I Flora dan fauna musnah

II Kejadian tanah runtuh

III Kesesakan lalu lintas

IV Harta benda musnah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Foto 3 menunjukkan salah satu langkah mengurangkan risiko gerakan jisim.

Apakah langkah tersebut?

a)

penyimenan cerun

b)

pembinaan gabion

c)

penguatkuasaan undang-undang

d)

kempen kesedaran alam sekitar

9.

Foto 4 menunjukkan kejadian gerakan jisim.

Apakah langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengelak kejadian tersebut daripada berulang?

I Membina rangka konkrit tetulang

II Membina teres

III Menambah lorong

IV Melebarkan lebuh raya

 

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Bagaimanakah gerakan jisim dapat dikurangkan?

a)

Menjalankan pertanian di cerun

b)

Menanam paya bakau di pantai

c)

membina benteng pemecah ombak

d)

Membina groin di lereng bukit

11.

Berdasarkan jadual 1, apakah jenis pergerakan jisim tersebut?

a)

Kesotan tanih

b)

Aliran lumpur

c)

Gelangsaran tanah

d)

Gelongsoran tanah

12.

Foto menunjukkan kejadian gerakan jisim.

Antara berikut, kaedah manakah yang boleh dijalankan untuk mengatasi kejadian tersebut?

I Membina groin

II Membina teres

III Melebarkan lebuh raya

IV Menanam tanamann tutup bumi

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

13.

Bagaimanakah aktiviti manusia boleh menyebabkan berlakunya proses pergerakan jisim?

a)

Kegiatan akuakultur di kawasan paya bakau

b)

Pembinaan pelabuhan perikanan pinggir laut

c)

Pembinaan petempatan di kawasan cerun bukit

d)

pembajakan tanah untuk penanaman padi di kawasan delta

14.

🔵 Pergerakan cepat

🔵 Tanah berlonggok di kaki cerun

Proses gerakan jisim di atas menunjukkan kepada

a)

aliran lumpur

b)

gelangsaran tanah

c)

kesotan tanih

d)

gelongsoran tanah

15.

Maklumat berikut menunjukkan kepada pergeran jisim.

🔵 Hujan lebat

🔵 Air bertakung di lapisan atas tanah

🔵 Kadar pergerakan sangat laju

🔵 Membawa tanih dan puing-puing batu yang halus

a)

Aliran lumpur

b)

Kesotan tanih

c)

Gelongsoran tanah

d)

Glongsaran tanah

16.

🔵 Pergerakan paling perlahan

🔵 Cerun landai 2o hingga 3o

Maklumat di atas menerangkan kejadian

a)

kesotan tanih

b)

gelangsaran tanah

c)

aliran lumpur

d)

gelongsoran tanih

17.

Manakah kaedah yang boleh dijalankan untuk mengurangkan risiko kejadian dalam foto yang diberikan?

I Sungkupan plastik

II Membina terowong

III Melebarkan lebuh raya

IV Tanaman tutup bumi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

I dan IV

18.

Apakah kaedah yang paling sesuai untuk mengurangkan kejadian gerakan jisim bagi pertanian kekal?

a)

Teres bukit

b)

Membina gabion

c)

Penyimenan cerun

d)

Membina sistem pemparitan

19.

Apakah kesan pemotongan cerun di kawasan tanah tinggi di Malaysia?

a)

Kejadian banjir

b)

Peningkatan suhu

c)

Kejadian gerakan jisim

d)

Peningkatan kandungan humus

20.

Apakah faktor yang menyumbang kepada pergerakan jisim di kawasan cerun

curam?

a)


Jumlah air yang cukup

b)

Litupan tumbuhan

c)


Struktur dan kestabilan cerun

d)


Kelembapan regolit