wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TOPIKAL 2 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.
  • Puan Y ialah seorang wanita asing yang berkahwin dengan lelaki warganegara Malaysia.
  • Beliau menetap di Malaysia selama 2 tahun sebelum tarikh permohonannya untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?


Yang manakah cara untuk Puan Y mendapat kewarganegaraan Malaysia?

a)

Masukan

b)

Pendaftaran

c)

Percantuman Wilayah

d)

Kuat Kuasa Undang-Undang

2.

Yang manakah pernyataan yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?

a)

Perlembagaan tidak boleh dipinda

b)

Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan

c)

Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang.

d)

Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan

3.

Yang manakah di antara penyelesaian berikut yang akan digunakan jika terdapat percanggahan di antara undang-undang Persekutuan dengan undang-undang negeri?

a)

Undang-undang Persekutuan yang bercanggah akan dibatalkan

b)

Undang-undang yang bercanggah itu akan dirujuk kepada Majlis Raja-raja

c)

Undang-undang Persekutuan & undang-undang negeri akan dipinda untuk mendapatkan persamaan

d)

Udang-undang Persekutuan akan digunakan dan undang-undang negeri akan terbatal setakat yang bercanggah sahaja

4.

Yang manakah benar tentang Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama?

a)

Senarai Persekutuan - Kebajikan Masyarakat / Senarai Bersama - Penerbitan Akhbar

b)

Senarai Persekutuan - Perparitan dan Pengairan / Senarai Bersama - Kebudayaan dan Sukan

c)

Senarai Persekutuan - Penerbitan Akhbar / Senarai Bersama - Kebajikan Masyarakat

d)

Senarai Persekutuan - Biasiswa / Senarai Bersama - Pelancongan

5.
Yang manakah pernyataan yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?
a)

Semua pindaan yang dilaksanakan mesti mendapat persetujuan dua pertiga Majlis Parlimen

b)

Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk menolak pindaan perlembagaan

c)

Mahkamah berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan

d)

Menjadi panduan kepada semua undang-undang

6.

Seorang pakar perubatan dari Britain yang telah bekerja di Malaysia selama 11 tahun boleh menjadi warganegara Malaysia setelah memenuhi beberapa syarat secara

a)

pendaftaran

b)

naturalisasi

c)

percantuman wilayah

d)

kuat kuasa undang-undang

7.

ANAK: DILAHIRKAN DI ALOR SETAR KEDAH

IBU : WARGANEGARA THAILAND

AYAH : SEOARANG PEMASTAUTIN TETAP TETAPI BELUM MEMPEROLEH KEWARGANEGARAAN.

Yang manakah antara berikut benar tentang taraf kewarganegaraan anak di atas?

a)

Pendaftaran

b)

Naturalisasi

c)

Penggabungan wilayah

d)

Kuat kuasa undang-undang

8.

Perlembagaan Malaysia menetapkan Malaysia sebagai sebuah negara

a)

Kesatuan

b)

Demokrasi

c)

Konfederasi

d)

Persekutuan

9.

Yang manakah merujuk kepada kebebasan asasi?

a)

Menyiapkan kerja syarikat

b)

Mengumpul harta

c)

Menjadi hamba

d)

Mencuri

10.

Seseorang warganegara Malaysia boleh melepaskan kewarganegaraan secara sukarela apabila

a)

Berumur 18 tahun sekurang-kurangnya

b)

Berkahwin dengan warganegara asing

c)

Beroleh kewarganegaraan lain

d)

Berfikiran waras dan tidak gila

11.

Kerajaan boleh melucutkan kewarganegaraan individu jika

a)

Beroleh kewarganegaraan asing

b)

Bersubahat dengan negara musuh semasa perang

c)

Bermastautin di luar negara melebihi empat tahun

d)

Bertindak menyebarkan berita palsu mengenai Perdana Menteri

12.

Yang manakah keistimewaan yang dinikmati oleh warganegara Malaysia?

a)

Boleh bergerak dalam seluruh Persekutuan

b)

Berhak menjadi pemilih dalam Pilihan Raya

c)

Bertanding merebut jawatan Perdana Menteri

d)

Bebas daripada sebarang tindakan perundangan

13.

* Encik Q ditangkap oleh pihak polis

* Dia dituduh mengedar dadah


Encik Q sebagai seorang warganegara Malaysia boleh

a)

Dibawa ke hadapan majistret dalam tempoh 14 hari

b)

berunding dengan peguam yang ditetapkan oleh mahkamah

c)

Didiskriminasikan dari segi agama, kaum,keturunan atau tempat lahir

d)

Mohon habeas corpus jika ditangkap tidak mengikut undang-undang

14.

Perlembagaan perlulah sentiasa dikemaskini supaya

a)

menjaga keselamatan serantau

b)

melindungi kepentingan pemerintah

c)

mengelakkan penyalahgunaan kuasa

d)

menyesuaikan perlembagaan dengan situasi semasa

15.

Yang manakah tindakan yang disifatkan sebagai melanggar hak asasi individu?

a)

Rumah pengedar dadah disita atas arahan mahkamah

b)

penduduk Sarawak dihalang bermastautin di Pulau Pinang

c)

individu dijatuhi hukuman mati kerana terbukti membunuh rakannya

d)

seseorang yang ditangkap melebihi 24 jam tanpa perintah reman

16.

Perkara 10, kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan membolehkan setiap warganegara

a)

menubuhkan persatuan untuk menjalankan aktiviti masing-masing

b)

menganjurkan perhimpunan beramai-ramai ditempat awam

c)

mengeluarkan pandangan dan pendapat

d)

mengurus persatuan keagamaan

17.

* Individu yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan telah menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu

*Orang yang dilahirkan di negara Malaysia pada Julai 1982


Dengan cara apakah kewarganegaraan dapat diperoleh?

a)

pendaftaran

b)

Naturalisasi

c)

Penggabungan Wilayah

d)

Kuat kuasa undang-undang

18.

Yang manakah tertakluk di dalam Senarai Bersama, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?

a)

Hutan

b)

Kutu rayau

c)

Ternakan binatang

d)

Penangkapan ikan di sungai

19.

Perintah mahkamah "habeas corpus" tertakluk di bawah kebebasan asasi individu iaitu

a)

Kebebasan diri

b)

kebebasan bergerak

c)

kebebasan beragama

d)

kesamarataan antara kaum

20.

Yang manakah pernyataan yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?

a)

Perlembagaan tidak boleh dipinda

b)

Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan

c)

Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang.

d)

Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan

21.

Yang manakah pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?

a)

Jemaah Menteri

b)

Bahasa Kebangsaan

c)

Keanggotaan Parlimen

d)

Bahagian Pilihan Raya Persekutuan

22.

Yang manakah di antara penyelesaian berikut yang akan digunakan jika terdapat percanggahan di antara undang-undang Persekutuan dengan undang-undang negeri?

a)

Undang-undang Persekutuan yang bercanggah akan dibatalkan

b)

Undang-undang yang bercanggah itu akan dirujuk kepada Majlis Raja-raja

c)

Undang-undang Persekutuan & undang-undang negeri akan dipinda untuk mendapatkan persamaan

d)

Udang-undang Persekutuan akan digunakan dan undang-undang negeri akan terbatal setakat yang bercanggah sahaja

23.

Yang manakah benar tentang Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama?

a)

Senarai Persekutuan - Kebajikan Masyarakat / Senarai Bersama - Penerbitan Akhbar

b)

Senarai Persekutuan - Perparitan dan Pengairan / Senarai Bersama - Kebudayaan dan Sukan

c)

Senarai Persekutuan - Penerbitan Akhbar / Senarai Bersama - Kebajikan Masyarakat

d)

Senarai Persekutuan - Biasiswa / Senarai Bersama - Pelancongan

24.

Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Encik P tidak dibenarkan memasuki negeri Sarawak

b)

Encik Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang dipersetujui

c)

Encik R dirampas hartanya kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram

d)

Encik S dihalang daripada berunding dengan peguam pilihannya semasa dalam tahanan

25.

Yang manakah yang tertakluk dalam bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

I. Perancangan bandar dan desa

II. Pertanian dan perhutanan

III. Kutipan zakat dan fitrah

IV. Kesihatan awam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

a)

Parlimen mengatasi Perlembagaan

b)

Perlembagaan mengatasi undang-undang lain

c)

Mahkamah berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan

d)

Peruntukan dalam perlembagaan tidak boleh dimansuhkan

27.

Yang manakah merujuk kepada kebebasan beragama menurut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Setiap warganegara berhak mengkritik amalan agama masing-masing

b)

Setiap warganegara berhak mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia

c)

Setiap warganegara berhak menganut dan mengamalkan agama masing-masing

d)

Setiap warganegara berhak menyebarkan agama masing-masing kepada penganut agama lain

28.

Yang manakah peruntukan kebebasan asasi dalam Perlembagaan Malaysia?

a)

Kebebasan mengundi

b)

Kebebasan memilih kerja

c)

Kebebasan dari segi undang-undang

d)

Kebebasan bergerak dalam Persekutuan

29.

Seseorang warganegara Malaysia hilang taraf kewarganegaraannya apabila

a)

belot semasa peperangan

b)

meninggal dunia

c)

memohon kewarganegaraan lain

d)

memburukkan imej negara di luar negara

30.

Kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah

a)

Setiap orang boleh menyebarkan ajaran agama kepada penganut agama lain

b)

Sebuah agama yang mulia

c)

Agama Islam merupakan agama rasmi

d)

Menubuhkan yayasan bagi agama masing-masing

31.
**Bapa Joseph merupakan pemastautin tetap tetapi belum memperoleh kewarganegaraaan
**Ibu Joseph merupakan warga Australia
**Joseph dilahirkan di Sarawak
Apakah taraf kewarganegaraan Joseph ?
a)
A. Warganegara secara kuatkuasa undang-undang
b)
B. Warganegara secara percantuman wilayah
c)
C. Warganegara secara kemasukan
d)
D. Warganegara secara pendaftaran
32.
Yang manakah benar berkaitan hak individu terhadap harta?
I. Harta seseorang perlu diwartakan
II. Harta seseorang boleh diambil untuk negara
III. Harta seseorang tidak boleh digunakan secara paksa
IV. Harta tidak boleh diambil sewenang-wenangnya tanpa pampasan
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
33.

Encik Z lahir di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan ibunya seorang pemastautin tetap.


Yang manakah cara Encik Z untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?

a)

Kuat kuasa undang-undang

b)

Percantuman wilayah

c)

Pendaftaran

d)

Masukan

34.

Yang manakah berkaitan dengan pindaan Perlembagaan?

I. Mendapatkan suara majoriti dalam Parlimen

II. Mendapatkan kelulusan dari Kerajaan Negeri

III. Mendapatkan persetujuan 2/3 ahli Majlis Parlimen

IV. Mendapatkan persetujuan selepas berbincang dengan agensi pusat

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

35.

Yang manakah berkaitan dengan kebebasan asasi?

a)

Mencuri

b)

Menjadi hamba abdi

c)

Setiap orang mempunyai kesamarataan

d)

Menyelesaikan tugas atas arahan majikan