wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JIRIM (TINGKATAN 1)

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Jirim ialah

a)

semua benda hidup sahaja

b)

semua benda bukan hidup sahaja

c)

bahan yang mempunyai jirim sahaja

d)

bahan yang mempunyai jirim dan memenuhi ruang

2.

Antara pasangan berikut, yang manakah betul?

a)

Jirim - Minyak

Bukan jirim - Batu

b)

Jirim - Haba

Bukan jirim - Cahaya

c)

Jirim - Air

Bukan jirim - Oksigen

d)

Jirim - Alkohol

Bukan jirim - Bunyi

3.

Rajah menunjukkan aras air di dalam balang gas apabila kadbod dilepaskan.

Apakah kesimpulan terbaik tentang aktiviti ini?

a)

Udara mengisi ruang

b)

Udara mengikut bentuk bekas

c)

Udara boleh dimampatkan

d)

Udara mempunyai jisim yang tetap

4.

Rajah menunjukkan sebiji belon yang kembung, dan sebiji belon yang kempis.

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen itu?

a)

Udara mempunyai jisim

b)

Udara memenuhi ruang

c)

Belon-belon boleh diisi udara

d)

Udara boleh meresap melalui dinding belon

5.

Maklumat di bawah menerangkan tentang pergerakan zarah-zarah di dalam M dan N.

M - Zarah-zarah bergerak dengan laju dan secara rawak

N - Bergetar pada kedudukannya sendiri

Antara berikut, yang manakah mungkin bagi M dan N?

a)

M - Ais

N - Oksigen

b)

M - Sirap

N - Karbon dioksida

c)

M - Air

N - Guli

d)

M - Hidrogen
N - Batu

6.

Bangunan merah seperti di gambar merupakan bangunan yang masih kekal sehingga hari ini. Apakah penjelasan yang paling sesuai berkenaan keutuhan bangunan tersebut?

a)

Zarah-zarah pepejal mempunyai struktur kekisi yang tajam

b)

Zarah-zarah pepejal tersusun rapat dan padat

c)

Zarah-zarah pepejal seperti batu dan simen menjadikan bangunan kuat

d)

Zarah-zarah pepejal mempunyai daya tarikan yang kuat antara satu sama lain membuatkan bangunan menjadi lebih kuat

7.

Antara berikut, rajah yang manakah menunjukkan susunan zarah dalam oksigen?

a)

b)

c)

8.

Pernyataan manakah yang betul tentang zarah-zarah udara apabila belon berisi udara mengembang jika dibiarkan di tengah padang pada hari yang panas?

a)

Ia menerima lebih tenaga kinetik dan bergerak berjauhan

b)

Bilangannya bertambah

c)

Ia masuk ke dalam belon dari luar

d)

Ia melekat pada dinding belon

9.

Bau durian mudah dikesan kerana zarah-zarahnya

a)

adalah sangat ringan

b)

meresap dengan cepat

c)

adalah sangat kecil

d)

ditiup oleh angin

10.

Rajah menunjukkan perubahan keadaan jirim.

a)

Pendidihan

b)

Pembekuan

c)

Kondensasi

d)

Peleburan

11.

Rajah menunjukkan perubahan jirim bagi suatu bahan. Antara berikut, yang manakah berlaku semasa perubahan jirim itu?

I Zarah-zarah membebaskan tenaga

II Daya tarikan antara zarah-zarah dilemahkan

III Zarah-zarah terbebas ke udara

a)

III sahaja

b)

I dan II sahaja

c)

I dan III sahaja

d)

II dan III sahaja

12.

Antara berikut, yang manakah benar tentang pepejal?

I Zarah-zarahnya bergerak bebas

II Daya tarikan antara zarah-zarahnya adalah kuat

III Tenaga kinetik zarah-zarahnya bergantung pada suhu

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

I, II dan III

13.

Bahan yang berkemungkinan besar mempunyai susunan zarah seperti dalam rajah ialah

I aluminium

II cecair naftalena

III natrium klorida

a)

I sahaja

b)

II sahaja

c)

I dan II sahaja

d)

I dan III sahaja

14.

Jirim merupakan sesuatu benda yang mempunyai _____ dan memenuhi _____

(a)  

15.

Apabila suatu logam dipanaskan, zarah-zarahnya mengembang tetapi mempunyai jisim yang sama

a)

Benar

b)

Palsu

16.

Sebuah kotak yang kosong tidak mengandungi sebarang jirim.

a)

Benar

b)

Palsu

17.

Proses fotosintesis dalam tumbuhan merupakan salah satu contoh perubahan kimia yang berlaku pada jirim.

a)

Benar

b)

Palsu

18.

Daya tarikan antara zarah sangat kuat, tenaga kinetik yang sangat lemah dan mempunyai isipadu yang tetap adalah

a)

Pepejal

b)

Cecair

c)

Gas

19.

Zarah-zarah boleh terdiri daripada atom molekul.

a)

Benar

b)

Palsu

20.

Berikut merupakan kenyataan berkaitan tentang kondensasi, kecuali

a)

Haba dibebaskan apabila gas disejukkan

b)

Apabila suhu mencapai di bawah takat didih, gas akan bertukar menjadi cecair.

c)

Proses gas bertukar menjadi cecair

d)

Haba diserap apabila gas disejukkan.