wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Ting 4 Bab 1 : Langkah Keselamatan Di Dalam Makmal

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Sekumpulan murid telah selesai melakukan eksperimen pembedahan ke atas seekor katak. Manakah kaedah yang paling sesuai bagi melupuskan bangkai katak tersebut?

a)

Diautoklaf dan dimasukkan ke dalam tong biobahaya

b)

Dilupuskan secara terus ke dalam sistem kumbahan

c)

Dibungkus dalam kertas tisu dalam plastik biobahaya dan disejuk beku

d)

Dibungkus dalam kertas tisu, disejuk beku dan dibuang ke dalam tong sampah

2.

Jenis alat yang manakah paling sesuai digunakan untuk memadam kebakaran yang berpunca daripada logam magnesium?

a)

Alat pemadam kebakaran jenis air

b)

Alat pemadam kebakaran jenis buih

c)

Alat pemadam kebakaran jenis serbuk kering

d)

Alat pemadam kebakaran jenis karbon dioksida

3.

Antara bahan sisa berikut, yang manakah perlu dinyahkontaminasi secara autoklaf sebelum dilupuskan ke dalam sistem kumbahan?

a)

Darah

b)

Bangkai tikus

c)

Medium kultur

d)

Sarung tangan

4.

Pilih padanan yang betul antara punca kebakaran dan jenis alat pemadam kebakaran.

a)

Punca kebakaran : Petrol, Jenis alat pemadam kebakaran : Air

b)

Punca kebakaran : Peralatan elektrik, Jenis alat pemadam kebakaran : Serbuk kering

c)

Punca kebakaran : Logam kalium, Jenis alat pemadam kebakaran : Buih

d)

Punca kebakaran : Kain dan kertas, Jenis alat pemadam kebakaran : Karbon Dioksida

5.

Apakah contoh bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki?

a)

Asid hidroklorik cair

b)

Larutan sodium klorida

c)

Larutan natrium tiosulfat

d)

Cecair hidrogen peroksida

6.

Rajah menunjukkan seorang pembantu makmal sedang menyediakan bahan eksperimen di dalam sebuah kabinet. Apakah fungsi kabinet dalam rajah?

a)

Mengelakkan dijangkiti mikroorganisma berbahaya

b)

Membilas mata yang terkena bahan kimia dengan segera

c)

Mengelakkan pencemaran semasa aktiviti mikrobiologi dijalankan

d)

Menjalankan eksperimen menggunakan bahan kimia yang mudah meruap

7.

Rajah menunjukkan satu kejadian kemalangan di dalam makmal. Antara langkah berikut, yang manakah paling tepat perlu dilakukan?

a)

Sekat tumpahan dengan pasir

b)

Buang sisa ke dalam tong sampah

c)

Tabur serbuk sulfur ke atas tumpahan

d)

Kumpul tumpahan ke dalam piring Petri

8.

Natrium merupakan bahan logam yang sangat reaktif. Sebagai langkah keselamatan dan perlindungan diri, peralatan manakah yang sesuai digunakan untuk memegang natrium di dalam makmal?

a)

Forseps

b)

Spatula

c)

Rod kaca

d)

Pemegang kayu

9.

Maklumat ini menerangkan tentang sejenis peralatan. Maklumat ini merujuk kepada

a)

kebuk wasap

b)

pembilas mata

c)

penyiram kecemasan

d)

kabinet aliran laminar

10.

Apakah kepentingan pemakaian baju makmal semasa menjalankan ujikaji?

a)

Untuk kelihatan menarik

b)

Untuk kelihatan seperti seorang ahli Sains

c)

Untuk memudahkan menjalankan ujikaji

d)

Untuk melindungi pemakai daripada terkena bahan kimia dan kerosakan pakaian

11.

Hariz terkena percikan asid sulfurik cair pada matanya. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Hariz?

a)

Cari sumber air yang berdekatan

b)

Berlari ke bilik air untuk membasuh mata

c)

Gunakan pembilas mata untuk mencuci mata

d)

Basuh dengan alkali cair untuk meneutralkan mata

12.

Pernyataan ini adalah merujuk kepada bahan sisa buangan X. Ramalkan bahan X.

a)

Bahan buangan organ

b)

Bahan buangan pepejal

c)

Bahan buangan biologi

d)

Bahan buangan cecair

13.

Ahmad tertumpah sejenis asid di atas lantai semasa menjalankan eksperimen. Susun langkah mengurus kemalangan dengan betul. (rujuk rajah)

a)

I, IV, II, V, III

b)

III, I, V, IV, II

c)

III, V, I, IV, II

d)

V, I, III, IV, II

14.

Rajah menunjukkan contoh bahan sisa yang tidak boleh dibuang ke dalam singki. Kenal pasti kenyataan yang benar bagi bahan sisa tersebut.

a)

Sianida dan merkuri merupakan bahan bertoksik dan sangat beralkali

b)

Sianida merupakan bahan bertoksik, merkuri merupakan logam berat

c)

Sianida sangat mudah meruap, merkuri merupakan bahan sisa organik

d)

Sianida merupakan bahan yang terlalu beralkali, merkuri merupakan bahan mudah meruap

15.

Rajah menunjukkan satu pernyataan. Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan tersebut?

a)

Bahan buangan kimia akan meletup

b)

Bahan buangan kimia akan menyerap ke dalam tanah

c)

Bahan buangan kimia akan menyebabkan pencemaran air

d)

Bahan buangan kimia akan bertindak balas dengan bahan-bahan lain

16.

Rajah menunjukkan beg plastik yang digunakan untuk menyimpan sisa biologi. Nyatakan jenis bahaya yang diwakili oleh simbol pada beg plastik tersebut.

a)

Bahan merengsa

b)

Bahan radioaktif

c)

Bahan mengakis

d)

Bahan biobahaya

17.

Pilih cara pelupusan bangkai yang betul.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, III dan IV

18.

Di rumah, ruangan dapur boleh menjadi punca berlakunya kemalangan. Antara berikut, alat pemadam kebakaran yang manakah paling sesuai diletakkan di dapur?

a)

Air

b)

Pasir

c)

Selimut kebakaran

d)

Pemadam api ABC

19.

Anda merupakan seorang ahli Kadet Bomba Sekolah. Ketika memasak pada suatu sesi perkhemahan, tiba-tiba bahagian lengan seorang rakan anda disambar api. Nyatakan langkah pertama yang perlu diambil.

a)

Simbah rakan dengan air

b)

Gunakan pasir untuk memadam api pada lengannya

c)

Sembur rakan dengan alat pemadam kebakaran

d)

Selimutkan rakan dengan selimut kebakaran

20.

Mengapakah air tidak sesuai digunakan untuk memadam kebakaran daripada peralatan elektrik?

a)

Air boleh menghasilkan nyalaan yang lebih besar

b)

Air boleh mengalirkan arus elektrik

c)

Air boleh menyebabkan letupan yang lebih besar

d)

Air boleh menghasilkan percikan api

21.

Susun kaedah penggunaan alat pemadam kebakaran dengan betul.

a)

IV, III, I, II

b)

IV, II, III, I

c)

II, IV, III, I

d)

II, IV, I, III

22.

Rajah menunjukkan salah satu alat pemadam kebakaran. Antara yang berikut, yang manakah tidak sesuai dipadam dengan menggunakan alat pemadam kebakaran ini?

a)

Api melibatkan peralatan elektrik

b)

Api memasak melibatkan minyak dan gris

c)

Cecair mudah terbakar seperti petroleum

d)

Pepejal mudah terbakar seperti kertas dan kayu